Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN KO-KURIKULUM 2012


DI JANDA BAIK PAHANG
1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon Ahli Pentadbiran dan Pengurusan, SK Jaya Setia
mempertimbang dan meluluskan cadangan bagi menjayakan pengelolaan Perkhemahan
Tahunan Unit Beruniform di Tapak Perkhemahan Janda Baik Pahang.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Program Perkhemahan Unit Beruniform ini akan dijalankan pada Oktober 2012 dan akan
diadakan di Tapak Perkhemahan Janda Baik Pahang.
2.2 Program akan diadakan pada 19 Oktober 2012 (Jumaat) hingga 21 Oktober 2012 (Ahad).
2.3 Program akan melibatkan seramai 80 orang peserta dan 30 guru.
2.4 Program tersebut
akan memberi peluang kepada peserta untuk mendalami ilmu
perkhemahan dalam situasi sebenar yang kondusif.
3. ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform ini merupakan kehendak dalam takwim
persekolahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.2 Antara matlamat program adalah seperti berikut:
1. Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti ko-kurikulum
kegiatan luar bilik darjah.
2. Untuk menyemaikan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab serta peranan muridmurid ketika melakukan aktiviti perkhemahan .
3. Memberikan peluang kepada murid-murid pelbagai kaum berkerjasama dan
melakukan aktiviti di luar bilik darjah dengan semangat dan suasana muhibah.
4. IMPLIKASI KEWANGAN
4.1

Pengelolaan Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform ini dikendalikan oleh


kakitangan sekolah, alumni sekolah dengan sokongan PIBG sekolah. Sumber kewangan
adalah dari yuran peserta, peruntukan kokurikulum sekolah, PIBG dan sumbangan dari
luar.

4.2

Sila rujuk jadual belanjawan di bawah:


PENDAPATAN
SUMBER

PERBELANJAAN
PERKARA

(RM)

(RM)

Yuran Peserta
(RM80.00 x 80 orang)

6400.00

Pengangkutan
(RM2000.00 x 2 Bas)

4000.00

Peruntukan Kokurikulum

2000.00

Pakej Tapak Perkhemahan


Tapak perkhemahan
Aktiviti dan fasilitator
Makan minum
(RM50x110 orang)

5500.00

Lain-lain (Sumbangan
swasta)

600.00

Runcit
Air mineral
Makanan segera

500.00

Sumbangan Ahli
Parlimen @ Dun

1000.00

JUMLAH

10000.00

JUMLAH

10000.00

5. KESIMPULAN / SYOR
5.1 Pihak Pentadbiran dan Pengurusan SK Jaya Setia adalah di pohon mempertimbangkan
dan meluluskan cadangan bagi Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Jaya
Setia.
Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

..
( SYAHRIL AZWAN BIN JAAFAR)
Setiausaha Kokurikulum,
Program Perkhemahan Tahunan UB
SK Jaya Setia

No.Keluaran

Tarikh Keluaran

01

1 Mac 2012

(PN SITI AISAH BT TALIB)


Guru Besar merangkap Penasihat 1
Program Perkhemahan Tahunan UB
SK Jaya Setia

No.Pindaan

Tarikh Pindaan

Tarikh Berkuatkuasa

Bestari Jaya

Bestari Jaya

Anda mungkin juga menyukai