Anda di halaman 1dari 24

BENCANA LISAN

MENURUT IMAM
GHAZALI
Di sampaikan Oleh:
Cikgu Ramlee
Pertubuhan Ikram Bandaraya Johor Bahru
Nabi s.a.w bersabda:
“Tiada akan lurus keimanan seorang
hamba sehingga lurus pula hatinya, dan
tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus
pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak
akan memasuki syurga selagi
tetangganya belum aman dari
kejahatannya.”
Berkata Mu’az bin Jabal kepada
Rasulullah s.a.w: Apakah kita akan
dihisab juga atas apa yang kita
katakan, wahai Rasulullah?, Rasulullah
s.a.w menjawab: Wahai Mu’az!
Tidakkah engkau ketahui bahawa
manusia itu akan ditelungkupkan
menerusi hidung-hidung mereka
disebabkan hasil tuaian lidah-lidah
mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Barang siapa yang memelihara lidahnya, Allah akan
menutup kecelaanya. Barang siapa yang menahan
kemarahannya, Allah akan melindunginya dari
siksaNya. Dan barang siapa yanga menyatakan
keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima
uzurnya.”

“ Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari


Akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun
berdiam saja.”

“Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik.


Dengan berlaku demikian engkau akan mengalahkan
syaitan.”
BENCANA LISAN
1. Berkata Yang Tidak Perlu 11. Menghina atau mengejek

2. Mengambil tahu tepi kain orang 12. Membocorkan rahsia

3. Melibatkan diri dalam kebatilan 13. Janji bohong

4. Berbantah-bantah dan bertengkar 14. Berdusta dalam tutur kata dan


sumpah
5. Pertelingkahan
15. MENGUMPAT(GHIBAH)
6. Meniru percakapan yang indah-indah
16. Mengadu domba

7. Berkata kotor, memaki dan lidah 17. Percakapan dua mata


yang cabul
18. Memuji
8. Melaknat
19. Menjaga diri dari kesalahan-
9. Bernyani dan bersyair kesalahan yang merbahaya

10. Bersenda gurau 20. Pertanyaan yang pelik-pelik


BERKATA YANG TIDAK PERLU
“MENSIA-SIAKAN MODALNYA”
 Rasulullah s.a.w bersabda:
“antara kebagusan Islam seseorang ialah
meninggalkan apa yang tiada sangkut-
paut dengan dirinya.”

 Menghabiskan masa pada perkara


yang tidak mendatangkan faedah
atau mendatangkan pahala
diakhirat!!
MENGAMBIL TAHU TEPI KAIN ORANG..
Fudhul- berlebih lebihan dari kadar yang perlu

 Berkata Atha’: orang-orang mulia sebelum kamu


sangat membenci berlebih-lebihan dalam tutur
kata. Mereka menganggap semua kata-kata itu
adalah fudhul jika selain dari kitabullah, sunnah
Rasulullah, atau suruhan berbuat kebajikan,
cegahan dari berbuat kemungkaran atau berkata
sesuatu yang perlu dalam kehidupanmu yang
tidak boleh tidak kamu mesti lakukan. Apakah
kamu mengingkari adanya Malaikat penjaga
Kiraman Katibin, berada di kanan dan kiri …
tugasnya mencatit semuanya…
MELIBATKAN DIRI DALAM KEBATILAN
“Berbual-bual berkaitan maksiat”

 Berbual-bual berkaitan maksiat seperti hal berlainan jantina,


duduk bersama orang fasik, bercerita tentang kesombongan
orang yang takabbur dan rancangan mereka yang terkeji
serta tingkahlaku mereka yang buruk.
 Rasulullah s.a.w bersabda: “sebesar-besar dosa seseorang di
hari kiamat ialah orang yang banyak melibatkan diri dalam
perkara kebatilan
 Firman Allah: “Jangan kamu sekalian duduk bersama-sama
mereka sehingga mereka mula dengan perbicaraan yang lain,
kalau tidak tentulah kamu sekalian serupa dengan mereka”
BERBANTAH-BANTAH DAN BERTENGKARAN
“ Perasaan besar diri- suka menunjuk keutamaan/kelebihan diri”

 Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tiada akan


sempurna hakikat keimanan seseorang, sehingga
ia meninggalkan berbantah-bantahan, sekalipun
yang diperbantahkan itu ialah kebenaran”.
 Punca:
mengalahkan hujah orang lain, menunjukkan
kelemahannya sehingga ia tidak sanggup menjawab,
hendak meninggikan diri dengan menunjukkan
banyaknya ilmu atau keutamaan, manakala ia
menyerang orang lain kerana hendak menunjukkan
kekurangan dan kecetekan pengetahuan lawannya
PERTELINGKAHAN
“Permusuhan punca dari segala kejahatan begitu juga sikap suka
berbantah-bantah dan bertengkar”

 Sifat yang terkeji


 Disebabkan pertengkaran dan berbantah-
bantah mengakibatkan permusuhan
 Tujuan untuk memperoleh harta benda dunia
ataupun sesuatu hak yang tertentu.
 Rasulullah s.a.w bersabda: “sesungguhnya
orang yang paling dibenci oleh Allah adalah
orang yang paling degil dan suka
bertelingkah”
 Sehingga dalam solat diganggu pemikiran
mencari hujah untuk mengalahkan lawannya.
MENIRU PERCAKAPAN YANG INDAH-
INDAH

 Bercakap fasih yang dibuat-buat dan


memaksa diri berkata-kata dengan
bersajak atau meniru cara orang lain
bercakap.
 Disampaikan secara berbunga-bunga
yang tidak perlu
BERKATA KOTOR, MEMAKI DAN LIDAH YANG
CABUL

 Rasulullah s.a.w bersabda: “bukanlah seorang


mu’min itu yang jadi pencaci, pelaknat,
bukan yang suka berkata kotor atau yang
lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina”.
 Sabdanya lagi: “sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang bercakap kotor, berlaku
cabul, suka berteriak-teriak dalam pasar”.
 Untuk menunjukkan tanda tidak senang
kepada orang yang dilemparkan kata-kata
tersebut.
 Rasulullah s.a.w bersabda: “Seberat-berat
dosa besar ialah bila seseorang itu
memaki-maki kedua-dua ibu bapanya. Para
sahabat bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimanakah seseorang itu akan memaki-
maki kedua ibu bapanya? Jawab Rasulullah
s.a.w: bila seseorang memaki-maki bapa
orang lain, maka orang itu akan membalas
dengan memaki bapanya pula.”
MELAKNAT

 Sabda Rasulullah s.a.w: “seorang


Mu’min yang sejati, bukanlah orang
yang suka melaknat”
 Pengertian laknat: tersingkir dan
terjauh dari rahmat Allah Ta’ala.
 Termasuk melaknat binatang atau
benda yang mati (kaku)
BERNYANYI DAN BERSYAIR

 Yang dilarang adalah yang mengandungi


bahan-bahan tercela seperti
perkataan yang diharamkan dan mengajak
melakukan yang haram
Memuja-muja muda orang tertentu
Mengejek
Menyerupai kaum wanita
Menaikkan semangat untuk melakukan
kejahatan
Menggalakkan pergaulan bebas
BERSENDA GURAU

Dilarang apabila:
 Apabila kerap dan keterlaluan
 Menimbulkan terlalu banyak ketawa
MENGHINA ATAU MENGEJEK
Hukumnya Haram

Firman Allah:
“ Wahai orang-orang yang beriman,
jaganlah suatu kaum menghina kaum
yang lain, sebab mungkin sekali
mereka yang dihina itu lebih baik dari
yang menghina…..”
al-Hujurat: 11
MAKSUD PENGHINAAN

Memandang rendah atau menjatuhkan


taraf orang lain, ataupun
mendedahkan segala keaiban dan
kekurangan mereka dengan tujuan
menjadikan bahan ketawa.
Mengakibatkan orang yang ditertawa
itu tidak senang dan marah, tetapi
jika dia suka ia akan menjadi senda
gurau yang keterlaluan…
MEMBOCORKAN RAHSIA

 Memecahkan rahsia orang lain dikira


suatu pengkhianatan
 Mengkhianati akan menimbulkan
kemarahan, bahaya atau mudharat
haram hukumnya.
JANJI KOSONG

 Tanda-tanda adanya sifat nifaq pada seseorang


itu; Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara
barang siapa yang berada didalamnya maka ia
dicap munafik, sekalipun ia puasa, sembahyang
dan mengaku dirinya seorang muslim, iaitu: Bila
berbicara ia bohong, bila berjanji ia mungkiri,
dan bila menerima amanah ia khianati”
BERDUSTA DALAM TUTUR KATA

 Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu


berdusta, sebab sifat dusta itu setingkat
dengan kecurangan dan kedua-dua sifat ini
akan dihumbankan ke dalam neraka”
 Sabdanya lagi: “Tiga golonga kelak Allah tidak
akan berbicara kepadanya, tidak melihat
kepadanya di Hari kiamat iaitu: orang yang
menganggap berbudi dengan pemberiannya,
orang yang melakukan barang jualannya dengan
bersumpah palsu, dan orang yang melabuhkan
kainnya”.
BAGAIMANA DENGAN
MEREKA-REKA ALASAN?
GHIBAH (MENGUMPAT)
Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai golongan orang
yang beriman lidahnya, tetapi belum
beriman hatinya! Janganlah kamu
mengumpat kaum muslimin dan janganlah
pula menginti-intip keaiban-keaibannya,
Sebab barangsiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, niscaya allah akan mengintip
keaibannya, dan siapa yang Allah mengintip
keaibannya, nescaya Dia akan
mendedahkannya, meskipun ia berada
ditengah-tengah rumahnya.”
UBAT DAN PENAWAR
 Setiap nafas yang dihembus adalah modalnya.
 Ibnu umar: Perkara yang patut disucikan oleh
seseorang ialah lidahnya.
 Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata
yang baik.
 Bercakap sekadar untuk menjelaskan tujuannya
tidak berlebihan.
 Apabila berjanji maka ucapkanlah “InsyaAllah!”

Anda mungkin juga menyukai