Anda di halaman 1dari 10

Pendahuluan

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah,


dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya
fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan
penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa


tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa
kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia
akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang
sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa


saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan
Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan
orang Arab. Mereka berkata:

“Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara
mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit
tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-
turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala
dengan izin Allah s.w.t.
Bacaan Asas 10 Pertama

BACAAN ASAS 10 PERTAMA


No. Bacaan

1 Surah Al-Fatihah

Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3)
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari
pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah
kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah
Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka
yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
2 Ayatul Kursi

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak
mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit
dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan
Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit

Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood


Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof
5 Selawat Syifa’

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad
S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-
hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi
kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan
kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas
keluarga dan sahabat baginda.

6 Selawat Tafrijiyyah

Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna
ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya
terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan,
juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan
akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan
wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang
sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan
sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan
nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.
7 Lauanzalna

Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah
gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah
disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan
itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah
Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada
Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci,
Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha
Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang
Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka
persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-
Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di
langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)
8 Doa Menghindar Syaitan

Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap
syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi
mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga
daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha
pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya
Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik
kejadian”.

9 Sejahtera ke atas nabi Sulaiman

Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat
10 Doa Sulaiman

Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman,
dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan
kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga
kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail,
Mikail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur
dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang
banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan
kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis,
wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan
kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah
berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi
dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada
segala-galanya.
Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama
Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5
bahagian utama:

Kategori Kombinasi Bacaan Kegunaan

1 1. Surah-Al-Fatihah Untuk merawat pelbagai


2. Selawat Syifa’ Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah Untuk menurunkan


2. Selawat Syifa’ sesuatu, seperti untuk
3. Lauanzalna memudahkan kelahiran
bayi, memulihkan
masalah kesukaran
buang air kecil atau
besar, kesukaran
menelan atau tercekik
tulang dan
seumpamanya.

2 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menangani iblis


2. Doa Menghindar Syaitan dan syaitan,
3. Salam Selahtera Sulaiman terutamanya makhluk
4. Doa Sulaiman yang sedang menyerap
merasuk dalam tubuh

3 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menghadapi


2. Selawat Syifa’ masalah yang rumit atau
3. Selawat Tafrijiyyah merawat pesakit yang
tidak diketahui puncanya

4 1. Surah-Al-Fatihah Bagi pesakit yang


2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood memerlukan rawatan
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Segera, seperti pesakit
yang sedang mengerang
Berikan konsentrasi ketika kesakitan.
membaca huruf-huruf potong ini
5 1. Surah-Al-Fatihah Ayat al-Kursi dibaca
2. Ayatul Kursi untuk keselamatan diri,
selepas sembahyang
Untuk memastikan pesakit betul- lima waktu, sebelum
betul sembuh, di mana jin yang tidur atau ketika
merasuk telah keluar daripada diganggu oleh iblis dan
tubuh badan, suruh pesakit mem- syaitan di perjalanan.
baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, Ayat ini juga boleh
dan mengulangi ayat pada wakaf 8 dibaca untuk
& 9 sebanyak 3 atau 7 kali. keselamatan diri,
keluarga, rumah dan
harta benda.

RANGKAIAN ZIKIR
Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada
gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan
sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas


membaca Surah Yaasin.

RANGKAIAN ZIKIR
No. Bacaan
1

7
8

Anda mungkin juga menyukai