Anda di halaman 1dari 2

AZMI BIN ABD.

RAHMAN
Blok J5-0-7 Delima J
55100 Kuala Lumpur.
HP No : 019-248 9888

Tarikh : 07hb Disember 2015.

Kepada;
Y.Bhg Puan Hajah Rosmaria Hani bt Maarof
Pengurus Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor
PEJABAT YAYASAN SELANGOR
Bahagian Pembangunan Pendidikan
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
18A Persiaran Barat
Petaling Jaya, Selangor.
Per : RAYUAN PERTUKARAN TEMPAT BELAJAR DARI SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BANTING KE SEKOLAH MENENGAH YANG BERHAMPIRAN DI BAWAH
YAYASAN SELANGOR.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya sebagaimana nama di atas adalah bapa kepada Syaza Dania binti Azmi No KP : 02041114-1616 yang telah berjaya terpilih untuk belajar di Tingkatan Satu sekolah biayaan Yayasan Selangor
pada tahun 2015, kami sangatlah bertuah dan berterima kasih kerana anak kami terpilih. Anak kami
menginap di asrama yang mesti berulang alik hampir setiap minggu keluarga terpaksa menjempu balik
anak kami atas berbagai hal yang tidak menentu.
3.
Atas kebanggaan dan bertuah itu ada juga kelemahannya, di mana kami terasa agak terbeban
untuk mengambil dan menghantar anak kami sejauh 70 km setiap minggu dan ini telah menyebabkan
kami terpaksa mencari jalan mengatasi masalah beban tersebut dengan membuat rayuan ini. Bukanlah
kami tidak bersyukur tapi beban perlu juga diringankan. Selain dari itu saya juga tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap di samping membiayai persekolahan dua orang lagi adiknya di Sek. Kebangsaan
Maluri dan Sek. Kebangsaan Desa Pandan.
4.
Sehubungan dengan itu kami merayu untuk menukarkan anak kami ke sekolah pilihan
sebagaimana berikut;
PILIHAN PERTAMA :

SEKOLAH AMINUDDIN BAKI (KG. PANDAN)


Jaraknya hanyalah 3 km dan kami tidaklah perlu tinggal di asrama
jika tiada kekosongan.

PILIHAN KEDUA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTANG UTARA


(PUDU) Jaraknya dari rumah lebihkurang 7 km dan ini
memerlukan asrama.

5.
Besarlah harapan kami jika pihak Puan dan Yayasan dapat membantu meringankan beban
perbelanjaan mingguan ini, kami berjanji akan memantau disiplin anak kami jika ianya terpaksa tinggal
bersama keluarga di rumah.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar;

AZMI BIN ABD RAHMAN


* CATATAN : JIKA TIDAK DAPAT MENGHUBUNGI SAYA, SILA HUBUNGI ISTERI SAYA :
ZARINAH MD SHARIF : 019-218 6701

Anda mungkin juga menyukai