Anda di halaman 1dari 3

1.

TAJUK
Meningkatkan Penglibatan Murid Tahun 2 Maju Secara Aktif Dalam Aktiviti
Memanaskan Badan Dengan Penggunaan Rangsangan Muzik.

2.0

PENDAHULUAN
2.1

Pengenalan
Menurut Pettitor (2005), Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu

proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek


domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui
Pendidikan Jasmani murid akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Di
samping itu, Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak
untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara
ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986).
Pendidikan

jasmani

perkembangan

juga

kemahiran

mampu
dan

memberi

kecegasan

sumbangan
jasmani

serta

terhadap
menjadi

pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatankegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian
masalah. Kesemua ini menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan
kanak-kanak.
Hasil daripada pemerhatian melalui pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan pada sebelum ini, pengkaji mendapati terdapat satu
masalah yang sering diperlihatkan oleh murid Tahun 2 Maju semasa aktiviti
memanaskan badan dijalankan. Masalah tersebut ialah hanya beberapa
orang murid sahaja yang melibatkan diri secara aktiif dalam melaksanakan
aktiviti tersebut. Hal ini demikian saya mendapati bahawa ketidakaktifan
murid dalam melibatkan diri di dalam aktiviti memanaskan badan mungkin
disebabkan

beberapa

punca.

Antaranya

ialah

mungkin

dari

segi

penggunaan alatan. Penggunaan alatan yang tidak sesuai atau tidak


mencukupi mungkin menyebabkan murid berasa bosan dan tidak berminat
1

untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain itu, pemilihan aktiviti
yang tidak menarik juga mampu menjadikan murid tidak seronok untuk
melibatkan diri secara aktif. Di samping itu, pendekatan yang digunakan
oleh guru juga memainkan peranan penting dalam menentukan sesuatu
aktiviti dapat dicapai dengan sebaiknya.
Selain itu, setelah diteliti dengan sebaiknya oleh pengkaji, terdapat
beberapa perkara yang menjadi penyebab kepada masalah tersebut.
Antaranya ialah dari sudut latar belakang murid. Setelah melihat kepada
rekod peribadi murid kelas 2 Maju, pengkaji mendapati majoriti murid kelas
ini

berada dalam lingkungan keluarga yang berpendapatan tinggi. Oleh

yang demikian ramai diantara mereka yang kurang berminat dengan


aktiviti di luar bilik darjah khususnya yang melibatkan fizikal. Di samping
itu, faktor persekitaran bandar juga mungkin menjadi penghalang untuk
menarik minat semua murid kearah aktiviti fizikal. Sehubungan dengan itu,
rata-rata diantara mereka lebih tertumpu kearah gajet-gajet yang amat
diminati oleh semua golongan kanak-kanak pada masa kini. Seterusnya,
penyebab lain adalah kurangnya pengetahuan berkenaan kepentingan
memanaskan

badan

Sehubungan

dengan

sebelum
itu,

memulakan

pengkaji

sebarang

merasakan

aktiviti

pengetahuan

fizikal.
kepada

kesemua elemen yang ada dalam aktiviti memanaskan badan harus


diterangkan secara khusus kepada murid-murid.
Oleh yang demikian, melalui pemerhatian pengkaji,juga beberapa
akibat atau tindakan yang negatif telah ditunjukkan oleh beberapa orang
murid semasa menjalankan aktiviti memanaskan badan. Antaranya ialah
terdapat dalam kalangan mereka menunjukkan tindakan yang begitu
malas untuk mengikuti aktiviti yang dirancang. Hal ini demikian dapat
dilihat dengan jelas dari segi perbuatan dan juga memek muka yang
sememangnya tidak menunjukkan minat keatas aktiviti memanaskan
badan tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir daripada mereka hanya
melibatkan

diri

secara

aktif

sehingga

pertengahan

aktiviti

sahaja.

Tambahan lagi, apa yang lebih membimbangkan pengkaji ialah terdapat


sebilangan murid yang sempat untuk bergurau senda bersama rakan yang
lain dan lansung tidak menunjukkan keseriusan dalam menjalankan aktiviti
memanaskan badan.

Oleh itu, pengkaji telah memikirkan dan memilih satu tindakan yang
perlu disepadukan dalam aktiviti memanaskan badan iaitu dengan
menggunakan rangsangan muzik. Hal ini telah disokong oleh oleh Brewer
(2007), dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The
Classroom yang dijalankan, menegaskan bahawa integrasi muzik dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efektif dimana pendekatan
muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Anda mungkin juga menyukai