Anda di halaman 1dari 32

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA SEBELUM ANAK RASULULLAH S.A.

W
Siti Fatimah adalah anak Rasullullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullullah S.A.W sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda: "Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu." Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata: "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda?Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang." Lalu Rasullullah S.A.W bersabda: "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kirakira 3 batu dari Madinah." Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam. Perempuan yang Rasullullah S.A.W maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata: "Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak." Perempuan itu menjawab: "Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti.Silalah datang pada esok hari." Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu.Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata: "Ini siapa?" Anakanda Rasullullah S.A.W menjawab: "Ini anak saya, Hasan." Perempuan itu lantas berkata: "Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya." Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya.Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin.Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah.Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa. Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata: "Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah?Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah," bisik hatinya sambil menangis teresak-esak. Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Suaminya yang terkejut dan hairan pun berkata: "Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasullullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda.Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasullullah.Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua." Isterinya menyahut: "Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak." "Terima Kasih," sahut suaminya. Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya.Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan.Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berapa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya: "Mengapa jadi begini?" Perempuan itu menyahut: "Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya." "Buat apa dengan bekas air itu?" tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu: "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah." Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi: "Buat apa pula tongkat itu?" Perempuan itu menjawab: "Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini." Siti Fatimah bertanya lagi: "Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?" Maka perempuan itu berkata: "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya." Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata: "Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya." Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasullullah S.A.W lalu berkata: "Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu." Sebaik sahaja Rasullullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum: "Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu."Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa. Dari kisah yang diceritakan di atas, dapat dilihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya anda akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah S.W.T kerana keredhaan Allah S.W.T adalah keredhaan suami anda. Ingin dititipkan juga di sini suatu ayat yang pernah didengar yang bermaksud: "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Disediakan oleh :MOHD NOOR AJLA BIN MOHD ZAIN

Look Outside
Look outside, see the trees Watch the flowers in the breeze Things won't be like this in a year or two If polluting is all we do Seize the night Seize the day Things won't always be this way Thousands of people are dying In the night you hear children crying Let's stop the war Our people are sore The world can't help itself Who cares about your wealth Help me to help you Show the world what you can do.
Courtesy of Theme Prepared by Jalil : : : Josie Greveling Love Your Nature Pn.Nur- Izzati binti Abd

JANGAN BUNUH HATI ANDA! Jika anda bersedih, maka menangislah. Jika anda bahagia, tersenyumlah. Jika anda teramat senang dan gembira, maka ketawalah. Jangan paksakan diri anda untuk tidak menangis, Jangan tutup mulut anda untuk tidak tersenyum atau ketawa. Kerana, jika ia berlaku sebenarnya anda telah membunuh hati anda secara perlahan akibatnya, hati anda akan kering dan gersang. Dan percayalah, Pada saat itu berlaku, Anda pasti tidak dapat mengecapi nikmat bahagia. Kerana hati anda telah kering dan membatu, Bahkan lebih keras dari batu, Kerana batu walaupun keras, Tapi masih dapat mengalirkan mata air yang sangat Bermanfaat bagi manusia...... Kerana segala rasa itu datangnya dari hati.. Juga segala-galanya berpunca darinya.

DISEDIAKAN OLEH: YM TENGKU ALIAS B TENGKU SAMSUDIN

50 RAHSIA PENTING RASULULLAH Rasulullah SAW diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun. Rasulullah SAW wafat semasa berusia 63 tahun. Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah SAW. Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah SAW. Usamahb bin Zaid adalah pencinta Rasulullah SAW. Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah SAW. Zubir bin awwam adalah golongan penyokong Rasulullah SAW. Rasulullah SAW lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah. Tahukah anda Isteri Baginda berjumlah 13 orang. Cucu Baginda adalah Hassan dan Husain. Tahukah anda Rasulullah SAW telah berperang sebanyak 27 kali. Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran. Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah SAW. Tahukah anda nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah namanama unta Rasulullah SAW. Tahukah anda Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah SAW. Tahukah anda Maria Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah SAW?. Tahukah anda nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah SAW?. Tahukah anda kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu keatas Rasulullah SAW ?.

Tahukah anda Ali bin Abi Tolib, Othman bin Affah, Al-As bin Ar-Rabi dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah SAW?. Tahukah anda Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah SAW?. Tahukah anda Fatimah binti Amru AlMakhzumi adalah nenek kepada Rasulullah SAW disebelah ayah Baginda?. Tahukah anda Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah SAW ?. Tahukah anda A-Matam bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah SAW ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif ?. Tahukah anda Halimah binti Sadiah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab ?. Tahukah anda Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah SAW galakkan perempuan mempelajarinya ?. Tahukah anda Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah SAW?. Tahukah anda kumpulan tenntera Abdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah SAW di kawasan tepi pantai ?. Tahukah anda Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah SAW ?.Tahukah anda peperangan pertama yang Rasulullah SAW hadapi adalah peperangan Al-Abwa ?. Tahukah anda Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah SAW pada peperanagn Uhud?. Tahukan anda Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW?. Tahukah anda Rasulullah SAW telah meninggalkan 9 orang isteri ?

Nota : Rasulullah SAW berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah, Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin diatas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara.inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.

Tahukah anda Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah SAW ?. Tahukah anda Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah SAW disebelah ibunya. Tahukah anda Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda SAW adalah Umu Salamh.?. Tahukah anda anak perempuan Baginda SAW pertama yang meninggal dunia adalah Ruqiyah ?. Tahukah anda siapakah Isteri Rasulullah SAW?Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasul Junjungan kita. Abi bin Khalaf adalah orang tunggal yang telah dibunuh oleh Rasulullah SAW. Walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam. Tahukah anda Rasulullah telah memulakan perjalan Isra bermula dari rumah Ummu Hani ?. Tahukah anda sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna. Tahukah anda Baginda SAW dikafankan

dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib.Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah SAW. Tahukah anda Rasulullah SAW telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah R.A. Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah SAW.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan. Tahukah anda Rasul Junjungan telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya. Tahukah anda wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari ?. Tahukah anda Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah SAW oleh Al-Qauqas?.

Tahukah anda Rasulullah SAW telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Dipermulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Diakhir Ramadhan adalah Perlindungan dari apai neraka?. Tahukah anda diantara umrah yang telah Rasulullah lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda, Umrah AlJaranah dan Umrah Haji ?. Tahukah anda ibu Rasul Junjungan meninggal di Al-Abwa suatu tempat diantara Mekah dan Madinah ?. Tahukah anda rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah SAW di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib?. Disediakan oleh: UST SYED ALI URAIDY B SYED DAHALAN

UNTUK TATAPAN ANAK-ANAK


TERCINTA

AMALAN-AMALAN DALAM ISLAM LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP

Dengarlah pesanan buat kalian Semat dihati mama berperi Bukan sekadar di angin lalu Waspadalah anak-anak ku Dalam memburu cita-cita hidupmu Wahai anak! Bukan semua yang berkilau itu permata Bukan semua yang kuning itu emas Bukan semua yang merah itu saga Bukan semua yang manis itu madu Bukan semua yang pahit itu hempedu Aturlah langkahmu anak ku Jangan sumbang melangkah Jangan menongkah arus Jangan melanggari batas-batas iman Jangan dinodai segala pesanan Ingatlah wahai anak-anak ku Hidup ini umpama biduk kecil ditengah laut bergelora Silap kemudi keliru arah Ombak yang ganas berhempas pulas Dikau kan lemas dan terdampar di pantai nesta Insaflah wahai anak-anak ku Dikaulah zuriat generasi harapan Doamu rangkaian manik-manik mutiara Laksana titis-titis embun menyirami dedaun Dingin nyamanmu penyegar layu Dinanti penuh rindu Yakin wahai anak-anak ku Insan yang kembali kea lam hakiki terputus amalan Kecuali ilmu yang manfaat, sedekah jariah Dan anak soleh yang mendoakan Anak-anak ku Buatlah segala kebaikan Dan tinggalkan segala kemungkaran Usaha tanpa jemu Demi masa depanmu Doakan kebahagiaan, kesihatan, kesejahteraan

AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN 1) Mandi setelah makan. 2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah danberdukacita. 3) Berada dalam keadaan terlalu lapar. 4) Berjaga malam selain dari qiamullail. 5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikuthukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN 1) Memakan daging. 2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap. 3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak. 4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat darikapas. 5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidakterlalu lapar atau terlalu kenyang. 6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEHMENDATANGKAN PENYAKIT 1) Bercakap banyak. 2) Tidur banyak. 3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN 1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah. 2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liurkita sendiri. 3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

Mama mu buat selamanya

Hasil tulisan: HAJJAH NORAINI ABD LATIF, 1049, TAMAN DESA PERMAI

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT 1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalamair sejuk (masak). 2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN 1) Di larang keras tidur selepas makan keranamendatangkan keras hati. 2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL 1) Tinggalkan dari bercakap kosong. 2) Sentiasa bersugi. 3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

kurangnya40 langkah. 3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnyasupaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KEDALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya kedalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil danbuangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudahselamat digunakan.Ingat jangan membazir, orang yang membazir ituadalah saudara atau sahabat syaitan. CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADIPELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN 1) Melihat pekara-pekara yang haram. 2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi. 3) Meminum minuman atau memakan makanan yangbercampur semut. 4) Tidak membaca Al-Quran. 5) Meminum atau memakan yang haram atau yangdiperolehi dengan cara yang haram. 6) Mengumpat dan mengata. 7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya. 8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam). 9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan. 10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita. DIAMALKAN OLEHRASULULLAH S.A.W. 1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikansembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaanberwuduk. 2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud. 3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelumterbit fajar. 4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelahrusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetapkedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya. UNTUKBADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DIAKTU-WAKTU BERIKUT : 1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukankerjakerja berat. 2) selepas makan atau sebelumnya. 3) Ketika sedang makan. 4) Selepas memakan buah-buahan. 5) Selepas keluar dari bilik mandi. 6) Ketika terjaga dari tidur.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR 1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari. 2) Selepas masuk waktu Asar. 3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari badan. BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuacayang panas kerana: 1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit. 2) Merosakkan warna kulit. 3) Melemahkan jantung. 4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap. 5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat. 6) Melemahkan kecerdasaan akal. CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR 1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur. 2) Hindarkan dari tidur lewat malam. 3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katilsetelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil. 4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelumtidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangundari tidur. 5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak matadengan air suam. 6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DANMEMPERCEPATKAN TUA 1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan. 2) Banyak minum air di waktu pagi. 3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG 1) Merokok yang berterusan. 2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama). 3) Kurang tidur. 4) Sentiasa mandi di tengah malam. 5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYAPENGLIHATAN 1) Melihat kepada benda-benda kotor. 2) Melihat kepada palang +/salib. 4) Duduk dengan membelakangkan kiblat. 5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram. 6) Banyak menangis.

Disediakan oleh: Mohd Afiza B Abu Bakar

Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari


Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan menanti saat kematian mereka.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami men guji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali. (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari?Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail. Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa." Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.Takdirnya esok hari terakhir Allah S.W.T pinjamkan nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat? Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.

Rasulullah S.A.W juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hiduphidup.Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan). Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis. Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia. (Hadis riwayat Abdullah, al -Hakim dan atTarmizi) Kematian menjemput manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung

kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka. Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud: Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.

Allah S.W.T juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah S.W.T dengan sempurna.Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah S.W.T masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia. Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan.Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri. Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.Allah S.W.T menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah S.W.T iaitu Rasul, Nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah S.W.T betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam A.S. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah S.W.T dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya. Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.

Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah S.W.T. DISEDIAKAN OLEH: RAMZZA B SHAHRUDDIN

Perintah Belajar Sejarah dalam Surat Al-Fatihah Surat al-Fatihah, awal surat dalam al-Qur'an itu ternyata menyiratkan perintah untuk belajar sejarah. Mungkin banyak yang tidak sadar, walau setiap hari setiap muslim pasti mengucapkannya. Tidak sekali bahkan.Tetapi banyak yang tidak menyadari sebagaimana banyak yang tidak mempunyai kesadaran untuk membaca, mengkaji, mendalami sejarah Islam. Bermula dari doa seorang muslim setiap harinya: "Tunjukilah kami jalan yang lurus." (QS. al-Fatihah [1] : 6) Jalan lurus, yang oleh para mufassir ditafsirkan sebagai dienullah Islam itu, dengan gamblang digambarkan dengan ayat selanjutnya dalam al-Fatihah: "(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." Di sinilah perintah tersirat untuk belajar sejarah itu bisa kita dapatkan. Ada tiga kelompok yang disebutkan dalam ayat terakhir ini; 1. Kelompok yang telah diberi nikmat oleh Allah 2.Kelompok yang dimurkai Allah 3.Kelompok yang sesat

Ketiga kelompok ini adalah generasi yang telah berlalu.Generasi di masa lalu yang telah mendapatkan satu dari ketiga hal tersebut. Kelompok pertama, generasi yang merasakan nikmat Allah. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (Tafsir Ibnu Katsir 1/140, al-Maktabah al-Syamilah) menjelaskan bahwa kelompok ini dijelaskan lebih detail dalam Surat an-Nisa: 69-70, "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orangorang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (QS. an-Nisa [4] : 69-70) "Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan Allah cukup mengetahui." Ada kata penghubung yang sama antara ayat ini dengan ayat dalam al-Fatihah di atas. Yaitu kata yaitu mereka yang telah dianugerahi nikmat.Sehingga Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat dalam al-Fatihah tersebut dengan ayat ini. Mereka adalah: Para nabi, para shiddiqin, para syuhada' dan para shalihin. Kesemua yang hadir dalam dalam doa kita, adalah mereka yang telah meninggal. Ini adalah perintah tersirat pertama agar kita rajin melihat sejarah hidup mereka.Untuk tahu dan bisa meneladani mereka.Agar kita bisa mengetahui nikmat seperti apakah yang mereka rasakan sepanjang hidup.Agar kemudian kita bisa mengikuti jalan lurus yang pernah mereka tempuh sekaligus bisa merasakan nikmat yang telah mereka merasakan. Perjalanan hidup mereka tercatat rapi dalam sejarah.Ukiran sejarah abadi mengenang, agar menjadi pelajaran bagi setiap pembacanya. Kelompok kedua, mereka yang dimurkai Allah. Imam Ibnu Katsir (Tafsir Ibnu Katsir 1/141, al-Maktabah al-Syamilah) kembali menjelaskan bahwa mereka yang mendapat nikmat adalah mereka yang berhasil menggabungkan antara ilmu dan amal.Adapun kelompok yang dimurkai adalah kelompok yang mempunyai ilmu tetapi kehilangan amal.Sehingga mereka dimurkai. Kelompok ini diwakili oleh Yahudi. Sejarah memang mencatat bahwa mereka yang menentang Nabi Muhammad SAW sekalipun, sesungguhnya tahu dengan yakin bahwa Muhammad SAW adalah Nabi yang dijanjikan dalam kitab suci mereka akan hadir di akhir zaman. Sekali lagi, mereka bukanlah masyarakat yang tidak berilmu.Justru mereka telah mengantongi informasi ilmu yang bahkan belum terjadi dan dijamin valid.Informasi itu bersumber pada wahyu yang telah mereka ketahui dari para pemimpin agama mereka. "Demi Allah, sungguh telah jelas bagi kalian semua bahwa dia adalah Rasul yang diutus. Dan dialah yang sesungguhnya yang kalian jumpai dalam kitab kalian...." kalimat ini bukanlah kalimat seorang shahabat yang sedang berdakwah di hadapan Yahudi. Tetapi ini adalah pernyataan Ka'ab bin Asad, pemimpin Yahudi Bani Quraidzah. Dia sedang membuka ruang dialog dengan masyarakatnya yang dikepung oleh 3.000 pasukan muslimin, untuk menentukan keputusan yang akan mereka ambil. Maka benar, bahwa Yahudi telah memiliki ilmu yang matang, tetapi mereka tidak mau mengikuti

kebenaran tersebut.Inilah yang disebut oleh Surat al-Fatihah sebagai masyarakat yang dimurkai. Para ulama menjelaskan bahwa tidaklah kaum Bani Israil itu diberi nama Yahudi dalam al-Qur'an kecuali dikarenakan setelah menjadi masyarakat yang rusak. Rangkaian doa kita setiap hari ini menyiratkan pentingnya belajar sejarah. Untuk bisa mengetahui detail bangsa dimurkai tersebut, bagaimana mereka, seperti apa kedurhakaan mereka, ilmu apa saja yang mereka ketahui dan mereka langgar sendiri, apa saja ulah mereka dalam menutup mata hati mereka sehingga mereka berbuat tidak sejalan dengan ilmu kebenaran yang ada dalam otak mereka. Sejarah mereka mengungkap semuanya. Kelompok ketiga, mereka yang sesat. Para ulama tafsir menjelaskan bahwa bagian dari penafsirannya adalah masyarakat Nasrani.Masyarakat ini disebut sesat karena mereka memang tidak mempunyai ilmu.Persis seperti orang yang hendak berjalan menuju suatu tempat tetapi tidak mempunyai kejelasan ilmu tentang tempat yang dituju. Pasti dia akan tersesat jalan. Kelompok ketiga ini kehilangan ilmu walaupun mereka masih beramal. Masyarakat ini mengikuti para pemimpin agamanya tanpa ilmu.Menjadikan mereka perpanjangan lidah tuhan.Sehingga para pemimpin agamanya bisa berbuat semaunya, menghalalkan dan mengharamkan sesuatu. Sebagaimana yang jelas tercantum dalam ayat: "Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan." (QS. at-Taubah [9] : 31) Kisah' Adi bin Hatim berikut ini menjelaskan dan menguatkan ayat di atas, Dari 'Adi bin Hatim radhiallahu anhu berkata: Aku mendatangi Nabi shallallahu alaihi wasallam dan di leherku ada salib terbuat dari emas, aku kemudian mendengar beliau membaca ayat: Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.Aku menyatakan: Ya Rasulullah sebenarnya mereka tidak menyembah rahib-rahib itu.Nabi menjawab: Benar. Tetapi para rahib itu menghalalkan untuk mereka apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, maka itulah peribadatan kepada para rahib itu. (HR. Tirmidzi dan Baihaqi, dihasankan oleh Syekh alAlbani) Bagaimanakah mereka masyarakat nasrani menjalani kehidupan beragama mereka?Bagaimanakah mereka menjadikan pemimpin agama mereka menjadi perwakilan tuhan dalam arti boleh membuat syariat sendiri? Di manakah kesesatan mereka dan apa efeknya bagi umat Islam dan peradaban dunia? Semuanya dicatat oleh sejarah. Inilah doa yang selama ini kita mohonkan dalam jumlah yang paling sering dalam keseharian kita. Al-Fatihah yang merupakan surat pertama. Bahkan surat pertama yang biasanya dihapal terlebih dahulu oleh masyarakat ini. Surat utama yang paling sering kita baca. Surat yang mengandung doa yang paling sering kita panjatkan.

Siratan perintah untuk belajar sejarah sangat kuat terlihat. Maka sangat penting kita memperhatikan kandungan surat yang paling akrab dengan kita ini. Agar terbukti dengan baik dan benar doa kita; "Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (QS. al-Fatihah [1] : 6-7) sumber: eramuslim.com Pesanan : Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat. (HR. Tirmidzi)

DISEDIAKAN OLEH: ZANARIAH BT SALLABUDDIN

Sebuku Roti Penebus Dosa ( TAUBAT DAN BERSEDEKAH )

Assalamualaikum... Bismillahirahmanirahim... Abu Burdah bin Musa Al-Asyari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti. Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah.Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun.Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud. Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku. Orang yang membagikan roti itu menjawab: Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi.Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia. Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam.Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu Musa berkata: Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu! Sesuatu yang baik itu datangnya dari ALLAH Taa'la..,dan yang buruk itu datangnya dari diri ini... DISEDIAKAN OLEH: SORAYA BT SHAMSUDDIN..

Change Is All
No one will ever know how I feel. For I cannot even explain it all. Nobody to love. Nobody to blame. Everyone always the same. Nothing to care about. No reason to lie. For I am me, myself, and I. No ones sees what I see. Nobody left to care for me. It's kind of sad knowing what's true, cause then you know who's there for you. Most of them just put on that act. A lot of them talk bad about me behind my back. Thanks for making me feel this way, there's nothing more I should have to say. All the times I was alone, makes me feel weird when someone's home. No family for support, no friends to care. People wonder why I don't go anywhere. Every night crying myself to sleep, sometimes I wish someone loved me. No hope, no love, no life, no friends the pain never ends. Sometimes I ask what did I do to deserve this. But nobody answers. A voice in my head tells me to forget the bad and remember good. But then I answer to myself saying there is no good to remember. I always yell at myself asking why me? why? Sitting in a empty spare room. No one to talk to about how I feel. No one to ask me what I feel. Is anyone out there in this harsh world we live in? Sometimes I begin to wonder. Sometimes I'm harsh on myself. Morn comes and I wake up wishing I was never born. Please help others, because today's lives our being taken out of this world just as easy as they are coming in. You can change someone's life. Make a change. It's a tough world.

By Teacher Lynn SMADATA 2011

Amalan Memurahkan Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: 1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 3.Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at -Tirmizi) 4.Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (Ar -Rad: 28) 5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang -orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari) 7.Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim) 8.Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu alam. 9.Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. 10.Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 11.Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari) 12.Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 13.Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) 14.Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah 15.Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al Hakim dan Thabrani) 16.Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.(Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Ali Imran: 145) 17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah

(ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam. 18.Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. 19.Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 20.Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) . (At -Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar -benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petan g hari telah kenyang. (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

DISEDIAKAN OLEH: PUAN ASNOR IZWANA BT NORDIN

Indahnya Sabar Itu. Indahnya sabar... Bila ia hadir di saat ujian getir Datang berdesing bak petir. Sabar hadir menghiasi jiwa yang marah Merah membara murka Jiwa yang menurutinya kan merana Menangi marah bukan senang Tundukkan marah itulah tenang Marah yang reda itulah menang. Indahnya sabar... Bagai gerimis membasahi Jiwa yang tandus kecewa Kecewa bukanlah hilang segala Kecewa mengajar kita mengenal Dia Dia menyiram cinta dengan kecewa si hamba Pabila hamba pasrah padaNya Mewangilah cinta di persada imannya. Indahnya sabar... Sendirian diri bila dunia pergi Sabar menemani jiwa yang sepi Duduk teleku membilang hari Meniti saat-saat hadirnya mati Merungkai rindu pada yang abadi.

Tanpamu sabar hati kan resah Gelisah di bilah-bilah hari Yang berputar bila kan sudah Tanpamu sabar lapis-lapis derita melata Secebis dunia punah bagaikan segala Jiwa meronta, berpinar mata Sabar, hadirlah tika derita Sualah saat bahagia... Indahnya sabar... Bagai bebunga mekar di taman Harum mewangi semerbak di halaman Disantuni pawarna pelangi petang Memancar warna-warna kedamaian Oh, indahnya laman sabar itu... Lupalah jiwa pada rasa terkilan Dek kebaikan diri dilupakan orang Budi diberi umpat keji jadi bualan. Sabar, dialah sesetia rakan seakrab teman Menggapai tangan menadah pujian Tuhan Fa Sobrun Jameel waLlahul mustaaan alaa maa tashifuun.. Abu Mishkat Simpang Durian, Negeri Sembilan. 1 Ramadhan 1432H / 1 Ogos 2011M

Mana Mak..?

Alang tidak jawab.Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah.Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, Along mana? Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan. Ayah tanya Mak lagi, Angah mana? Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola. Ayah tanya Mak, Ateh mana? Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam? Ayah tanya lagi, Adik dah balik? Mak jawab, Belum.Patutnya dah balik.Basikal adik rosak kot.Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik. Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian.Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anakanak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak.Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak.Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, Mana Mak? Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi.Tak reti nak balik!! Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya Mana Mak? apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, Mana Mak. Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila

Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah.Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, Mana Mak? Along sedang membelek-belek baju barunya.Along jawab, Tak tahu. Ayah tanya Angah, Mana Mak? Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu. Ayah tanya Ateh, Mana Mak? Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, Mana Mak? Ateh menjawab, Entah. Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, Mana Mak?

anak-anak Mak lambat balik.Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar.Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya Mana Mak? Semakin anak-anak Mak besar, soalan Mana Mak? semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur.Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya.Hujan masih belum berhenti.Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anakanak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu.Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah.Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya.Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

menoleh kepada Mak.Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahanlahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, Saya dah suruh Uda telepon budak-budak

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab.Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga.Ayah pimpin Mak masuk ke rumah.Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik.Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, Wah berebutlah budakbudak tu nanti nampak kueh koci kamu ni. Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak.Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu.Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.Tidak seorang pun yang

ni tadi.Tapi Uda kata semua tak berangkat. Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya.Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi.Mak ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak.Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.Mereka ada kehidupan masing-masing.Tak payah sedih-sedih.Maafkan sajalah anak-anak kita.Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang.Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.Mak faham buah hati Mak semua sudah besar.Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?. Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada. Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anakanak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak.Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, Mana Along? , Mana Angah?, Mana Ateh?, Mana Alang?, Mana Kak Cik? atau Mana Adik?. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap.Mak sentiasa yakin dengan

jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , Mana mak? Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang.Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal. Ayah, ayah.bangun.Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, Mana Mak? Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan Mana Mak? masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadangkadang lupa persaaan ibu.Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

-siti najmah abd kadir-

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru) Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok. Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana? Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.. Murid-murid: Ohh. begitu.. Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu . Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak! Mamat: Usung hadiah cikgu tu ada kat luar kelas. Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat????? Mamat: Ha.aaa (dengan bangga) Cikgu: Ayah kamu kerja apa? Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu. Cikgu: Patutlah.

Harta Pusaka Nenek Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..." Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek). Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek." Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?" Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya." Rahmat : "?????" Rizal yang Insaf Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu. Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Kisah Mat Rempit Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya. Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki. Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya, Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor? Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah. Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?

Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati. Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor? Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil. Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua... Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya? Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Petua Tercekik Tulang Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound: "apahal duduk macam nak berlari ajer....""tak baik lutut tinggi pada makanan.." " ni duduk ke nak berak nie..?" Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan. Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!! Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!Oh.. Biasa korang belajar doa makan macam nie: "Allahummabariklana (hingga akhir) Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer: "Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, adapulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?" aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!! " Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman.. Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah" Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapiaku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman) "Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku... Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya : Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun? Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla.. Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. " Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku... "Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku) Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.." Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..) Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!! he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman. PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat) Hukuman Mati Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.. Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan.. Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa. katanya Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata .. Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa... Sea Games Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan. Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya. Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengelengngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Cuti Sakit Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya. Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau? Cikgu : Ya, saya. Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit. Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya... Thank You Seven Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh. Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati. Mat salleh ; Oh, I'm sorry Pemuda ; It's ok, never min. Thank you. Mat salleh ; Thank you too. Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three. Mat salleh ; ( hairan ) what for? Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five. Mat salleh ; Are you sick? Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye . Mat salleh ; ( bingung ) Lari Dari Hospital Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital. Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'." "Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal. "Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!" Selimut Mendengar bunyi yang kuat dari dalam bilik seorang anak, si ibu bertanya dari luar. "Bunyi apa itu, Man??" "Selimut jatuh dari tempat tidur, Bu!" "Apasal bunyinya kuat sangat?" "Di dalam selimut ada saya, Bu!" Pakcik dan Motor Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.

Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak. Ah Seng : Aiyaa...Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka. Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng. Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam? Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak. Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja. Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke... Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan ... Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka ... Pak Cik : Ya la ... pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan.. Minta Tolong Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur. "Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti. "O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?" "Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik." Dialog antara lembu dan ayam Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri! Lembu : Kenapa kau kata macam tu? Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku! Lembu : Hah! Buat apa pulak? Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak! Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja! Ayam : ?? Maksud kau? Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Disediakan oleh Mohd Izwan Abdul Rahim

SABAR SEBAHAGIAN AMAL SOLEH

Sesungguhnya orang-orang mukmin sering diuji kesabarannya. Walaupun mereka tidak berbuat kufur, fasik atau perbuatan dosa kerana takutkan Allah, mereka pasti akan mendapat gangguan, dugaan dan siksaan. Nabi Muhammad SAW sendiri, bukan sedikit cabaran dan dugaan menimpa baginda tatkala menyebarkan agama suci Islam kepada umatNya. Namun, bagi orang yang beriman, mereka lebih rela diseksa daripada dipisah dengan agamanya, tidak kira bagaimana celaan dan hinaan yang diterima. Mereka akan tetap menyintai agamanya walaupun diusir dari tanah air mereka seperti mana pernah dialami oleh kaum Muhajirin ketika mereka memilih berpisah dari negeri mereka daripada berpisah dengan agamanya. Walaupun orang kafir menyeksa dan mengganggu, mereka tetap bersabar. Kesabaran yang mereka lakukan lebih besar daripada kesabaran Nabi Yusuf kerana jika tidak berbuat zina Nabi Yusuf akan diseksa dan dihina. Sedangkan Nabi Muhammad dan para sahabat, jika tidak kembali kafir, diancam akan diseksa, dibunuh dan disakiti dalam bentuk penyeksaan lainnya, seperti yang dialami baginda dan seluruh Bani Hasyim yang diboikot dan dipenjara di Syiib selama tiga tahun. Ketika Abu Talib meninggal dunia, semakin bertambah penyiksaan yang dilakukan kalangan musyrikin terhadap kaum muslimin. Ketika mereka mengetahui bahawa kaum Ansar berbaiat kepada beliau, maka kaum musyrikin berusaha untuk menahan beliau keluar serta menawan sahabat-sahabat Rasulullah. Tidak ada seorang pun di antara para sahabat berhijrah secara terang-terangan kecuali Umar Ibnu Khattab. Kaum musyrikin melarang kaum muslimin keluar dari rumah mereka. Orang-orang mukmin ketika itu sudah merasakan penyeksaan kerana ketaatan mereka kepada Allah dan RasulNya. Tidak pernah terjadi ujian yang diturun dari langit dengan pilihan hamba, seperti yang terjadi kepada Nabi Yusuf dan salah seorang sahabat yang berpisah dengan bapanya kerana lebih menyintai agamanya. Keduanya memiliki darjat yang tinggi dan mulia kerana orang yang telah diberi musibah akan diberi pahala atas kesabarannya dan ketabahannya, serta diberi keampunan ke atas dosa-dosanya yang telah lalu. Musibah itu ditimpakan kepadanya kerana taat kepada Allah. Allah memberikan pahala atas musibah tersebut yang kemudian ditulisnya sebagai amal soleh sebagaimana f irmanNya yang bermaksud: Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan, tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik. (Surah at-Taubah:120) Orang-orang yang ditimpa musibah lain pun, seperti kesedihan yang tidak terduga, ditimpa penyakit, kematian seseorang yang dicintainya, atau mereka yang berharta tetapi dicuri pun akan diberi pahala atas kesabarannya. Penyiksaan kerana keimanan dan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, menyebabkan kaum mukminin mendapatkan kesulitan, penyakit, ditawan, terusir dari negerinya, berpisah dengan hartanya. Sedangkan, mereka tetap menempuh perjuangan para nabi dan pengikut mereka, seperti para Muhajirin yang akan memperoleh pahala atas penyiksaan yang menimpa mereka. Allah mencatat bagi mereka pahala amal soleh, sebagaimana pahala yang diperolehi para mujahid yang telah menderita kelaparan, kehausan, dan kelemahan bahkan mereka mendapat pahala kerana kemarahan orang kafir terhadap mereka. Kesimpulannya, terdapat beberapa pendapat berkaitan kesabaran ini, sama ada amalan yang dilakukan seseorang merupakan penyebab mereka mendapat pahala daripada Allah atau pekerjaan atau perbuatan mereka itu adalah semata-mata kerana Allah SWT? Atau sama ada pahala yang akan diperolehi itu adalah disebabkan oleh semua penyebab kesabaran mereka. Yang pasti, semua kesabaran daripada segala dugaan dan cabaran itu akan ditulis sebagai pahala amal soleh. Wallahualam............. Perkongsian ilmu oleh....(Cik Siti Norfarehan Binti Musa)

SABAR itu merupakan sebahagian daripada iman. Begitulah yang sering dinasihatkan kepada kita. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun yang dihadapi, orang-orang yang beriman masih tetap berpegang teguh pada kesabaran menghadapinya.

NASIHAT SEORANG MURABBI Anak didikku sekalian Mana janji-janjimu Mana sumpahmu Mana azammu Sewaktu pertama kali menjejak laman pendita Megah bergelar anak didik. Anak didikku sekalian Engkau makin jauh tersesat Simpang yang lurus dibentang Diterangi pelita penyuluh jiwa si pendidik Ditemani handai taulan penunjuk arah Pedoman pendidikmu percuma engkau tangkis. Anak didikku sekalian Usahlah engkau bermegah dengan kenikmatan duniawi Usahlah engkau sekadar ingin mencuba Usahlah, Kelak terjebak padah menanti. Anak didikku sekalian Insaflah, Bangkitlah dari mimpimu yang panjang Pulanglah ke pangkal jalan Ingatlah jerit perih orang tuamu Membanting tulang meneguk setitis air Penghilang dahaga Menagih setempurung rezeki Demi kalian, Namun, Ketahuilah anak didikku sekalian Kami warga pendidik akan terus menabur bakti Beribu-ribu kalimat akan terus diungkap dihambur Tanpa jemu tanpa rungutan Meminta belas tidak sesekali Demi mendidik anak watan Menjadi intan terpilih insan berbudi. HASIL NUKILAN CIK SITI NORFAREHAN BINTI MUSA

Anda mungkin juga menyukai