Anda di halaman 1dari 2

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T.

KEPADA
RASULULLAH S.A.W
 
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah
S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1.    Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana


sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2.    Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-


Ku.

3.    Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4.    Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu


sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5.    Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya


pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu,
dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada
mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat
saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

1.    Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat


kesedaran hatinya.

2.    Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata


himat darinya.

3.    Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu


harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4.    Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat


khusnul khatimahnya.
5.    Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup
hatinya.

6.    Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah


kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7.    Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat


akan keredhaan Allah daripadanya."

Anda mungkin juga menyukai