Anda di halaman 1dari 1

Keluarga saya

Keluarga saya tinggal di Taman Kota, Yong Peng. Rumah saya


sebuah rumah teres. Keluarga saya mempunyai lima orang iaitu bapa,
ibu, seorang kakak , seorang abang dan saya. Saya merupakan anak
bongsu dalam keluarga saya.
Bapa saya seorang pekebun. Dia mempunyai sebidang kebun.
Setiap hari , dia berbasikal ke kebun untuk bekerja. Dia rajin
bekerja untuk menyara hidup kami sekeluarga. Bapa saya seorang
yang bertanggungjawab dan baik hati.
Ibu saya seorang suri rumah tangga. Dia berumur 38 tahun.
Awal-awal pagi, ibu saya telah bangun. Dia akan menyediakan sarapan
untuk kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya rajin membuat kerja
rumah. Ibu saya seorang yang rajin dan penyayang.
Adik-beradik saya belajar di SJK(C) Yong Peng 2. Kami
berbasikal ke sekolah setiap hari. Kami rajin belajar. Setiap petang ,
kami suka berbasikal di taman bunga bersama kawan baik kami.
Saya berasa bertuah kerana saya mempunyai keluarga yang
begitu baik dan bahagia. Saya akan menyayangi keluarga saya selamalamanya.

Anda mungkin juga menyukai