Anda di halaman 1dari 5

Suara hati lelaki penghuni syurga………

Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah....


 
Sabda Rasulullah saw        
"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata,
ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan,
dan tidak kurang juga pada keturunan,
tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya,
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.


 Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah
segalanya...
 Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar
 tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. 

Kerana itulah...
Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
 sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
 sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
. dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah
diri hanya kepada-Nya... 

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia
seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya
walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.


 Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
 begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. 
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing.
 Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah
(Mardhatillah).

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... 
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang
bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim

Nilai wanita bukan terletak pada  pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan
keterbatasan dalam pergaulan.
 
Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari
dirinya..dari hujung rambut hingga hujung kaki..
termasuklah wajahnya, suaranya,senyum tawanya,jalannya,tulisannya hatta namanya
sekalipun..
wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat..
Dalam mazhab syafie ada khilafnya..berdasarkan ayat dalam surah anNur,30..
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir
daripadanya..ulama syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka
dan tapak tangan.tapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah,ia tetap menjadi
aurat..Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti
akan menganggapnya sebagai aurat..lalu mengenakan purdah pada wajahnya.mungkin
berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak
terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka
sebagai paparan umum spt frienster.facebook dan lain-lain
 
suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti
kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi.kerna memahami perintah
Allah swt padanya dalam surah alAhzab ayat33.”Maka janganlah kamu melemah lembutkan
suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya”...Jadi,
bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi..
 
 
Muasyarat(pergaulan) yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi
Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati
ramai pengembala di sumur.Hajat mereka tidak kesampaian.Nabi Musa a.s telah
mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka.apabila
selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut
mendatangi Nabi Musa .as dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya
menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah alQasas,23-25)
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak
memdedahkan dirinya pada pandangan umum.Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka
ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan)..
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang..Khalwat juga adalah bunga
– bunga perzinaan..Berbual – bual di telefon atau sms antara lelaki dan wanita kerana
dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua –
duaan..fikirkanlah...
 
Saidina Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada
berjalan di belakang seorang wanita”.Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki
berjalan di belakangnya.kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan
tersebut.bagaimana keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki
berjalan di belakangnya..Jadi labuhkanlah tudung sehingga menutup juyub(tulung rusuk
paling bawah) dan menutup punggung.Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab
diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahutentang wahyu
tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab..seseorang telah menegurnya,”mengapa
engkau tidak berjilbab,adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”.lalu
wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya..Beliau
berkata,”aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah
Allah swt”.. Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa
Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab..Beliau telah siap menunaikan
perintah Allah walaupun belum memeluk Islam..Hari ini apa yang terjadi pada wanita
Islam..bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya...
 
 Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yang
mustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya.. Para sahabiyah
r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan – jalan di
kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah..oleh
itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas,
dgn berjihad dan syahid di jalan Allah… Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan
terbinalah papan -  papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam..Wanita
kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka
pada pandangan umum..Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, Dimana
tempat membeli belah paling besar di kota ini?”..sedang ia menjawab,”saya tidak tahu”..
 
Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman Allah swt..”Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan
jahiliyah”.(surah alAhzab_33)..
ya,memang benar...Islam itu mudah..
tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap
Islam..dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,Rasulullah saw bersabda, “Kebaikan itu
adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu
takut perbuatan itu dilihat orang”
.
 
 
Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya(ghaddul basar)
kerna ia adalah perintah dari Allah(anNur,30-31),
ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang  lelaki ajnabi
pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk
berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran.
oleh itu, tundukkanlah pandangan, ibarat mencari sesuatu yang hilang..
apa yang selalu hilang dari kita..tak lain tak bukan,,adalah iman dan keikhlasan
kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja’ul
aqro..
sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi,
maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh..
dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta..
 
Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu
yang melalaikan,umpatan dan cacian
wanita yang menjaga pendengarannya di dunia,
maka di syurga kelak
dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur..
di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya..
Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga,
iaitu di kala melihat wajah Allah swt,Allah swt akan membacakan untuknya surah
arRahman...MasyaAllah...
 
 
......................................................................................................
 
 
 
saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak berkesudahan,
sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya,
kamu punya kekuatan untuk bangkit semula..
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan,
Yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas..
saudariku...
hidup ini seperti mimpi,
seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja..
dipuji dan dipuja,
segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya..
tapi bila dia sedar dari lenanya,
dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
seorang raja yang bermimpi,
menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh,
dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui,
tapi bila raja itu sedar dari lena,
dia tetap seorang raja...
saudariku...
itulah hakikat hidup di dunia,
kalau susah,susah yang sementara,,
kalau senang, senang yang sementara..
tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia.
kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya..
saudariku...
matanglah dalam urusan akhiratmu,
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara,
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat..
jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya...
saudariku...
Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki..
itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan.
jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai,
yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja,
di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya...
tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu,
Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad.
yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja..
 
saudariku...
ingatlah pesan Rasulullah saw..
“barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka”
lihatlah penampilanmu,pecakapanmu,ataupun akhlakmu..
moga – moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s,
mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a..
kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu..
tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu,
seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah?...
 
saudariku...
jadilah wanita solehah,
yang taat pada Allah dan Rasulnya,
teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan kau cuba menambah atau menguranginya
walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu,
binalah hubungan baik dgn Tuhanmu..
beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan..
agar tarikan dan hembusan nafasmu,
di dalam keredhaan tuhanmu..
didiklah hatimu seperti hati Rasulullah saw..
walaupun dicaci,dilukai dan disakiti..
tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya..
saudariku...
ajarlah jiwamu utk bersahabat dgn tuhan..
ia tidak semudah pengucapan,
kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian..
di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan,
di kala manusia lalai dgn keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan...
hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dgn zikir LailahaillaAllah..
berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah..
jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a…
di mana seorang yg buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akn bertemu syurga Allah…
 semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di
syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya
menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya di
dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah
untuk mendakapnya.ameeennn

Ibnu Uthman aljuhury…………..

Anda mungkin juga menyukai