Anda di halaman 1dari 4

Hari:

Ahad

Tarikh:

10.01.2016

Nama:
Loh Huey Yi
Siti Nor Zulaika Binti Nor Azam
Najaa Athirah Binti Abu
Affizieathul Naema Binti Ariffin
Zuliana Binti Mohd Zin
Siti Nur Afiqah Binti Hisham
Tajuk: Kepentingan Nilai-nilai Positif
Huey Yi:

Selamat sejahtera kepada cikgu Nora dan rakan-rakan sekalian. Hari ini
kami daripada
kumpulan 1 akan membincangkan
tentang kepentingan nilai-nilai positif. Nilai murni merupakan amalan
baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka
terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang
dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan
insan yang mulia dan unggul demi merealisikan misi nasional negara
ke arah Wawasan 2020. Perdana Menteri kita pernah mengatakan,
Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi
apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah. Kata-kata
tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia
menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Namun begitu, amalan
nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam
sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja
bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan
pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan
sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu
kemaslahatan boleh diperoleh. Sekarang, Saudari Naema akan
menerangkan kepentingan nilai-nilai murni kepada seseorang individu.

Naema:

Terima kasih Huey Yi. Individu yang mempunyai nilai0nilai murni dalam
dirinya akan sentiasa berfikir positif. Hal ini menjadikannya seorang
yang berfikir terbuka dan dapat bergaul dengan pelbagai golongan
masyarakat serta dapat hidup dalam apa-apa saja persekitaran.
Ringkasnya, induvidu tersebut ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.
Individu yang berfikir positif ini akan melihat segala masalah sebagai
suatu cabaran yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Hal ini
membolehkan hidup dengan ceria.Perbincangan seterusnya diserahkan
kepada Saudari Zuliana.

Zuliana:

Terima kasih Naema. Dalam dunia pekerjaan pula, seseorang yang


mempunyai disiplin kerja yang tinggi pasti dapat menyelesaikan kerja
mengikut jangka masa yang ditetapkan. Jika disiplin tidak ditanamkan
dalam diri kakitangan ini, timbullah sikap bekerja ala kadar saja oleh
kakitangan terbabit. Mereka kurang beruasaha untuk meningkatkan

kecekapan bekerja kerana beranggapan bahawa gaji akan tetap


diperoleh pada setiap bulan. Sebaliknya, seseorang pekerja yang
memiliki nilai rajin dan berdisiplin akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kecekapan bekerja.
Huey Yi:

Saudari Afiqah, bolehkah anda menyatakan kepentingan nilai-nilai


positif kepada pemimpin?

Afiqah:

Terima kasih saudari Huey Yi. Selain itu, pemimpin pada masa kini
perlulah mengamalkan amalan positif dalam diri mereka supaya dapat
membentuk pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma. Pemimpin
yang mengamalkan amalan positif akan dapat mentadbir Negara
dengan baik dan sempurna kerana mendapat sokongan padu daripada
rakyat. Malahan, pemimpin yang berbudi bahasa akan sentiasa
menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan
peribadinya. Justeru, pemimpin juga dapat dijadikan contah atau
teladan yang baik kepada golongan remaja masa kini yang
sememangnya mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui
tampakkepimpinan Negara. Oleh itu, amalan positif seperti
menghormati orang tua, bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan
sebagainya perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan seharian agar
dapat mendidik diri menjadi seorang yang bertanggungjawab
danberakhlak mulia. Sekiranya pemimpin dan semua rakyat
mengamalkan amalan positif ini dapat membantu dalam membentuk
sebuah Negara yang maju dan melahirkan masyarakat yang harmoni.
Imej Negara juga meningkat dan Negara dapat standing dengan
Negara-negara luar kerana mereka akan mencontohi serta
menghormati Negara kita.

Huey Yi:

Zulaika, apakah kepentingan nilai-nilai mueni kepada Negara?

Zulaika:

Terima kasih, Huey Yi. Nilai murni seharusnya dihayati dan dimiliki oleh
setiap lapisan masyarakat Negara ini. Dengan nilai murni yang
tertanam dalam diri, setiap individu dalam masyarakat akan menjadi
warganegara yang berguna.mereka akan memiliki rasa cinta akan
Negara dan ssanggup berkorban demi kedaulatan Negara. Sekiranya
rasa cinta akan Negara menyubur dalam jiwa rakyat, maka masalah
sosial dan jenayah kian berkurang. Sekiranya masalah-masalah
tersebut dapat dikurangkan, maka Malaysia akan bertambah maju dan
makmur sekali gus rakyat akan dapat hidup dangan lebih sejahtera.
Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilainilai yang positif seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap
lemah lembut terhadap pelancong asing.Hal ini penting agar dapat
meninggalkan imej yang positif tentang negara kita dalam diri
pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke
sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada
itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu
pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan
peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan

senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan


dengan pelancong asing. Senario ini secara tidak langsung akan
menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang
kian mendapat sambutan hangat. Jadi, budaya yang murni ini amat
penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat
menikmati percutian di negara kita.
Huey Yi:

Najaa, apakah kesimpulan bagi perbincangan kita pada hari ini?

Najaa:

Terima kasih Huey Yi. Kesimpulannya, terdapat banyak nilai murni yang
perlu ada pada diri seseorang warganegara Malaysia. Antaranya ialah
berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara,
bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha, produktif dan
sebagainya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni tersebut dalam kalangan rakyat
Malaysia, Negara kita pasti menjadi sebuah Negara yang maju dan
aman. Akan tetapi, tanpa nilai-nilai murni tersebut Negara kita akan
sentiasa mundur dari semasa kesemasa. Justeru, demi mencapai
impian dalam wawasan 2020, kita sebagaiwarganegara Malaysia
wajarlahbertanggungjawab terhadap Negara kita sendiri dan mencintai
Negara kita sendiri dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi. Dengan
inim Negara kita pasti akan Berjaya mencapai impian tersebut.

Huey Yi :

Kesimpulannya, terdapat banyak nilai murni yang perlu ada pada diri
seseorang warganegara Malaysia. Antaranya ialah berbangga sebagai
rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan,
berdisiplin, berusaha, produktif dan sebagainya. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia, Negara kita pasti menjadi
sebuah Negara yang maju dan aman. Akan tetapi, tanpa nilai-nilai
murni tersebut Negara kita akan sentiasa mundur dari semasa
kesemasa. Justeru, demi mencapai impian dalam wawasan 2020, kita
sebagaiwarganegara Malaysia wajarlahbertanggungjawab terhadap
Negara kita sendiri dan mencintai Negara kita sendiri dengan sepenuh
hati tanpa berbelah bagi. Dengan inim Negara kita pasti akan Berjaya
mencapai impian tersebut.

Najaa:

Kesimpulannya, terdapat banyak nilai murni yang perlu ada pada diri
seseorang warganegara Malaysia. Antaranya ialah berbangga sebagai
rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan,
berdisiplin, berusaha, produktif dan sebagainya. Oleh itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia, Negara kita pasti menjadi
sebuah Negara yang maju dan aman. Akan tetapi, tanpa nilai-nilai
murni tersebut Negara kita akan sentiasa mundur dari semasa
kesemasa. Justeru, demi mencapai impian dalam wawasan 2020, kita
sebagaiwarganegara Malaysia wajarlahbertanggungjawab terhadap
Negara kita sendiri dan mencintai Negara kita sendiri dengan sepenuh
hati tanpa berbelah bagi. Dengan inim Negara kita pasti akan Berjaya
mencapai impian tersebut.

Huey Yi:

Terima kasih saudari Najaa. Jadi, semua pihk perulah mengamalkan


amalan nilai-nilai murni ini supaya Negara kita maju dan rakyat dapat
hidup dengan makmur. Dengan ini, berakhirlah perbincangan kita pada
hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai