Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK MENGAJAR KOMSAS

Teknik dan Kaedah Mengajar KOMSAS


Teknik Dracer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca skrip drama
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama aspek watak, tema dan
persoalan, plot dan sinopsis.
c. Murid menulis kembali skrip drama tersebut ke dalam bentuk ceren.
Genre:
a. Sesuai untuk genre drama
Teknik Komcer
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca komik.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti komik tersebut (watak-watak penting, tema
dan persoalan, plot dan sinopsis)
c. Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.
Genre:
a. Sesuai untuk Cerpen
Teknik Cerdra
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
c. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama.
d. Murid mengadaptasi cerpen kepada skrip drama.
Genre:
a. Sesuai untuk genre cerpen dan drama

Teknik Cerkom
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti tema dan persoalan, plot dan watak-watak
penting.
c. Murid menyatakan sinopsis cerpen.
d. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.
Genre:
Sesuai untuk Genre Cerpen

Teknik Meneruskan Cerpen


Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca.
c. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubah
suai plot, latar, tema dan sebagainya.
Genre:
a. Cerpen, novel
Teknik Meramal
Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen.
b. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak sampingan.
c. Dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman watak utama dan
watak sampingan.
d. Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman, murid akan melikis atau menampal wajah watak
tersebut.
Genre:
a. Cerpen dan Novel

Teknik Penafsiran Grafik


Langkah Mengajar:
a. Menterjemahkan bahan grafik seperti lukisan, gambar, lakaran, carta, graf dan lain-lain dalam bentuk
penulisan sajak.
Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak
Teknik Pemindahan Genre
Langkah Mengajar:
a. Ambil idea daripada genre lain seperti cerpen, novel, atau drama.
b. Oleh kembali ke dalam bentuk / genre sajak
Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.
Teknik Terus
Langkah Mengajar:
a. Gunakan bahan yang dibekalkan sebagai isi atau pemikiran sajak.
b. Gunakan bahan keratan akhbar, gambar tokoh, gambar peristiwa, inti ucapan pemimpin dan
sebagainya.
c. Bahan yang dibekalkan bukanlah bahan rangsangan, sebaliknya terus dijadikan isi atau pemikiran
sajak.

Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.
Teknik Rantai Kalimat
Langkah Mengajar:
a. Dimulai dengan satu kalimat.
b. Murid dikehendaki menyambung kalimat tersebut berdasarkan perspektif masing-masing.
c. Murid lain dalam kumpulan kecil atau kelas akan menyambung proses penulisan ini menjadi sebuah
sajak yang lengkap.
Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.
Teknik Reaginasi
Langkah Mengajar:
a. Teknik ini lahir daripada dua perkataan iatu realiti dan imaginasi.
b. Murid dikehendaki menulis sajak.
c. Murid yang tidak pernah mengalami atau menghadapi situasi itu boleh menggunakan imaginasinya
untuk menukangi sajak tersebut.
Genre:
a. Sesuai untuk genre sajak.
Teknik Permata Kata
Langkah Mengajar:
a. berdasarkan tema, murid diberikan satu hingga dua perkataan (diksi) yang boleh dianggap sebagai
kunci kata.
b. Berdasarkan kunci kata tadi, murid akan mencari perkataan yang lain berkaitan sebagai input
penulisan sajak.
Genre:
a. Penulisan Sajak
Teknik Pancaminda
Langkah Mengajar:
a. Teknik ini menggabungkan teknik pancaindera dan bayangan minda.
b. Murid perlu menjana idea penulisan melalui lima pancaindera (rasa, sentuh, hidu, lihat dan dengar).
c. hasilkan sajak berdasarkan tema atau isu yang ditetapkan dan bayangan minda
Genre:
a. Sesuai untuk penulisan puisi
Teknik Puisidra
Langkah Mengajar:
a. seorang murid mendeklamasikan puisi.
b. Sekumpulan murid lain melakonkannya
c. Pergerakan pelakon adalah selaras dengan ungkapan puisi yang dibacakan.
Genre:
a. Puisi / Sajak

Teknik Penulisan Log Pembelajaran


Langkah Mengajar:
a. buat log pembelajaran setiap hari selepas pembelajaran
b. buat catatan tentang gaya bahasa kreatif yang dipelajari dalam bilik darjah
c. buat catatan juga sewaktu membaca bahan sastera
d. Isikan aspek bahasa yang dipelajari dalam Log Pembelajaran Harian
Genre:
a. Sesuai untuk semua genre, puisi, sajak, prosa, cerpen dan novel.
Teknik Penulisan Jurnal Dua Bahagian
Langkah Mengajar:
a. Bahagikan kertas kepada dua bahagian.
b. Buat catatan respons semasa dan selepas membaca.
c. Bahagian satu (penilaian awal terhadap isi / rumusan nilai / meses semsa membaca teks).
d. Bahagian dua (memikirkan dan menilai kembali tanggapan terhadap isu / rumusan nilai/ mesej.
Genre:
a. Semua genre puisi, prosa dan cerpen.
Teknik Penulisan Jurnal Dialog
Langkah Mengajar:
a. Respons murid terhadap karya
b. Dialog melalui respons bertulis.
c. Beberapa baris / ruang kosong akan ditinggalkan untuk memberi peluang kepada guru / rakan
membaca jurnal dan membuat respons balas.
d. Boleh dibuat dalam kumpulan.
Genre:
a. Semua jenis genre, puisi, sajak, cerpen, prosa dan sebagainya.

Teknik Penulisan Jurnal Tiga Bahagian


Langkah Mengajar:
a. Membuat Jurnal Tiga Bahagian
b. Murid diberikan helaian kertas A4.
c. Murid diminta melipat kertas tersebut kepada tiga bahagian.
d. Bahagian A ditulis Semasa Membaca (murid diminta memberikan tanggapan awal berdasarkan
pengetahuan mereka.
e. Bahagian B ditulis Semasa Membaca (murid diminta membaca dan menulis respons tentang isi
kandungan bahan
f. Bahagian C ditulis Selepas Membaca (murid memikirkan kembali tanggapan awal).
Genre:
a. Sesuai untuk semua genre, puisi, prosa dan cerpen serta novel.
Teknik Soalan Pemahaman

Langkah Mengajar:
a. Murid membaca petikan cerpen atau prosa
b. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis / ringkasan
c. Dalam kumpulan, murid membina satu soalan bertumbu, satu soalan bercapah dan satu soalan
maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap.
d. Wakil kumpulan menulis soalan yang dibina di papan hitam.
e. Murid lain diberi peluang membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa
f. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan
g. Murid menjawab semua soalan di papan hitam.
Genre:
a. Sesuai untuk cerpen dan prosa tradisional
Teknik Frasa Menarik
Langkah Mengajar:
a. Galak murid salin ayat dan frasa menarik daripada bahan-bahan yang dibaca ke dalam buku nota.
b. Galak murid mencipta sendiri ayat dan farasa menarik serta menggunakannya pada masa yang
sesuai.
c. Galak murid tulis hasil karya kreatif dengan menggunakan bahasa menarik, tepat dan bermakna
sebagaimana yang dicatat.
d. Galakkan murid bertutur dengan bahasa yang sesuai dan menarik terutama dalam situasi formal dan
tidak formal.
Genre: Sesuai untuk menulis cerpen, puisi dan sajak.
Teknik Teater Puisi
Langkah Mengajar:
a. Seorang pelajar dipilih untuk mendendangkan syair atau puisi.
b. Tiga orang pelajar yang lain diminta beraksi teater atau berlakon.
c. Pelajar lain diminta memerhatikan aktiviti dengan teliti, mengenal pasti aspek yang menarik dalam isi
cerita.
d. Dengan bimbingan guru, beberapa orang pelajar dipilih untuk memberi pendapat tentang aspek
menarik dalam puisi atau cerita.
Genre:
a. Puisi, sajak, syair, pantun dan sebagainya.
Teknik Adaptasi
1. Langkah Mengajar
a. Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan genre lain.
b. Sebagai contoh, menulis pantun berdasarkan cerpen, menulis skrip drama berdasarkan sajak dan
sebagainya.
c. Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
2. Genre
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera
Teknik Dekon
Langkah Mengajar
a. Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

b. seorang atau beberapa orang murid melakonkan aski yang sesuai dengan sajak / puisi yang dipelajari.
c. Murid lebih mudah mengingati sajak / puisi.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Teknik Mestamu
Langkah Mengajar
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.
Teknik Peta Minda
Langkah Mengajar:
a. Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
b. Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal.
c. Pelajar sendiri boleh membina peta minta itu.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
Teknik Stesen
Langkah Mengajar:
a. Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen yang lain.
b. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
c. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
Teknik Improvisasi
Langkah Mengajar:
a. Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
b. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 hingga 5 orang murid.
c. Murid diberi masa 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Kerusi Panas
Langkah Mengajar:
a. Seorang murid dikehendaki memainkan peranan satu watak.
b. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
c. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak yang dilakonkan.
d. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang dilakonkan.

e. Murid lain mencatat perwatakan watak.


Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
Teknik Balang Kaca
a. Seorang murid berlakon sebagai watak utama
b. Murid-murid lain berlakin sebagai watak-watak lain mengelilingi watak utama.
c. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
d. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan
sebagainya.
e. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Monodrama
Langkah Mengajar:
a. Teknik ini dilakonkan oleh seorang pelakon.
b. Murid sebagai pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
c. Pelaon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak
salam sesuatu karya.
d. Murid lain dapat menilai perwatakan yang sedang dilakonkan.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
Teknik Persidangan Meja Bulat
Langkah Mengajar:
a. Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
b. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan.
c. Seorang murid menjadi pencatat.
d. Perbincangan berfokus kepada isu yang ditetapkan oleh guru.
e. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
f. Pendapat harus diberikan secara bergilir.
g. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
Teater Bercerita
Langkah Mengajar:
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen, novel dan prosa klasik.
Teknik Membuat Projek
a. Guru perlu memikirkan satu projek bagi mengumpulkan maklumat berkaitan nilai murni yang ada
dalam teks.
b. Pelajar diminta menyenarai beberapa nilai murni dalam cerpen.
c. Wakil pelajar diminta untuk membentangkan hasil perbincangan.
d. Aktiviti ini dapat meyakinkan pelajar bercakap di khalayak ramai.
e. Pelajar diminta melakukan aktiviti perbualan berbentuk drama.
f. Pelajar juga diberi tugasa mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian seperti

berani mencuba sesuatu bagi meningkatkan tahap pembelajaran.


Teknik Main Peranan
a. Pelajar perlu membayangkan diri sendiri ataupun orang lain dalam pelbagai situasi.
b. Pelajar diminta beraksi seperti watak yang ada dalam situasi cerpen.
c. Melalui kaedah ini pelajar dapat menghargai dan menghayati matlamat watak.
d. Teknik ini memberi tumpuan kepada minat serta emosi pelajar.
e. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan selain menerangkan perkembangan dalaman.
Teknik Menghasilkan Karya
a. Berdasarkan cerpen yang dibaca, pelajar diminta menghasilkan sebuah karangan.
b. Pelajar boleh menghasilkan apa-apa sahaja bentuk karangan berkaitan dengan cerpen.
c. Pelajar juga boleh membuat ringkasan atau sinopsis cerpen.
d. Pelajar juga boleh menulis artikel ataupun sajak berdasarkan cerpen yang dibaca.
e. Sajak atau artikel tersebut boleh dihantar kepada pihak media massa.
f. Sesuai untuk mengajar cerpen
Teknik Bayangan Minda
a. Tujuannya untuk memberi gambaran dan pemahaman kepada pelajar.
b. Pelajar diminta membayangkan situasi yang bermain dalam minda watak yang dipilih.
c. Pelajar juga diminta membayangkan latar belakang watak yang dipilih.
d. Aktiviti ini dapat menyedarkan kepayahan dan kesenangan yang dirasai oleh watak.
e. Sesuai untuk menghayati dan mengenal watak dan perwatakan bagi watak yang dipilih.
Teknik Berdialog
a. Pelajar perlu fahami keseluruhan isi cerpen.
b. Pelajar diminta membuat dialog atau perbualan berdasarkan cerpen yang dibaca.
c. Dialog perlu dilakonkan oleh pelajar.
d. Cara ini dapat meningkatkan tahap pencapaian mengingati fakta dan mencungkil bakat.
e. Dialog dapat melatih pelajar bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
f. Sesuai digunakan untuk mengajar Cerpen.
Teknik Teater Pembaca
a. melibatkan beberapa orang murid membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan suara, sebutan, intonasi, dan mimik muka,
c. murid yang sedang membaca skrip diminta bergerak selangkah ke hadapan dan kembali selangkah ke
belakang selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di
hadapan mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
f. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

Teknik Pengajaran Sastera


Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya tidak
menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini
berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah
guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran
komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki
kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan
contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.
Bagi murid pula, mereka selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik
penyampaian guru itu sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan
bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik
yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh yang demikian guru-guru
haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang kurang
menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan
murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan
sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.
Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti
yang berikut:
(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi
(a) Teater Pembaca
Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di
hadapan kelas.
Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka
sahaja.
Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang

dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
(b) Teater Bercerita
Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(c) Persidangan Meja Bulat
Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang
pencatat.
Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan
dijalankan.
Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
Masa perbincangan 15 20 minit.
Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(d) Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan
dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan
individu lain.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(e) Balang Kaca
Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak
utama.
Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka,
gerak tubuh dan sebagainya.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(f) Kerusi Panas
Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang
dilakonkannya.
Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan
Grafik (LPG) yang disediakan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(g) Improvisasi
Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi
sebenar.
Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid.
Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(h) Stesen
Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(i) Peta Minda
Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina
peta minda itu.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(j) Mestamu
Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu
dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.
(k) Dekon
Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.
(l) Adaptasi
Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.
Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama
berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa
mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan
murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari
komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar
mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran
dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu
akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid.
Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang

mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji


aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak,
pantun, gurindam, cerpen dan novel.

Sumber http://khirhassan.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai