Persatuan Naalvar Illam Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

PERSATUAN NAALVAR ILLAM PASIR GUDANG, JOHOR

(No. Pendaftaran 00495-06-JHR)


No: 18 Jalan Siakap 4, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor.

AKTIVITI –AKTIVITI PERSATUAN NAALVAR ILLAM, PASIR GUDANG, JOHOR

Untuk pengetahuan pihak tuan, Persatuan Naalvar Illam, Pasir Gudang, Johor adalah sebuah
organisasi yang menjalankan aktiviti-aktiviti berunsur kebudayaan, kesenian serta memupuk
perpaduan, interaksi hubungan sosial dan silaturrahim di kalangan masyarakat keturunan India
untuk meningkatkan kesedaran kekeluargaan, nilai murni dan semangat tolong-menolong di
Taman Pasir Putih, Pasir Gudang. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang di jalankan oleh Persatuan
Naalvar Illam;

a. Kelas Thirumurai (Thevaram, Thiruvasagam, Thirupugal)

Untuk pelajar-pelajar dari umur 4 tahun hingga 18 tahun. (Setiap Ahad) bilangan
pelajar adalah 70 dan 7 orang fasilitator / tenaga pengajar

b. Kelas percuma Bahasa Inggeris.

Seramai 25 orang pelajar dari keluarga bependapatan rendah mengikuti


matapelajaran Bahasa Inggeris pada setiap hari Selasa.
2 orang tenaga pengajar sukarelawan

c. Kelas Yoga dan fitness training untuk dewasa

Khas untuk remaja dan dewasa setiap Isnin dan Rabu.


2 orang tenaga pengajar yang berkualifikasi dalam yoga.

d. Kelas Agama Hindu

Diadakan pada setiap hari Khamis khas untuk orang-orang dewasa.

e. Tuisyen untuk pelajar-pelajar UPSR & PMR dan SPM

Seramai 35 orang pelajar dari sekolah rendah dan menengah mengikuti tuisyen di
Persatuan Naalvar Illam. Yuran yang dikenakan adalah minimal dan tenaga pengajar
adalah guru-guru sukerelawan dari sekitar kawasan Pasir Gudang dan Masai.

f. Bantuan kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah

Bantuan mengumpul dana dan barang terpakai berupa pakaian seragam dan buku di
berikan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang miskin dan berpendapatan rendah.
g. Hari Keluarga Tahunan (Bulan Mei)

Acara ini di adakan setiap tahun untuk memupuk perpaduan, hubungan silaturahim,
meningkatkan kesedaran kekeluargaan, nilai murni dan semangat tolong-menolong
di Kawasan Taman Pasir Putih, dan persekitaran Pasir Gudang.

h. Kem Motivasi Belia Naalvar Illam

Kem Motivasi Belia Naalvar Illam diadakan khas untuk pelajar-pelajar lelaki di
sekitar kawasan Pasir Gudang selama 3 hari. Pelbagai program diadakan dalam kem
ini seperti Ceramah dari Polis, Agensi Anti Dadah, Jabatan Belia dan Sukan, EWRF,
Jabatan Pendidikan dan sebagainya.

Melalui Kem ini Persatuan Naalvar Illam yakin dapat melahirkan genarasi muda
yang berakhlak tinggi untuk bangsa dan negara.

i. Pertandingan Sivapuraanam

Diadakan pada awal bulan Mac setiap tahun. Pertanding ini terbuka kepda semua
pelajar selokah di kawasan Pasir Gudang. Pertandingan ini merupakan satu-satunya
pertandingan yang hanya diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Naalvar Illam di
daerah Johor Bahru.

j. Sesi Dialog

Sesi dialog ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar perempuan sekitar kawasan Pasir
Gudang dan Masai setiap tahun. Panelnya terdiri daripada Pensyarah, Doktor,
Peguam dan Guru yang perpengalaman yang akan berbincangkan gejala sosial
dikalangan pelajar-pelajar perempuan dan cara-cara untuk mengatasinya.

k. Majlis Jamuan Sempena Hari Deepavali

Jamuan sempena perayaan Deepavali adalah acara tahunan untuk mengeratkan


interaksi dan hubungan sosial dan silaturrahim di kalangan penduduk Taman Pasir
Putih Pasir Gudang, Johor.

Berikut adalah perbelanjaan bulanan Persatuan Naalvar Illam untuk rujukan tuan.

a. Sewa bulanan - RM500.00


b. Bil-bil utiliti - RM200.00
c. Makanan dan minuman (setiap Ahad) - RM400.00
d. Alat Tulis - RM50.00
e. Belanja pooja dan lain-lain belanja - RM100.00
Jumlah RM1, 250.00
Harap pihak tuan mempertimbangakan bantuan berupa wang dan barangan untuk menjayakan
aktiviti-aktiviti Persatuan Naalvar Illam pada masa akan datang. Bantuan dan kerjasama dari pihak
tuan amat dihargai dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

SIVARAMU MARIAPPAN
Setiausaha,
Setiausaha, Persatuan Naalvar Illam,
Illam, Pasir Gudang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai