Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM KEGEMILANGAN OKU 2010

TARIKH :
SEPANJANG TAHUN 2010

TEMPAT :
SK PASOH 2 (F), SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN
SK PASOH 1 (F), SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN
SK SIMPANG DURIAN, SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN
SK (F) BANDAR BARU SERTING, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
SK PALONG 4 (F), JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
SMK TERIANG HILIR, SIMPANG PERTANG, NEGERI SEMBILAN
SMK SERI JEMPOL, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

ANJURAN :
GABUNGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH
JEMPOL / JELEBU
&
KELAB KEBAJIKAN GABUNGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI (PPKI) DAERAH JEMPOL / JELEBU

DENGAN KERJASAMA :
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JEMPOL JELEBU
JABATAN PENDIDIKAN KHAS
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan


sumbangan kewangan bagi tujuan berikut :

i. Untuk mendapat kelulusan program dari Jabatan Pendidikan Khas


dan bantuan kewangan dari orang perseorangan.
ii. Untuk mendapat kelulusan program dari Pejabat Pelajaran Daerah
Jempol & Jelebu bagi menjalankan program Kegemilangan OKU
2010
iii. Untuk mendapat kerjasama dan bantuan kewangan daripada
pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

2.0 PENGENALAN

i. Program Kegemilangan OKU adalah merupakan satu aktiviti yang


dirancang khusus oleh gabungan Program Pendidikan Khas
Daerah Jempol Jelebu iaitu Sekolah Kebangsaan Simpang Durian,
Sekolah Kebangsaan Pasoh 1 (F) dan Sekolah Kebangsaan Pasoh
2 (F) untuk Murid-Murid Berkeperluan Khas (Murid-Murid Istimewa)
serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
ii. Program Kegemilangan OKU ini melibatkan guru-guru pendidikan
khas, murid-murid berkeperluan khas dan ibu bapa/ penjaga anak-
anak istimewa serta golongan OKU.
iii. Murid-murid berkeperluan khas dan OKU perlu diberi peluang
untuk menambah pengetahuan tentang diri sendiri dan
persekitaran. Oleh itu, Program Kegemilangan OKU 2010 yang
diadakan nanti diharap dapat menyumbang ke arah membina
kemahiran sosial murid-murid istimewa ini serta merapatkan
silaturrahim di antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa /
penjaga
iv. Program Kegemilangan OKU 2010 ini juga diharapkan dapat
meningkatkan kerjasama di kalangan guru-guru pendidikan khas
serta ibu/bapa dan komuniti antara sekolah-sekolah yang terlibat
v. Ia juga memberi ruang untuk membina masa hadapan golongan
OKU ini dengan program yang berteraskan perniagaan dan
membina keyakinan diri serta amalam berdikari yang dapat
membimbing golongan OKU ini pada masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

i. Menjadikan Program Kegemilangan OKU 2010 ini sebagai landasan


dan peluang untuk murid-murid berkeperluan khas serta golongan
OKU membina kemahiran sosial dan berinteraksi dan berdikari dalam
mencapai impian masa hadapan.
ii. Dapat mengenalpasti kemahiran kendiri murid dalam membentuk
persekitaran pekerjaan yang tersendiri untuk murid-murid ini.
iii. Menyemai sikap dan semangat dalam bidang perniagaan dan
pertanian.
iv. Memupuk semangat kerjasama dan saling menghargai antara satu
sama lain.
v. Membina modal insan yang sangat perlu bagi membimbing masa
hadapan yang gemilang.
vi. Merangsang sifat ingin tahu mereka melalui teori dan amali
perniagaan dan pekerjaan yang bakal dijalankan.
vii. Menambah pengalaman golongan OKU dan Pendidikan Khas ini serta
menimbulkan minat mereka terhadap persekitaran pekerjaan dan
perniagaan.

4.0 JUSTIFIKASI

i. Melibatkan guru-guru pendidikan khas untuk mengurus sesuatu


program atau aktiviti yang melibatkan pelbagai pihak terutama murid-
murid Pendidikan Khas dan OKU.
ii. Mengeratkan kerjasama dan silaturrahim sesama guru, murid dan ibu
bapa / penjaga dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.
iii. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan
melalui aktiviti yang telah dirancang
iv. Mewujudkan rasa kasih sayang antara masyarakat dan golongan
OKU ini dengan membawa motif kepada mereka bahawa mereka
sememangnya dihargai dan disayangi
v. Mengubah persepsi dan minda komuniti setempat terhadap golongan
OKU serta mengubah kebergantungan golongan OKU ini terhadap
orang lain dengan program yang dijalankan supaya dapat berdikari
dan membentuk komuniti sendiri yang berjaya di masa hadapan.

5.0 NAMA PROGRAM


PROGRAM KEGEMILANGAN OKU 2010

6.0 PESERTA

 Guru-guru Pendidikan Khas Integrasi daerah Jempol Jelebu: 28 orang


 Pembantu Pengurusan Murid : 7 orang
 Murid-Murid Berkeperluan Khas (OKU) :150 orang
 Ibu Bapa / Penjaga :150 orang

7.0 ANJURAN
Gabungan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi daerah Jempol
Jelebu
 PPKI Sekolah Kebangsaan Simpang Durian
 PPKI Sekolah Kebangsaan Pasoh 1 (F)
 PPKI Sekolah Kebangsaan Pasoh 2 (F)
 PPKI Sekolah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting
 PPKI Sekolah Kebangsaan Palong 4 (F)
 PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir
 PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jempol
8.0 PENGISIAN PROGRAM

1. Program kemahiran/baik pulih komputer murid Pendidikan Khas


daerah Jempol/Jelebu
2. Program Sebulan Satu Niaga berteraskan perniagaan perkhidmatan
seperti menjual ais-krim, kuih, alat tulis, menggunting rambut dan lain-
lain
3. Projek Taman Kebun Pendidikan Khas dengan menanam sayur-
sayuran untuk jualan bagi mengisi tabung untuk murid Pendidikan
Khas
4. Projek Ternakan Ikan Kelisa untuk jualan
5. Projek Perniagaan PPKI dengan menyewa kedai untuk menjalankan
perniagaan fotostat dengan mengambil pekerja OKU untuk bekerja
dan untuk peluang pekerjaan pada masa hadapan bagi murid
Pendidikan Khas bila tamat persekolahan kelak dan untuk
memasarkan produk yang diusahakan murid Pendidikan Khas seperti
sayuran, ikan kelisa dan projek baik pulih komputer
6. Lawatan ke tempat perindustrian kecil dan sederhana
7. Lawatan dan temuramah bersama ahli usahawan yang berjaya

9.0 TENTATIF PROGRAM

Bil Program Jangkaan Tarikh


1 Program Kemahiran/Baik Pulih Komputer Mac hingga Julai 2010
2 Program Sebulan Satu Niaga Sepanjang tahun 2010
3 Projek Taman Kebun Pendidikan Khas April hingga November 2010
4 Projek Ternakan Ikan Kelisa Sepanjang tahun 2010
5 Projek Perniagaan PPKI Sepanjang masa
6 Lawatan ke tempat perindustrian kecil dan Bulan April 2010
sederhana
7 Lawatan dan temuramah/perkongsian Bulan Julai 2010
pengalaman bersama ahli usahawan yang
berjaya
10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN DAN SENARAI
TUGAS

PENGERUSI : EN. SALIM BIN NORDIN


NAIB PENGERUSI : PUAN SITI FATIMAH BT MOHD LATIF
SETIAUSAHA : EN. MUHAMAD KHAIRI BIN ISMAIL
PEN. SETIAUSAHA : PN DAYANG NORMEME BT AZMI
BENDAHARI : PN NUR RAHILAH BT WAHAP
PEN BENDAHARI : CIK SHARIFAH FATHIYAH BT SY DAHALAN
PROGRAM KEMAHIRAN/BAIK : PN AZIAH BT AYUB
PULIH KOMPUTER

PROGRAM SEBULAN SATU NIAGA : PN RIMA BT TAHIR


PROJEK TAMAN KEBUN P. KHAS : PN NUR RAHILAH BT WAHAP
PROJEK TERNAKAN IKAN KELISA : EN SALIM BIN NORDIN
PROJEK PERNIAGAAN PPKI : PN ZARINA BT YUNUS
PROGRAM LAWATAN : EN MUHAMAD KHAIRI BIN ISMAIL
URUSETIA KESELAMATAN MURID : EN. AZMAN BIN DAUD
URUSETIA PENGURUSAN MURID : CIK NOR AMIRA BT MD NOH
CIK ZALIYANA BT IBRAHIM
PN NOR ZAYYANI BT NORSALIM

11.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Program kemahiran / baik pulih
komputer (membeli komputer baru dan RM 8000.00
terpakai serta peralatan membaik pulih)
2. Program sebulan satu niaga (membeli
mesin ais-krim, peralatan menggunting
rambut, peralatan memasak dan alat RM 10,000.00
tulis)
3. Program taman kebun Pendidikan Khas
(membeli alatan perkebunan, biji benih
serta alatan perkayuan untuk membuat
kebun) RM 5000.00
4 Projek ternakan ikan kelisa untuk jualan
(membeli anak benih ikan, tempat
pembiakan ikan, tangki, sistem pam RM 5000.00
serta ubatan dan pemakanan)
5 Projek perniagaan PPKI (menyewa
kedai, membeli mesin fotostat dan RM 20,000.00
alatan kedai)
6 Program lawatan (menyewa bas dan RM 2000.00
belanja makan)
JUMLAH RM 50,000.00

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Program Kegemilangan OKU ini dapat berjalan
dengan lancar dan dapat mencapai objektif yang dihasratkan. Semoga
dengan hasrat yang mulia ini dapat membantu murid-murid berkeperluan
khas (murid-murid istimewa) membina kemahiran sosial dan interaksi,
berdikari, membina modal insan murid, dapat membina masa hadapan dan
kerjaya sendiri apabila sudah dewasa kelak, merapatkan silaturrahim di
antara guru-guru, murid-murid istimewa dan ibu bapa / penjaga serta
meningkatkan kerjasama di kalangan guru-guru pendidikan khas antara
sekolah-sekolah yang terlibat. Justeru itu, segala kerjasama dan keprihatinan
dalam usaha meluluskan dan mempertimbangkan kertas kerja ini amat
dihargai dan diakhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.

Di sediakan oleh,

.....................................................
(MUHAMAD KHAIRI BIN ISMAIL)
Setiausaha,
Program Kegemilangan OKU 2010
Gabungan PPKI Daerah Jempol / Jelebu

Anda mungkin juga menyukai