Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGUKUHAN SOLAT

MENGGUNAKAN PERUNTUKAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM JPN 2010

1. Rasional

Kesempurnaan ibadah solat yang berkesan boleh membentuk sahsiah dan peribadi
unggul. Ibadah solat yang berkesan ini juga mampu mencegah berlakunya segala
kemungkaran dan kemaksiatan. Ia juga menjamin ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat,
justeru bagi melahirkan modal insan yang berkualit selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
dan menjulang Visi dan Misi Jabatan Pelajaran Johor sewajarnya warga pendidik membugar
minda dan jati diri pelajar agar merasa seronok menunaikan solat dan seterusnya menunaikan
solat dengan sempurna.

2. Matlamat

Membangunkan sahsiah pelajar melalui pengamalan ibadah solat.

3. Objektif

4.1. Mendidik dan membimbing pelajar tidak mengabaikan Ibadah solat.


4.2. Para pelajar dapat mengamalkan solat lima waktu sehari semalam .
4.3. Para pelajar dapat melaksanakan solat dengan berkesan.

4. Tempoh Masa

April – Julai 2010

5. sasaran

5.1. Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.


5.1.1. Murid yang tidak pernah manunaikan solat lima waktu.
5.1.2. Murid yang menunaikan solat tetapi tidak sempurna (sekali sekala).
5.1.3. Murid yang tidak menguasai bacaan dalam solat.
5.1.4. Murid yang perlu dipertingkatkan sahsiahnya

6. Bilangan pelajar dan kos

Cadangan jumlah pelajar yang dipilih mengikuti program adalah mengikut kadar peruntukan
hari kebasaran yang telah diturunkan ke sekolah-sekolah seperti berikut :-

BI Peruntukan yang Cadangan jumlah pelajar


L diturunkan ke sekolah dilibatkan
1 RM400.00 20 orang pelajar
2 RM500.00 25 orang pelajar
3 RM600.00 30 orang pelajar
4 RM700.00 35 orang pelajar
5 RM800.00 40 orang pelajar

1
7. Cadangan Pelan Tindakan Program

Bil Aktiviti Tarikh Tindakan


1 Pembentangan Kertas Cadangan peringkat 9 April 2010 UOD SPI
Jabatan
2 Menurunkan peruntukan ke sekolah melalui 12 April 2010 UOD SPI
PCG serta mengedarkan cadangan
pelaksanaan program ke PPD
3 PPD mengedarkan cadangan program ke 15 April 2010 PPD
sekolah-sekolah menengah dalam daerah
masing-masing
4 Mesyuarat jawatankuasa pelaksana 19 April 2010 Sekolah
5 Mengedarkan Modul asas program dan 20 April 2010 UOD SPI
instrument berkaitan melalui Portal Rasmi
JPN
6 Pelaksanaan program (Kem Pengukuhan 24 April 2010 Sekolah
Solat)
- Kem sehari tanpa bermalam (8.30
pagi – 4.30 petang)
- Penglibatan pelajar seperti
dicadangkan
- Bagi sekolah yang mempunyai
kemudahan penginapan, program
sehari bermalam adalah digalakkan
dengan pengisian qiamullail.
- Penglibatan guru : semua guru
pendidikan Islam, Bahasa Arab dan
KKQ serta guru-guru Islam yang
berkemampuan membantu
- Penglibatan pentadbir sekolah
- Modul asas disediakan oleh JPN
(rujuk kepada portal rasmi JPN)
- Modul tambahan yang dapat
menyokong dan bersesuaian dengan
sasaran disediakan oleh J/K
pelaksana peringkat sekolah
- Pengisian program bergantung
kepada kesesuaian sekolah masing-
masing
- Pada awal program pelajar hendaklah
dinilai berdasarkan insturmen
(Borang TOV solat)
- Di akhir program pelajar dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan
diletakkan di bawah kawalan
guru/fasilitator/pembimbing.
- Di akhir program pelajar juga
dibekalkan instrument pengesanan

2
pengamalan solat (Borang Individu:
Minggu Pertama hingga Kelapan)
- Pelajar diminta melengkapkan
isntrumen tersebut secara jujur dan
dibawa semasa pertemuan susulan
dengan guru pembimbing.
7 Program Pertemuan Susulan:- 26 April – 2 Sekolah
- Guru pembimbing/fasilitator Julai 2010 Fasilitator/pembimbing
memantau dan membimbing ahli setiap kumpulan
kumpulan masing-masing
berdasarkan instrument yang ada
(Borang individu)
- Masa pertemuan dan pemantauan
sekurang-kurangnya sekali seminggu
dan mengikut kesesuaian waktu guru
pembimbing
- Guru pembimbing merekodkan
perkembangan setiap ahli kumpulan
dan memberi penilaian berdasarkan
instrument yang dibekalkan (Sila
gunakan Borang PS1).
- Laporan pertemuan susulan dengan
ahli kumpulan (Borang PS 1)
diserahkan kepada pentadbir sekolah
2 minggu sekali.
- Pentadbir sekolah hendaklah
mengesahkan laporan tersebut
8 Rumusan dan penilaian program; 3 – 7 julai 2010 Sekolah
- Guru pembimbing/fasilitator setiap Guru pembimbing/
kumpulan menilai keberkesanan fasilitator setiap
program berdasarkan instrument kumpulan
yang akan disediakan oleh JPN
(Instrumen akan diberikan kemudian)
- Pelajar yang berjaya menunjukkkan
perubahan berdasarkan instrument
diberi anugerah khas.
9 Majlis Anugerah; 9 Julai 2010 Sekolah
- Majlis anugerah diberikan kepada
semua pelajar yang telah
menunjukkan perubahan positif dalam
pengamalan solat sempena
Sambutan Isra’ Mikraj peringkat
sekolah.
- Dilaksanakan dalam masa budaya al
Quran pagi jumaat.
- Nama anugerah : “ANUGERAH
MARJAN”

3
10 Laporan pelaksanaan diserahkan ke SPI, 15- 21 Julai Sekolah
JPN 2010
11 Penilaian keseluruhan Program 23 Julai 2010 UOD SPI
- Dibentangkan dalam mesyuarat pagi

9. Instrumen:

Jawatankuasa peringkat negeri akan menyediakan instrument-instrumen berkaitan program dan


akan diedarkan kesemua daerah.

10. Penutup:

Adalah diharapkan program yang dicadangkan ini akan dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan mendatang impak yang besar dalam pembentukan sahsiah murid sekolah-sekolah
menengah negeri Johor.

Disediakan Oleh
Unit Operasi Dakwah SPI, JPNJ

Anda mungkin juga menyukai