Anda di halaman 1dari 1

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA…

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar


azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku


atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau
berzikirlah kepada Allah dan janganlah
membuang masa walau sedikit pun dalam
perkara yang tiada faedah.

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur


Bahasa Arab yang betul (fushah) kerana sesungguhnya itu adalah
antara syi'ar-syi'ar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara


sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa


berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana ummat yang berjuang itu


tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua
perkara.

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar


keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah
suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-


pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh
mendatangkan kebaikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia


tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita
ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang


ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara
bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika
saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah
perlaksanaannya.

Anda mungkin juga menyukai