Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Novel Bicara Hati

Muka surat : 482


Pengarang : Damya Hanna
Penerbit : Alaf 21
Tahun terbit : 2001

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia
bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin
menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk


memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia
terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak
mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku
Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu
hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak
mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah
mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat


mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang
dapat mengungkap segala rahsia.

Pengajaran
 Kita mestilah setia pada yang Satu
 Janganlah kita bersifat hipokrit
 Kita mestilah menghormati oran g yang lebih tua daripad kita

Anda mungkin juga menyukai