Anda di halaman 1dari 9

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL AM

PENTADBIRAN INSTRUMEN

LITERASI

2010

SARINGAN 2

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010


1.0 PENGENALAN

Satu daripada Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) ialah ‘semua murid berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012’.

Pernyataan MPKI tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk


menentukan sama ada MPKI itu dapat dicapai atau tidak. Disamping itu, hal ini
juga dapat dijadikan asas untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi
standard prestasi Literasi dan Numerasi, supaya diagnosis dijalankan tentang
apa yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan
dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan
rendah.

Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk


menghasilkan instrumen saringan. Tujuan penghasilan instrumen ini adalah
untuk mengesan dan mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi
dan numerasi sepanjang tiga tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.

Instrumen Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy


Screening atau LINUS) direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas literasi dan
numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Semua instrumen saringan mengukur
konstruk yang sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman
kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari
oleh murid dalam tahun berkenaan.

2.0 FASA PELAKSANAAN

Tiga saringan LINUS iaitu Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 akan


dilaksanakan untuk murid Tahun 1 mulai tahun 2010.

2.1 Saringan 1

Saringan Membaca
Dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada bulan Februari 2010
(1 – 28 Februari 2010).

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 2


Saringan Menulis
Dijalankan untuk semua murid Tahun 1 dan diadakan pada minggu pertama
bulan Mac (1 – 5 Mac 2010).

2.2 Saringan 2

Dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1.

Saringan Membaca
Dijalankan pada bulan Mei 2010 (1 – 31 Mei 2010).

Saringan Bertulis
Dijalankan pada minggu pertama bulan Jun (28 Jun – 2 Julai 2010).

2.3 Saringan 3

Dijalankan untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2.

Saringan Membaca
Dijalankan pada bulan Ogos 2010 (1 – 30 Ogos 2010)

Saringan Menulis
Dijalankan pada minggu pertama September (1 – 3 September 2010)

3.0 PENTADBIRAN

3.1 Instrumen literasi mengandungi 12 konstruk.


3.2 Instrumen ini ditadbir dengan bantuan guru mengikut masa yang telah
ditetapkan.
3.3 Instrumen literasi membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil
(tidak lebih 3 orang murid).
3.4 Instrumen literasi menulis pula ditadbir secara kelas.
3.5 Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
3.6 Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
3.7 Dicadangkan murid duduk bersebelahan dengan murid ketika
pentaksiran literasi membaca dilaksanakan.
3.8 Murid ditaksir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan
tahap kecerdasan murid.
3.9 Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan jujur.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 3


4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Kedua-dua instrumen Saringan LINUS dibina oleh Lembaga


Peperiksaan terdiri daripada literasi membaca dan literasi menulis. Instrumen
saringan dan manual pengendalian instrumen saringan disalurkan melalui
Pejabat Pelajaran Daerah dalam bentuk CD dan perisian di PDf.

Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan


pembelajaran berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran.

5.0 TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN 2

Selepas Saringan 1, murid yang menguasai konstruk 1 hingga 8


dianggap telah menguasai asas literasi. Murid ini akan meruskan pembelajaran
di kelas arus perdana. Murid yang hanya menguasai konstruk 1 dan konstruk 2
sahaja akan ditempatkan ke Program LINUS. Sementara, murid yang
menguasai konstruk 3 hingga 7 akan meneruskan pembelajaran di kelas arus
perdana tetapi akan menduduki Saringan 2.

Selepas Saringan 2 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut


penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah.

Saringan 2

Tidak Menguasai
Konstruk 1 – Konstruk 2
(dibimbing oleh guru pemulihan khas)
Program LINUS

Tidak Menguasai mana-mana


Konstruk 3 – Konstruk 7

Menguasai
Konstruk 1 hingga Konstruk 8 Kelas arus perdana

Murid-murid yang mengikuti Program LINUS akan menduduki Saringan


3. Program LINUS dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu dan guru Matematik
manakala Guru Pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah. Guru perlu
menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing untuk memastikan
semua murid menguasai asas literasi.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 4


.
MURID
TAHUN
1

SARINGAN 1

Tidak / Ya

IKUT PROGRAM LINUS


Pemeriksaan Doktor

Pemulihan

Masalah
Pembelajaran atau SARINGAN 2
Keperluan Khas
MURID
Tidak / Ya ARUS
Kelas
PERDANA
IKUT PROGRAM LINUS
Pendidikan
Khas
Petunjuk
Pemulihan
Guru
BM/Matematik SARINGAN 3

Tidak / Ya

Murid Murid IKUT PROGRAM LINUS


Tegar Biasa

Bermasalah Pembelajaran Pemulihan

MURID
TAHUN
Guru 2
Pemulihan

SARINGAN 1

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 5


6.0 PROSES PEMANTAUAN

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, yang diketuai


oleh Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan menjalankan
pemantauan pelaksanaan proses saringan, diagnosis dan Program LINUS di
sekolah dari semasa ke semasa.

7.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN PEMBINAAN INSTRUMEN SARINGAN

Antara aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses


perekaan bentuk instrumen saringan ialah:

7.1 Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan
cakupan. Perekaan bentuk instrumen saringan ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir)
dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item
yang dikemukakan adalah akur dengan kurikulum dan
spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi..

7.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Satu spesifikasi ujian direkabentuk
bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan piawaian yang
diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan
ketepatan instrumen saringan.

7.3 Kebolehlaksanaan
Instrumen saringan membaca dan menulis ini telah
mengambilkira aspek-aspek yang memastikan pentadbiran
pentaksiran boleh dilaksanakan.

7.4 Penjaminan Kualiti


Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan
pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme bukan
sahaja semua 12 konstruk dapat direalisasikan tetapi juga
menepati tahap kualiti yang dihasratkan.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 6


8.0 DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan


ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajarann dan komunikasi harian.

8.1 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.


Konstruk 2: Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4: Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
suku kata tertutup ’ng’.
Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
diftong.
Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi
vokal berganding.
Konsturk 9: Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.
Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan
awalan dan akhiran.
Kosntruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan
bahan rangsangan.

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU

9.1 Pentaksir hendaklah melengkapi borang pelaporan penguasaan individu


dengan nama murid, kelas dan tarikh taksiran dijalankan.
9.2 Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.
9.3 Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab
item dalam Saringan Membaca dan Saringan Menulis.
9.4 Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang
disediakan mengikut respons murid. Berikut adalah tahap penguasaan

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 7


KONSTRUK SARINGAN 2 PENGUASAAN SARINGAN 2

MEMBACA MENULIS MEMBACA MENULIS

a)5 5 a)5 5  
1
b)8 10 b)8 10  

2 4 5 4 5  
3 4 5 4 5  
4 4 5 4 5  
5 5 6 4 5  
6 4 5 4 5  
7 4 5 4 5  
8 4 5 4 5  
9 4 5 4 5  
10 4 5 4 5  
11 3 4 2 3  
12 2 3 1 2  

9.5 Murid yang memasuki Program LINUS:


 Tidak menguasai mana-mana kontruk 1 hingga kontruk 7.
Contoh :

SARINGAN 2 PENGUASAAN SARINGAN 2


KONSTRUK TIDAK KUASAI
MEMBACA MENULIS KUASAI
a) 5 5 a)5 5 
1
b)8 10 b)8 10 

2 4 5 4 5 

3 4 5 2 5 

4 1 5 5 5 

5 5 6 5 5 

6 4 5 2 5 

7 3 5 5 5 

8 3 5 3 5 

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 8


9.6 Murid yang memasuki arus perdana:
 Menguasai kontruk 1 hingga kontruk 8.

Contoh:

PENGUASAAN
SARINGAN 2 SARINGAN 2
KONSTRUK TIDAK
MEMBACA MENULIS KUASAI KUASAI
a)5 5 a)5 5 
1
b)8 10 b)8 10 
2 4 5 4 5 
3 4 5 4 5 

4 4 5 5 5 
5 5 6 5 5 

6 4 5 4 5 

7 4 5 5 5 

8 4 5 4 5 

9 4 5 2 5 

10 4 5 4 5 

11 1 4 1 3 

12 1 3 0 2 

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010 9

Anda mungkin juga menyukai