Anda di halaman 1dari 4

Soalan Tugasan Sidang Akademik 2016/2017

JMS 101/4: Pengantar Sejarah

LAMPIRAN A
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
[Pengurus Kursus: Dr. Ku Boon Dar]
[kubd@usm.my]

ARAHAN AM TUGASAN – ULASAN KRITIS

• Pilih salah SATU bahan b acaan terpilih berikut dan seterusnya tuliskan SATU
ULASAN KRITIS terhadap bahan bacaan tersebut.

• Bahan Bacaan Terpilih tersebut ialah (Pilih Satu Sahaja):-

I. Jenkins, K. (2004). “What History Is” dalam Re-thinking History: With a


new preface and conversation with the author by Alun Munslow.
London: Taylor & Francis Group, hlm. 6-32. Sila akses melalui alamat
laman sesawang: http://bit.ly/2atQzYS

II. Carr, E. H. (1987). What is History? Basingstoke: Palgrave, hlm. 7-30.


Sila akses melalui alamat laman sesawang: http://bit.ly/2avI2oC

III. Jenkins, K (2004). “Doing History In the Postmodern World” dalam Re-
thinking History: With a new preface and conversation with the
author by Alun Munslow. London: Taylor & Francis Group, hlm. 70-
84. Sila akses melalui alamat laman sesawang: http://bit.ly/2atQzYS

IV. Timbun Ritonga (2007). Memaknai Sejarah. HISTORISME. 23: 34-37.


Sila akses melalui alamat laman sesawang: http://bit.ly/2aPnPZ8
• Sila muat turun bahan-bahan bacaan terpilih tersebut dari alamat laman sesawang
yang dinyatakan.

• Tugasan ini hendaklah disiapkan secara INDIVIDU.

• Tugasan ini akan menyumbang 10% MARKAH kepada kursus ini dan akan dinilai
berdasarkan kepada rubrik pemarkahan [Sila lihat rubrik pemarkahan yang
dimuatnaik dalam portal e-pembelajaran PPPJJ]

JMS 101: [Sidang Akademik 2016/2017 Halaman 1/4


Soalan Tugasan Sidang Akademik 2016/2017
JMS 101/4: Pengantar Sejarah

• Tulisan (font): Times New Roman (saiz 12) dalam Bahasa Melayu

• Langkau (spacing): 1.5 antara baris-baris

• Margin kiri dan kanan: 2.54 cm [1 inci]

• Margin atas dan bawah: 2.54 cm [1 inci]

• Panjang tugasan hendaklah antara 8-10 HALAMAN SAHAJA (termasuk nota kaki dan
senarai rujukan tetapi tidak termasuk halaman kulit luar tugasan).

• Halaman kulit luar tugasan tidak disediakan dalam portal. Pelajar perlu menyediakan
sendiri halaman kulit luar tersebut dengan mencatatkan maklumat-maklumat seperti
nama pelajar, no. matrik dan tajuk soalan.

• Penulisan kertas tugasan hendaklah ASLI yakni yang dihasilkan sendiri oleh calon.
Tugasan pelajar akan diimbas menggunakan ‘turnitin’ <http://turnitin.com/> untuk
mengesan sebarang unsur-unsur plagiarisma. Calon yang terlibat dengan
PLAGIARISMA boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk DIGAGALKAN [Gred F]
dalam kerja tugasan mereka.

• Tidak perlu catatan penghargaan. Namun catatan nota kaki dan bibliografi yang
minimum dibenarkan. Gaya nota kaki dan bibliografi perlu seragam mengikut gaya
penulisan American Psychological Association atau lebih dikenali dengan singkatan
APA. [Sila layari laman sesawang APA Reference Style Guide
http://library.nmu.edu/guides/userguides/style_apa.htm untuk rujukan catatan nota
kaki yang sesuai dan tepat]

• Tugasan hendaklah diserahkan secara talian melalui e-Tugasan dalam portal


http://elearning.usm.my/pppjj/ selewat-lewatnya pada 16 DISEMBER 2016
(JUMAAT). Sila rujuk dalam portal kursus JMS 101, Cara-Cara Menghantar Tugasan
Secara Talian. Serahan selepas tarikh yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN dan akan
diberi Gred ‘F’.

JMS 101: [Sidang Akademik 2016/2017 Halaman 2/4


Soalan Tugasan Sidang Akademik 2016/2017
JMS 101/4: Pengantar Sejarah

OBJEKTIF TUGASAN

• Membuat ulasan kritis terhadap sesuatu bahan bacaan sama ada artikel dalam jurnal
atau bab dalam buku bukan sahaja membuka jendela pengetahuan pelajar tetapi juga
mencerminkan seseorang pelajar berkeupayaan melakukan analisis dan
mendeskripsikannya dalam bentuk huraian pendek tetapi padat dan jelas dari
bahan bacaan yang telah dibaca oleh mereka.

STRUKTUR TUGASAN

• Struktur Ulasan Kritis dalam tugasan pelajar haruslah mengandungi bahagian-


bahagian berikut:-

PENGENALAN [ 1 halaman sahaja ]

Tampilkan pendapat anda secara keseluruhan terhadap Bahan Bacaan Terpilih tersebut.
Dalam beberapa baris ayat dan perenggan menjelaskan pokok utama pendapat anda akan isi
utama yang dikupas oleh pengarang dalam artikel dalam jurnal atau bab dalam buku.
Selepas itu, memperkenalkan secara ringkas tetapi padat bahan bacaan dipilih tersebut
mengikut pendapat anda. Anda boleh juga nyatakan pendirian anda sama ada setuju atau
tidak terhadap tajuk, tema. hujahan, alasan atau fakta pembicaraan yang diutarakan oleh
pengarangnya.

ULASAN KRITIS [ 6-8 halaman sahaja ]

Bahagian utama dari tinjauan bahan bacaan harus memberikan ringkasan isi. Ia harus
ringkas tetapi padat tentang persoalan utama serta idea-idea kecil yang dicakupi oleh
penulis. Dalam analisis dan ulasan kritis, jelaskan pendapat anda tetapi dengan contoh-
contoh petikan langsung dari bahan bacaan tersebut dan diletakan tanda petikan & nota
kaki yang sesuai. Sila rujuk Bahagian Garis Panduan Am Ulasan Kritis sebagai panduan.

PENUTUP [ 1 halaman sahaja ]

Kesimpulan ulasan bahan bacaan ini harus bertautan dengan huraian dalam bahagian
pengenalan. Selain itu, ia perlu menyimpulkan atau menonjolkan idea utama atau
yang paling bernas dalam ulasan kritis anda.

JMS 101: [Sidang Akademik 2016/2017 Halaman 3/4


Soalan Tugasan Sidang Akademik 2016/2017
JMS 101/4: Pengantar Sejarah

BAHAGIAN GARIS PANDUAN AM ULASAN KRITIS

• ‘Ulasan Kritis’ secara umum bermaksud memberi ‘intisari’ idea-idea bahan bacaan
yang dipilih, yang disampaikan dengan menggunakan bahasa dan gaya penulisan
pelajar sendiri.

• Untuk mencapai tujuan tersebut, pelajar anda perlu membaca Bahan Bacaan Terpilih
tersebut berulang-ulang kali dan cuba memahami isi dan intinya dengan cara
menyeluruh. Selepas itu, baharulah p el a j a r boleh membuat catatan gagasan
utama (idea pokok) yang cuba disampaikan oleh pengarangnya.

• Idea-idea Bahan Bacaan Terpilih itu boleh diperturunkan kesemuanya secara


ringkas, dan diikuti oleh ulasan terperinci sama ada pelajar bersetuju atau kurang
menyetujui pendapat pengarang dalam bahan bacaan terpilih tersebut. Setiap
justifikasi/alasan sama ada menyetujui atau tidak dengan pandangan pengarangnya
perlu dinyatakan sebab-musababnya; dan juga seboleh-bolehnya disertakan
contoh-contoh dari Bahan Bacaan Terpilih tersebut. Petikan ayat-ayat tertentu yang
berkaitan dari artikel dalam jurnal atau bab dalam buku bahan bacaan terpilih tersebut amat
dialu-alukan.

• Ingat, jika mauduk atau perkara pokok yang diliputi oleh Bahan Bacaan Terpilih
berkenaan merupakan perkara atau isu yang sudah diterima umum, memadailah
anda memberikan pendirian atau pendapat anda sendiri terhadap isu-isu dan
persoalan-persoalan yang dikupas itu pada bahagian akhir ulasan anda.

• Namun, sekiranya idea-idea yang dibawa dan diperdebatkan oleh pengarang artikel
atau bab dalam buku dalam bahan bacaan tersebut merupakan sesuatu yang
masih dianggap ‘kontroversi’ dalam kalangan sarjana atau masyarakat umum, wajarlah
anda ungkapkan satu cadangan cara-cara isu tersebut boleh diselesaikan dalam
masa terdekat.

*SELAMAT MENULIS*
****

JMS 101: [Sidang Akademik 2016/2017 Halaman 4/4

Anda mungkin juga menyukai