Anda di halaman 1dari 6

MOTIVASI BUAT PARA HUFFAZ

Oleh: hafiz quran

Motivasi buat bakal dan para huffaz

Saya kurang pasti kiranya ini boleh dikatakan sebagai motivasi.

Namun ramai yang memberi emel dengan maksud yang lebih kurang sama.

Selain untuk bertanya kaedah dan petua, perkara yang wajib diminta adalah tasyji’

dan motivasi buat meneruskan perjuangan sebagai huffaz.

Itulah realiti. Seorang huffaz tanpa motivasi akan menjadi lembah yang tiada air.

1. Betulkan niat.

Andai sudah betul, jagalah niat itu. Jaga dan terus jaga.

Hati manusia boleh berbolak balik dalam dua detik sahaja.

2. Jagalah adab.

Adab dengan semua. Al-Quran terutamanya secara luaran dan dalaman.

Adab dengan guru @ murabbi. Adab dengan Ibu dan ayah sendiri.

Ambil berat persoalan adab. Jaga dan terus jaga.

3. Perhatikan masa dan usaha.

Semua orang mempunyai 24 jam tapi tak semua orang ‘memiliki’ 24 jam.

Tingkatkan usaha. Istiqamah dengan usaha anda sendiri.

4. Pelajari kaedah.

Banyak tempat untuk dirujuk dan bertanya. Tanya pada yang alim, pada yang sudah berpengalaman.

Terima dan praktikkan dengan penuh iltizam.

5. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Jangan sekerat jalan. Kembali kepada persoalan niat. Tekad seteguh-teguhnya.


6. Jauhi maksiat zahir dan batin.

Maksiat kecil sehinggalah maksiat besar. Duduk berseorangan pun boleh berlaku maksiat,

apatah lagi ditengah kekalutan orang dan budaya. Perhatikan makna taqwa yang diumpamakan

oleh seorang sahabat r.a: “ Laksana kamu berjalan di atas jalanan yang penuh dengan onak dan

duri…..”.

7. Pegang Al-Quran sentiasa.

Bawa dalam keadaan suci dan berwudhu’. Sayangi Al-Quran secara jujur tanpa tanpa sedikitpun

unsur hipokrit. Sayangi yang zahir (mushaf) dan sayangi yang batin (hafazan dan amalan).

8. Syaitan akan ‘mendampingi’ anda sentiasa.

Nafsu akan mengikut anda ke mana-mana. Suatu ketika anda mungkin akan diperas ugut oleh
keduanya.

Iman seorang penghafaz al-Quran juga adakalanya menaik dan merudum. Diibaratkan kalau baik,
lebih

baik dari Malaikat. Kalau jahat, lebih jahat dari Iblis. Itulah Huffaz.

9. Maka selalulah bermohon kepada Allah.

Minta dengan Allah.Jangan tinggal solat hajat. Permintaan supaya dipermudahkan hafazan dan

dibenarkan khatam hafazan Al-Quran, jangan ditinggalkan. Itu antara doa wajib bagi anda sampai
anda

mati.

10. Jangan tinggal hubungan hati dengan Allah walaupun sedetik.

Sedetik itu sangat bermanfaat bagi Syaitan untuk mengambil ruang dan kesempatan.

Seorang murid pernah dihantar oleh gurunya untuk berdakwah di suatu tempat

(kisah sahabat r.a) :

Guru bertanya: bagaimana kiranya dalam perjuanganmu kamu akan diganggu oleh

nafsu dan syaitan yang akan menerkam bila-bila masa sahaja?

Murid menjawab: aku akan menghalaunya, aku akan sentiasa menghalaunya.


Murid memahami bahawa syaitan dan nafsu adalah ujian wajib.

Guru bertanya lagi: bagaimana kalau keduanya terus mengganggumu ?

Murid menjawab: aku akan terus melawan dan menghalaunya.

Guru bertanya lagi: justeru sampai bila? Murid gagal memahami, lalu dinasihatkan oleh gurunya:

Jika kamu diganggu oleh binatang buas yang menerkammu, beritahulah kepada tuan kepada
binatang tersebut supaya tuannya boleh menghalau binatang tersebut dari terus mengganggumu.
Tuan kepada kedua musuh kita hanyalah Allah. Jangan sesekali tinggalkan doa dan pergantungan

kepadaNya.

Apa yang perlu diketahui dan diingati oleh seorang huffaz?

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah.

Anda sendiri yang ‘mencari pasal’ untuk mengambil amanah tersebut.

Bagaimanapun anda ‘mencari pasal’ yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja

melupakan hafazan anda, bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!.

2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’, jadi anda kena SMI (Sendiri Mau Ingat)
tentang

hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka yang bertanya dan nampak bersungguh-sungguh
bila

diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 kecewa menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih

bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara-perkara lain. Bila sentuh
bab

Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

 
Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi, kalau malas iadah? Sama juga

dengan macam mana nak kenyang kalu tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi

soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah

perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri dihadapan anda diibaratkan

berpangkat Jeneral, bukan prebet. Semakin anda rajin, semakin anda masyi, semakin anda
istiqamah,

maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk. Sama ada kematian, masalah hati, wanita,

duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu, yang boleh
memberi

kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat
ana

di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23, Alangkah sayang…

9. Kalau anda jatuh, anda rebah, jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah.

Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika
anda

‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-
Quran.

Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia…
10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran

(hafazan anda).

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila-bila. Ingat dan faham betul-betul.

Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah.

Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah
ingat.

Kedua, anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting.

Fahami bahawa sebenarnya kedua-duanya adalah UJIAN.

Pesan Ustaz Badlishah Johan yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini.

Orang yang senang hafaz mudah ingat, Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi

Al-Quran. Manakala yang susah ingat Alllah nak tengok sama ada dia benar-benar ikhlas, akan
terus

berusaha dan istiqamah atau tidak. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak,
banyak

borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda,

andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda

malas, tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda. Pesan Allah ta’ala dalam surah

Al-Qiyyamah: Sesungguhnya Kamilah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2

manusia….”.

13.Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita.

Memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI

Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah

peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran (terutama ana).

Anda mungkin juga menyukai