Anda di halaman 1dari 19

SULIT 1

SULIT

910/1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
STPM 2008

BAHASA MALAYSIA
Kertas 1
( Dua jam )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan
menandakannya pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah:
jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan
betul.

Kertas ini terdiri daripada 19 halaman bercetak .

STPM 910/1 [ Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2

Soalan-soalan 1 hingga 4 berdasarkan petikan di bawah.

Fitnah yang dahulunya menjadi senjata bagi mereka yang penakut dan kecewa kini
semakin membudaya. Jika keadaan ini gagal ditangani dengan cepat dan berkesan,
perbuatan ini boleh menjadi kritikal dan memusnahkan negara.

Ironisnya ketika kita berbangga dengan pelbagai kecapaian yang tinggi, terpanjang,
tercanggih dan ’ter’ segalanya, hati budi kita masih terkebawah. Segala kebijaksanaan dan 5
kemodenan yang sepatutnya digunakan untuk membina kini tersasar untuk meruntuh.
Memang, fizikal dan material kita semakin maju, malangnya rohaniah kita semakin mundur.
Kemahiran dan ketrampilan yang mula mencecah dunia siber tidak dapat mengeluarkan jiwa
dan pemikiran kita yang semakin terperosok ke dalam longkang mazmumah. Sebaliknya,
kemajuan teknologi ini pula digunakan untuk menanam dan menyuburkan lagi budaya fitnah
10
dengan cepat dan meluas.

Rupa-rupanya kita belum lagi matang menghadapi perbezaan dan kekhilafan. Bagi
kebanyakan kita, berbeza bererti ”berperang”. Akibatnya ramai yang memilih cara yang
salah sama ada untuk menegak ataupun mempertahankan kebenaran. Fitnah lawan fitnah
berleluasa. Oleh hal sedemikian, fitnah bukan lagi strategi di gelanggang siasah tetapi 15
sudah menular dan serasi dalam kalangan ummah. Tanpa disedari, setiap pihak sebenarnya
sedang meniup angin pada api yang sedang menyala.

Generasi sekarang semakin lupa bagaimana fitnah melalui ’kahabar angin’ pernah
meletakkan negara dalam keadaan cemas ketika tragedi 13 Mei 1969. Generasi tua pula
bagaimana kita berjaya menghadapi penjajah semasa kita berjaya menuntut kemerdekaan.
Ketika itu, kita berjaya menunjukkan kebijaksanaan dan kesabaran yang begitu tinggi untuk 20
menghadapi musuh luaran. Namun, di mana kematangan itu ketika kita menghadapi
pertelingkahan sesama sendiri kini? Ke mana perginya ketulusan budi dan kelurusan hati?
Bukankah akar budaya dan agama kita masih kukuh dan ampuh untuk menghadapi semua
ini?

Api fitnah untuk membakar ’nyamuk’ ini jika tidak segera dipadamkan bukan sahaja
akan membakar kelambu malah rumahpun akan terbakar. Masih kaburkah pandangan mata 25
hati dan fikiran kita pada malapetaka yang telah menimpa Afghanistan, Pakistan, Algeria,
Bosnia, dan Kosovo? Atau setidak-tidaknya kita belajar mengutip iktibar dari negara jiran
kita Indonesia. Ingatlah, fitnah tidak akan menyelesaikan masalah malah sebagai tanda
perpecahan yang membawa kehancuran.

Segala sesuatu mesti dilihat dengan hati yang tulus dan fikiran yang lurus. Setiap diri 30
hendaklah jujur kepada Tuhan ketika menggalas amanah sesama insan. Kita tidak mahu
hanya diri mencapai kemajuan tetapi berjiwa kuno. Lantaran pengubatan rohani berteraskan
wahyu dan sunnah terbukti terus relevan dan signifikan walaupun formula dan pelan
bertindak itu sudah diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1400 tahun yang lalu.
Manusia hanya akan dapat meninggalkan fitnah jika hati mereka terasa kewujudan dan
keagungan Allah. Jika tidak, manusia akan terus kuno dalam dunia sibernya! 35

(Dipetik daripada ruangan Editor Dewan Masyarakat Jun 1999)


SULIT 3

1. Keseluruhan petikan di atas menggambarkan

A fitnah mudah mempengaruhi minda orang ramai


B fitnah menjadi satu budaya yang akan membawa kemusnahan
C perpecahan dalam kalangan ummah disebabkan jiwa yang masih kuno
D kemajuan siber yang dikecapi kini disalahgunakan untuk memfitnah musuhnya

2. Mengapakah generasi sekarang ini mudah mempercayai sesuatu fitnah?


A kerana tidak berfikiran matang
B kerana tidak dapat membezakan kebenarannya
C kerana tidak berpegang kepada adanya kebesaran Tuhan
D kerana fitnah tersebut tersebar dengan pantas melalui media elektronik

3. Mengapakah ada antara kita yang menggunakan cara menfitnah?


A kerana tidak mahu diselesaikan melalui perundangan
B kerana cara ini lebih cepat menjatuhkan pihak lawan
C kerana adanya media elektronik yang cepat menyebarkan sesuatu fitnah
D kerana tidak mempunyai kematangan untuk menyelesaikan masalah sesama sendiri

4. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah fitnah?


A melalui perundangan
B mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 dan negara luar
C mengasuh diri supaya sentiasa berfikiran matang dan pandai menyelesaikan
masalah
D mengkaji dan menerima garis panduan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
SULIT 4

Soalan-soalan 5 hingga 7 berdasarkan petikan di bawah ini.

”Takkan lari gunung dikejar!” Imran kembali menduga abangnya.


”Tapi aku perlukannya secepat mungkin. Soal perniagaan tidak boleh ditangguh-
tangguh. Lebih lama kita tunggu, lebih banyak ruginya”.
Mereka terus mendapatkan Doktor kamal di kamarnya. Setelah mengintai melalui
lubang cermin di pintu bilik dan mengesahkan Doktor Kamal ada di dalam biliknya, mereka 5
mengetuk pintu.

”silakan masuk!” Terdengar suara Doktor Kamal membenarkan mereka masuk.


” Thank doc!” Danial bersuara sebaik sahaja wajah mereka menyapa Doktor Kamal.
”Oh, Danial! Imran! Silakan! Silakan!” Doktor Kamal menunjukkan ke arah dua kerusi
di depannya. 10
Mereka berdua mengambil tempat duduk yang berhadapan dengan Doktor Kamal.
”Doktor sibukkah?” Danial mencelah setelah diperhatikan doktor itu sibuk menulis
sesuatu pada buku catatannya.
”Nak kata sibuk tu tidaklah” Doktor Kamal tersenyum. ”Beginilah setiap hari. Malah
pesakit semakin ramai!” tambah Doktor Kamal lagi. 15
”Kalau tidak mengganggu, kami ada hal sikit nak bincang dengan doktor”.
”Oh boleh! Silakan, kalau dapat saya membantu” Doktor Kamal tersenyum.
”Soal papa kami tu.......”, tambah Imran.
”Oh ya, papa kamu tu makin serius. Sebenarnya kami sudah berusaha. Sekarang ni
dia benar-benar bergantung pada ventilator”, celah Doktor Kamal. 20

”Kami kesian pada papa. Tak bolehkah kita melakukan sesuatu untuk menolong
papa?” Soal Danial seakan sedih mengenangkan penderitaan papanya.
”Tugas kami hanya berusaha. Itu pun selagi kami mampu. Selainnya berserah
kepada Allah”, balas Doktor Kamal jujur. 25
”Kami kasihankan papa. Kami juga kasihankan mama!” celah Imran pula.
”Jadi apa cadangan kamu?” celah Doktor Kamal seakan dapat membaca sesuatu
daripada air muka Danial dan Imran.
”Papa sudah tiada harapan untuk sembuh bukan?” Danial melontar soal.
”Kalau berdasarkan teori, begitulah! Memang setakat ini sahaja yang kami mampu
lakukan”. 30
”Bagaimana kalau kita memudahkan kematian papa?” tambah Imran.
”Bagaimana?” Doktor Kamal sedikit kehairanan.
”Doktor tahukan, papa sekarang bergantung pada ventilator. Kita hentikan alat itu!”
Danial memberi cadangan.
”Maksud kamu mempercepat kematian papa kamu?” Doktor Kamal tersandar ke 35
belakang kerusinya.
”Begitulah maksud kami, Doktor! saya fikir itulah cara terbaik untuk menamatkan
penderitaan papa,” tambah Imran.
”Di Barat memang ada diamalkan. Tetapi di negara kita ni belum ada lagi setakat
yang saya tahu...” 40
”Kenapa Doktor?” Danial memintas.
”Perbuatan ini dikira membunuh!” jelas Doktor Kamal.
”Membunuh?” Danial seperti terkejut.
”Bukankah kita sekadar membantu. Kesian melihat penderitaan papa!” tambah
Imran. 45
”Perbuatan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah Islam melarang
keras. Bertentangan pula dengan budaya dan adat orang timur!”

( Dipetik daripada antologi Mulai Detik Ini oleh Azli Lee Abdullah, DBP )
SULIT 5

5. Pada pendapat anda, mengapakah Danial dan Imrah hendak mempercepat kematian
ayahnya ?
A Mereka tidak sanggup lagi menjaga ayahnya yang sakit tenat
B Mereka mahu meredakan kesakitan ayahnya
C Mereka hendak membolot harta ayahnya
D Mereka tidak suka ayahnya

6. Danial dan Imran mempunyai perwatakan berikut


A jahil tentang hukum agama
B sayang akan ayahnya
C berpendidikan agama
D mudah berputus asa

7. Mengapakah di Barat dibolehkan mematikan seseorang pesakit yang tiada harapan


sembuh tetapi di negara kita perbuatan itu ditegah?
A Kerana di Barat penduduknya lebih berfikiran terbuka berbanding dengan negara
kita.
B Undang-undang di Barat membenarkan perbuatan demikian kerana menjimatkan
kos.
C Undang-undang di negara kita belum digubal untuk mematikan pesakit yang kronik.
D Kerana di Barat undang-undangnya membenarkan perbuatan demikian manakala di
negara kita bertentangan dengan nilai keagamaan

Soalan-soalan 8 hingga 10 berdasarkan carta di bawah.

Komuniti Dasar Sekolah Dasar Kerajaan


- kapasiti - Kepimpinan/ Pemantauan - Memberi garis panduan
- Lokasi - Budaya - Kewangan
- Penilaian
- Latihan

Perwatakan Guru Sikap Guru


- Pengetahuan - Perancangan
- Kemahiran - Pengurusan
- Kecekapan - Memberi arahan

Sikap Murid
- Penglibatan Pencapaian
Perwatakan Murid murid
- Kejayaan
- Tekun belajar
- Input bertindan
- Motivasi diri
- Pengetahuan sedia ada
- Tahap pencapaian
( Sumber: Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya )

Keluarga
- Pendapatan keluarga
- Tahap pendidikan ibu
- Bahan bacaan di rumah
SULIT 6

8. Pencapaian seseorang murid secara langsung dipengaruhi oleh


I perwatakan murid
II dasar kerajaan
III sikap guru
IV sikap murid
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Pada keseluruhannya, carta tersebut membincangkan


A pengaruh dasar kerajaan dalam pencapaian
B proses pengajaran dan pembelajaran murid
C proses melahirkan modal insan yang berkualiti
D faktor-faktor luaran yang mempengaruhi pencapaian murid

10. Pilih penyataan yang betul berdasarkan carta aliran yang diberi
I Murid di kawasan bandar lebih cepat terdedah kepada perubahan global
II Kemahiran seseorang guru merupakan faktor utama dalam melahirkan murid yang
cemerlang
III Latar belakang sosioekonomi keluarga mempengaruhi tahap motivasi diri murid
IV Agihan kewangan yang mantap olek Kementerian Pelajaran Malaysia mempengaruhi
budaya sesebuah sekolah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. Perkataan ’Melayu’ telah dijumpai dalam pelbagai sumber. Antara sumber tersebut ialah
I catatan I-Tsing
II buku Sejarah Melayu
III catatan pedagang Burma
IV Batu Bersurat karang Brahi

A I, dan II
B I, dan III
C II, dan IV
D III, dan IV
SULIT 7

Soalan 12 berdasarkan carta di bawah

Austris

Austroasia

Nusantara

Sumatera

Melayu Lampung X X

12. X ialah bahasa


A Acheh, Jawa
B Bisaya, Tagalog
C Minangkabau,Jawa
D Acheh, Minangkabau

13. Berikut adalah ciri-ciri bahasa Melayu kuno


I Mempunyai e pepet atau vokal tengah
II Banyak dipengaruhi bahasa sanskrit
III Banyak menggunakan ayat selapis
IV Menggunakan tulisan Palava, Nagiri, dan Kawi
A I, dan II
B I, dan III
C II, dan IV
D III, dan IV

14.Yang manakah bahan bukti berkaitan penggunaan bahasa Melayu klasik?


A Batu Bersurat Talang Tuwo
B Batu Bersurat Terengganu
C Batu Bersurat Minye Tujuh
D Batu Bersurat Kota Kapur
SULIT 8

15. Mengapakah Abdullah Munsyi dikatakan bapa bahasa dan kesusasteraan Melayu
moden?
A Bahasa yang digunakan berbunga-bunga dan mudah difahami manakala karyanya
berkisar golongan istana
B Hasil karyanya menggunakan bahasa Melayu moden dan banyak menyelitkan
nasihat kepada orang ramai
C Beliau menggunakan bahasa klasik dan menceritakan kisah golongan istana dan
pembesar diraja
D karyanya berdasarkan apa yang dilihat dan berani mengkritik serta menggunakan
gaya bahasa yang mudah difahami

16. Bagi mencapai matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ), pelbagai kegiatan
dijalankan. Antara kegiatan tersebut ialah
I ’Minggu Bahasa’ dan ’Bulan Bahasa’
II mencipta istilah-istilah baharu
III Menganjurkan kursus
IV menganjurkan kuiz
A I, dan II
B I, dan III
C II, dan IV
D III, dan IV

17. Perancangan korpus bahasa meliputi usaha-usaha berikut kecuali


A menyeragamkan sebutan
B penyeragaman istilah
C menerbitkan buku
D menyelaraskan ejaan

18. - Variasi yang khusus berkaitan dengan individu


- Merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu
- Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan

Penyataan di atas adalah berkaitan dengan variasi bahasa


A dialek
B dialek kawasan
C dialek sosial
D idiolek
SULIT 9

19. Berdasarkan jadual di bawah, pilih padanan yang betul antara laras bahasa dengan
kosa kata yang digunakan.

Laras Bahasa Bahasa yang digunakan


A Sains Penawaran dan permintaan, pasaran bebas
B Undang-undang Defenden, plaintif, habeas corpus
C Sukan Lebih cepat dan pantas!,harum dan menyegarkan
D Akademik Fotosintesis, gas karbon dioksida

20.
Terdapat pelbagai tumbuhan herba di taman tersebut.
Antaranya pokok tongkat ali,kacip fatimah, dan mas cotek

Hubungan leksikal yang terdapat dalam wacana di atas ialah


A kolokasi
B antonim
C hiponim
D sinonim

21.
Pyorrhea bukanlah suatu penyakit. Pyorrhea bererti keadaan tulang yang
memegang gigi yang semakin atau sudah hancur. Jikalau pyorrhea ini sedang
‘matang’, gigi anda akan bergoyang. Pada zahirnya gusi anda mungkin kelihatan
sihat, tetapi apabila diteliti ada nanah-nanah bergantungan di sekeliling gigi.

Petikan di atas menepati retorik


A penerangan
B pemerian
C penceritaan
D pendedahan

22.
Ali : Awak datang dari mana?
Abu : Bandar
Ali : Beli apa?
Abu : baju, seluar, dan kasut

Dialog di atas berkaitan dengan unsur wacana daripada aspek gramatikal. Hubungan
wacana yang sesuai ialah
A rujukan
B elipsis
C keutuhan semantik
D pengguguran predikat
SULIT 10

23. Yang manakah padanan yang betul tentang rujukan kehormat

Orang yang disapa Rujukan kehormat


A Kerabat diraja Yang Berbahagia
B Ketua Polis Negara Yang dihormati
C Wakil Rakyat Yang Berusaha
D Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

24. Yang manakah di bawah ini mengandungi bunyi diftong


A hairan, bangku, rayau
B sampan, buaya, bakau
C audit, saudara, pisau
D amboi, boikot, meja

25. depan Tengah Belakang


Sempit [ i ]
[ X]
[e] [ə]
Separuh luas
Luas [ a ]
Bibir Terhampar Bibir Bundar

Rajah di atas tentang keratan rentas lidah bunyi vokal bahasa Melayu. [ X ] ialah
A [u]
B [o]
C [e]
D [є]

26. Yang manakah konsonan getaran


A p
B r
C s
D t

27.
• Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah
lelangit lembut
• Lelangit lembut terangkat ke bahagian rongga tekak.
• Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas
ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah
Konsonan yang terhasil daripada cara di atas ialah
A [f]
B [g]
C [w]
D [z]
SULIT 11

28. Bunyi-bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat sebutan yang berikut kecuali
A jantung
B paru-paru
C anak tekak
D rongga hidung

29. Yang manakah perkataan di bawah ini menunjukkan keselarasan vokal


A berdoa, semua, amboi
B ampun, tampung, mangkuk
C sengau, panau, bangau
D inti, meniti, peti

30. Pilih ayat-ayat yang tidak mengandungi kesalahan tanda baca


I Sub-tajuk yang terdapat dalam buku itu untuk memudahkan pembaca memahami
isinya.
II Barang-barang yang perlu dibawa; bekas air, baldi, berus dan sabun.
III Kemajuan ekonomi negara pascamerdeka telah berkembang pesat.
IV Wah, banyaknya ikan talapia di dalam kolam itu!
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

31.
[ ma?na], [bili?], [dudu?]

Contoh-contoh perkataan di atas adalah berkaitan dengan


A hentian glotis
B segauan
C letusan
D getaran
32. Keterangan yang benar tentang morfem bebas ialah
I morfem yang secara tersendiri tidak dapat membina ayat
II morfem yang dapat berdiri sendiri
III kata yang menerima imbuhan
IV kata tunggal
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT 12

33. Pilih kata tunggal daripada kata-kata berikut


I debunga
II matahari
III singgahsana
IV ketua
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

34.
Akronim Kata Terbitan Kata Ganda Kata Majmuk
I ustazah dwibahasa bukit-bukau Kerjasama
II petronas jejari kayu-kayan luar biasa
III purata seruling hingar-bingar Tandatangan
IV tabika mahaguru rerambut atur cara

Berdasarkan jadual di atas, pasangan perkataan yang betul mengikut golongan masing-
masing ialah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

35. Antara kata yang berikut, yang manakah mengalami perubahan golongan kata setelah
menerima imbuhan?
A Telunjuk
B Perumahan
C Berbaring
D Selerak

36. Berdasarkan jadual yang berikut, pilih padanan yang betul mengikut jenis kata majmuk

Bebas Istilah khusus Kiasan


A garis pusat urus setia manis mulut
B jam tangan hak milik kuning langsat
C kapal terbang batu kapur makan suap
D gambar rajah merah muda pilih kasih
SULIT 13

37. Antara ayat yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif
berpelengkap
I Adik menangis kerana terjatuh.
II Kakak memasukan pakaian ke dalam beg.
III Ibunya beransur sihat setelah mendapat rawatan.
IV Kita perlu sentiasa berbuat baik kepada orang tua.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

38. Pilih ayat yang mengandungi kata adjektif yang merujuk kepada cara
A Guru mendenda murid yang nakal itu.
B Pagi itu Hasnul lewat ke sekolah lagi.
C Kucing itu nyaris dilanggar oleh kereta.
D Air sungai mengalir deras selepas hujan lebat malam tadi.

39.
Kerajaan perlu meningkatkan sektor pertanian untuk mengawal inflasi.

Perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah


A kata hubung pancangan komplemen
B kata hubung pancangan keterangan
C kata hubung pancangan relatif
D kata hubung gabungan

40.
Pelukis terkenal itu telah menghasilkan sebuah lukisan yang sangat
cantik.

Perkataan telah dan sangat dalam ayat di atas termasuk dalam golongan
A kata pemeri dan kata penguat bebas.
B kata bantu ragam dan kata penguat bebas.
C kata bantu aspek dan kata penguat bebas.
D kata praklausa dan kata penguat hadapan.
SULIT 14

41. Antara ayat berikut, yang manakah menggunakan kata pemeri yang betul?
I Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah pentingnya kesihatan.
II Kedatangan Rosnah sekeluarga ke rumah Nani ialah untuk bercuti.
III Tokoh Maal Hijrah 1426 adalah Tuan Haji Uthman El-Muhammady.
IV Sumbangan besar beliau adalah dari segi kemajuan kampung.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

42. Yang manakah antara ayat berikut ialah ayat aktif tak transitif ?
I Pahlawan Melayu bersenjatakan keris dan tombak ketika bertempur dengan askar.
II Kamala bertanyakan khabar ibunya yang kini berada di luar negara.
III Pasukan tentera Malaysia sedang mengawal sempadan Iran-Iraq.
IV Ah Lian menangis teresak-esak kerana kesakitan.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

43. Semua ayat berikut ialah ayat isbat kecuali


A Kapal terbang Boeing 707 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur.
B Dialah yang mengirim bungkusan itu kepada Halim pada hari semalam.
C Saya sungguh terharu mendengar ceritanya yang sedih itu.
D Benar, kakak yang masak nasi lemak itu.

44. Yang manakah antara ayat berikut ialah ayat tunggal ?


A Pelajar itu membaca buku sambil menari.
B Farouk membeli baju di butik yang terkenal itu.
C Sementara menanti ibu pulang,saya menanak nasi.
D Pelajar-pelajarku, jangan mudah berputus asa.
SULIT 15

45.
Encik Suhaimi menempah kereta Perodua Viva yang berwarna
hitam metalik daripada jurujual yang kacak itu.

Ayat di atas terbentuk daripada proses


A Peluasan nama sebagai subjek
B Peluasan kata kerja aktif transitif
C Peluasan frasa predikat
D Peluasan kata hubung

46. Yang manakah antara ayat berikut yang tidak mematuhi peraturan ayat aktif yang
gramatis?

A Kita banyak mengalami kesukaran kerana melakukan banyak perkara dengan cara
yang tergesa-gesa.
B Kami pula yang dipersalahkan sedangkan mereka yang banyak melakukan
kesilapan.
C Mereka yang mendera kanak-kanak patut menerima hukuman yang setimpal.
D Novel yang terpilih memenangi hadiah pertama itu mendapat sambutan yang
Menggalakkan.

47. Yang manakah antara ayat pasif berikut yang tepat binaannya ?
I Saya terhantuk ketika melalui ruang yang sempit itu.
II Data yang diperoleh kami adalah sangat tepat.
III Pakaian itu bersulam dengan benang emas.
IV Perompak bank itu kena tangkap oleh polis.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

48. Ayat- ayat di bawah tergolong sebagai ayat perintah kecuali

A Wah, cantik sungguh kereta yang sedang dipandu itu !


B Sesiapa yang belum menghantar latihan karangan, silalah berbuat demikian dengan
segera.
C Lipat dan simpan baju ini elok-elok, nanti saya beritahu ibu.
D Susun kasut itu di rak dan sapu sampah cepat.
SULIT 16

49. Penyataan yang tepat tentang ayat tanya


I Ayat tanya tidak boleh menggunakan frasa sendi nama tanya.
II Ayat tanya tanpa kata tanya boleh terdiri daripada pola ayat dasar yang diucapkan
dengan nada tinggi pada akhir ayat.
III Ayat tanya boleh menerima partikel –kah pada bahagian atau unsur ayat yang
hendak diberikan penekanan.
IV Dalam lisan, partikel tanya lazimnya diletakkan di hadapan subjek.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

50.
Ayat Jenis Penyusunan
semula ayat
I Ibu melukiskan pemandangan yang indah untuk Q Frasa nama sebagai
kakak yang sakit. subjek
II Kereta itu dicuci bersih oleh pekerja syarikat R Ayat songsang
swasta itu.
III Kerana budak itu malas belajar, dia gagal untuk S Frasa nama sebagai
melanjutkan pengajiannya ke institusi pengajian subjek
tinggi.
IV Novel yang menarik itu telah saya baca T Frasa nama sebagai
sehingga muka surat terakhir. objek

Pilih padanan yang betul antara jenis penyusunan semula ayat dengan contoh ayatnya

I II III IV
A Q R S T
B T S R Q
C R T Q S
D S Q T R

51. Pilih padanan yang betul antara jenis ayat keterangan berikut

Contoh Ayat Jenis Ayat Keterangan


A Pelancong dari luar negara itu kebingungan seperti
rusa masuk kampung apabila melihat kepesatan Keterangan syarat
pembangunan fizikal di Kuala Lumpur.
B Kerajaan telah menambah import bahan makanan
Keterangan tujuan
untuk mengatasi krisis kekurangan makanan
C Saya akan singgah ke rumahnya jika saya
Keterangan akibat
berkunjung ke Ipoh.
D Dengan menggunakan lif, buruh binaan itu menaiki
Keterangan harapan
tingkat dua belas.
SULIT 17

52.
Kerbau jantan yang garang menanduk basikal Ahmad itu menanduk
basikal saya pula.

Ayat majmuk relatif di atas apabila dipasifkan menjadi


A Basikal saya pula ditanduk oleh kerbau jantan yang garang yang menanduk
basikal Ahmad.
B Basikal Ahmad dan basikal saya pula ditanduk oleh kerbau jantan yang garang itu.
C Basikal saya ditanduk kerbau jantan yang garang itu pula menanduk basikal Ahmad.
D Ditanduk oleh kerbau yang garang itu pula basikal Ahmad dan basikal saya.

53. Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi frasa kerja dengan dua objek?
A Orang muda itu membelikan isterinya sebentuk cincin berlian yang sungguh
Cantik.
B Tuan rumah yang baik hati itu menghidangkan pelbagai jenis kuih untuk tetamu yang
hadir dalam majlis ulang tahun perkahwinannya.
C Tukang kebun sekolah memotong rumput di padang dengan mesin rumput.
D Ahli gusti yang berbadan besar itu menyangka saya pengurusnya.

54.
Kain batik lepas biru muda Puan Fatimah yang cantik itu telah dicuri orang
pada petang semalam ketika dia menziarahi adiknya yang sakit di Hospital
Alor Setar.

Subjek bagi ayat di atas ialah


A Kain batik lepas
B Kain batik lepas biru muda
C Kain batik lepas biru muda Puan Fatimah
D Kain batik lepas biru muda Puan Fatimah yang cantik itu

55.  Che Tun belum hendak pergi ke kedai lagi kerana dia menunggu
anaknya pulang dari sekolah.
 Muthu akan dapat juga melanjutkan pengajiannya ke menara gading
idamannya suatu hari nanti.
Binaan kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat tersebut ialah
A Kata bantu ragam + kata bantu ragam
B Kata bantu aspek + kata bantu aspek
C Kata bantu aspek + kata bantu ragam
D Kata bantu ragam + kata bantu aspek
SULIT 18

56. Ayat 1

Ayat 2 Ayat 3
Kata hubung
X
Z
Y

Ayat majmuk gabungan yang tepat dengan rajah pohon ayat di atas ialah
I Harga petroleum semakin mahal, padahal kerajaan telah memberikan subsidi.
II Ibu ke sekolah, ayah ke pejabat.
III Usaha yang gigih akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
IV Pada bulan Ogos yang lalu saya telah melancong ke Bali, Bangkok, dan Saigon
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

57.
Sebagai pelajar tahun akhir fakulti perubatan, Teck Leong menyediakan
jadual belajar, aktiviti riadah, dan sosial yang sentiasa dipatuhinya. Dia
seorang yang sangat berdisiplin. Masa yang terluang dipenuhinya dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah kerana baginya masa sangat berharga.

Situasi di atas menepati bidalan


A Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
B Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar
C Kalau bukan rezeki, di mulut pun lari keluar
D Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul

58.
Contoh Perkaitan makna
I Panas, hangat, dan sejuk Hiponim
II Kereta, bas, dan kereta api Hiponim
IIIKerana – sebab , topi dia – topinya, dan Sinonim
kasut saya - kasutku
IV Baik-buruk , hitam – putih, dan besar - kecil Sinonim

Pilih padanan yang tepat

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV
SULIT 19

59.
Mengaji daripada alif
Membilang daripada esa
Berkata daripada asal
Asal usul jangan ditinggalkan

Ungkapan di atas ialah


A Perumpamaan
B Pepatah
C Bidalan
D Perbilangan

60.
 Kiasan ini tidak memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian
dengan bahagian lain

 Terkandung unsur-unsur yang kurang logik atau munasabah

Ayat yang paling tepat merujuk pada kiasan berkacau tersebut ialah

A Kerja-kerja menoreh getah itu dilakukannya sendiri semenjak kematian isteri yang
dikasihinya.
B Sungai Kelang mengalir lesu akibat pencemaran yang dilakukan oleh pengusaha
industri yang tidak bertanggungjawab.
C Apabila hari merangkak senja, para petani yang kepenatan pulang ke rumah
masing- masing.
D Nalurinya meronta-ronta untuk menyatakan pendapat yang telah sekian lama
terpendam di lubuk hatinya dalam mesyuarat itu.

Kertas Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai