Anda di halaman 1dari 27

ABSTRAK

Menceroboh sesebuah kediaman merupakan suatu aktiviti jenayah manakala


pencerobohan pula adalah kejadian jenayah yang sering berlaku pada masa kini.
Rompakan, pecah rurnah, dan sarnun sering dilaporkan berlaku terhadap kediaman-
kediaman atau bangunan terutamanya yang berstatus mewah. Ini tentunya merugi
dan membahayakan pihak terutarnanya pemilik aset berharga sehinggalah membawa
kepada ancaman terhadap nyawa mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan kejadian
jenayah ini hanya disedari selepas ianya berlaku. Oleh yang demihan, adalah lebih
baik sekiranya jenayah ini dapat dicegah dan digagalkan dengan berkesan sebelum
menjadi semakin meruncing. Bagi memenuhi maksud tersebut, projek ini lebih
terturnpu kepada penghasilan suatu prototaip sistem keselamatan pencerobohan
kediaman yang dikawal secara berpusat. Sistem ini dihasilkan berasaskan konsep
"terima dan hantar", iaitu dari pengesan yang dipasang pada zon tertentu ke litar
kawalan kediaman yang diantaramukakan dengan suatu sistem perisian kawalan
menggunakan komputer. Komputer yang digunakan berperanan sebagai pusat
pemantauan yang dapat memberi petanda kepada penghuni kediaman tentang
sebarang pencerobohan. Sistem ini terdiri daripada sebuah unit kawalan sebagai otak
yang mengawal sistem, unit pengesan (sensor) serta komponen isyarat amaran yang
menghasilkan bunyi penggera dan juga komputer sebagai unit paparan visual untuk
mengawal kejadian pecah-rumah.
ABSTRACT

Tresspassing was a some kind of crime while residence trespassing is


criminal that often happened nowadays. The acts such as robbery, break-in and theft
were some examples of criminal acts which reported has been taken place at the
large or impresive residence. These felonious acts have caused losses in valuable
assests and could be worst if the owner itself also in dangered. Unfortunately, this
only noticed when the crime have already taken place. Therefore, this will benefit us
the most if these misdemeanour crimes can be prevented before more losses on
valuables and lifes occurred. For this reason, this project is focused on the prototype
development of a centered anti-trespassing controlled system. This system was based
on a circuit which functioning to receive-deliver the signals which sensors were
connected at certain zones to the control circuit and then will be interfaced to the
Controlled Software via a computer. This computer functioned as the centre
visualisation and indicator for alerting the residents of any intruder occured. This
system consists a controlled unit that act like a brain, a sensing device and a warning
component that will sounding the alarm and the computer as a visualization device to
control this criminal act.
BAB I

LATAR BELAKANG PROJEK

1.1 PENGENALAN

Projek Sarjana Muda (PSM) adalah merupakan suatu kajian ilmiah yang
berkaitan dengan bidang kajian di fakulti masing-masing yang mesti dilaksanakan
oleh pelajar tahun akhir sebagai mernenuhi syarat bagi penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda. Matlamatnya adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran pelajar dalam menyelesaikan pelbagai masalah secara penyelidikan ilmiah
bagi melahirkan ahli teknologi yang cekap, cekal, kompetitif dan produktif.

Berbalik kepada tajuk projek yang dilaksanakan ini, didapati bahawa pada
masa kini masalah pencerobohan kediaman menjadi semakin berleluasa di merata
tempat terutamanya bagi kediaman mewah. Walaupun kediaman tersebut dilengkapi
dengan sistern penggera keselamatan, namun masalah ini tetap berlaku. Berdasarkan
pendapat yang menyatakan bahawa sistem penggera berkos murah yang digunakan
agak kurang efisyen dan mudah dikesan oleh penceroboh yang berpengalaman.
Sementara itu, kos untuk sistem yang lebih efektif pula berharga mahal serta tidak
mampu dimiliki oleh kebanyakan penguna yang berpendapatan rendah.
Justeru, sebagai salah seorang pelajar Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
Malaysia yang prihatin dengan masalah tersebut, maka di sini satu sistem baru akan
diperkenalkan bagi menangani masalah dan kejadian yang tidak diingini ini daripada
terus berleluasa. Bagi memenuhi keperluan masalah tersebut, satu projek di bawah
tajuk "Prototaip Sistem Keselamatan Kediaman Dengan Antaramuka Kawalan
Berkomputer" telah dipilih dan seterusnya dilaksanakan. Sekiranya pencerobohan
terhadap kediaman tersebut disedari oleh penghuninya, munglun tidak timbul
masalah untuk mengelakkan pencerobohan tersebut. Pencerobohan berkemungkinan
besar akan berlaku tanpa disedari pemilik kediaman iaitu pada ketika pemiliknya
sedang tidur, rurnah dibiarkan tidak berpenghuni kerana bekerja, melancong atau
sebagainya, ataupun sesebuah kediaman tidak dilengkapi dengan sistem penggera
keselamatan. Sekiranya pencerobohan berlaku, ini boleh menyebabkan kerugian
dialami oleh pemilik kediaman berkenaan. Struktur binaan asas projek ini dapat
ditunjukkan menerusi paparan gambarajah blok pada Rajah 1.

El
Peranti Input
~ i t aPenge
r san C3 Litar K w h btar Penggera

Visual Kornputer

Rajah 1.1 : Gambarajah blok struktus asas projek yang dibangunkan.

Untuk itu, bagi mengatasi keadaan ini dari terus berlaku dan berulang, satu
rekabentuk prototaip sistem keselamatan yang dijangka dapat beroperasi sepanjang
waktu dan situasi pemilik rumah tersebut akan dibina. Projek ini difokuskan untuk
mengesan sekiranya terdapat penjenayah yang mencuba atau telahpun berjaya
memecah masuk ke kediaman tersebut. Seterusnya, pengesan akan bertindak
mengaktifkan sistem penggera dan sistem kawalan komputer dengan kaedah
penghantaran data yang dihubungkan (antaramuka) ke komputer melalui kabel liang
selari ataupun "Parallel Port". Tindakan pencegahan oleh litar kawalan ialah dengan
mengaktifkan penunjuk lokasi zon pencerobohan kepada pengguna seperti lampu
"Light Emitting Diode" (LED) yag ada pada perkakasan ataupun paparan berbentuk
grafik pada sistem komputer berkenaan. Seterusnya litar penggera yang dipasang
juga akan dibunyikan.

1.2 OBJEKTIF

Projek Sarjana Muda yang sedang dijalankan ini mempunyai beberapa


objektif yang perlu dicapai. Atas sebab itu, maka tidak keterlaluan untuk dinyatakan
seandainya projek ini berjaya dilaksanakan, maka ia merupakan satu sumbangan
kepada bidang sains dan teknologi yang kompetitif. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan matlamat utama projek yang hendak dilaksanakan tidak terpesong.
Untuk itu, objektif pembikinan projek yang akan dilaksanakan ini dibahagikan
kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.2.1 Objektif Khusus

i. mengkaji dan mempelajari teknik dan cara pengoperasian pada Sistem


Penggera Keselamatan Kediaman yang konvensional
ii. mengkaji dan mempelajari teknik untuk menggabungkan litar penggera
konvensional dengan litar pengantaramuka ke komputer dengan
menggunakan Kabel Liang Selari (Parallel Port)
mengkaji teknik pengaturcaraan dan penghantaran data maklumat ke
- 0 .

111.

dalam aplikasi sistem komputer menggunakan Visual Basic 6.0


iv. memahami fungsi dan kelebihan aplikasi sistem keselamatan yang akan
dilaksanakan terhadap kehidupan sekarang.
1.2.2 Objektif Umum.

i. membina prototaip mudah untuk sistem keselamatan kediaman dengan


antaramuka kawalan berkomputer
ii. membina model lengkap bagi tujuan pemahaman dan kajian terhadap
kendalian operasi sistem yang akan dilaksanakan

1.3 SKOPPROJEK

Terdapat beberapa skop penting telah dikenalpasti bagi mernbolehkan projek


ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh kerana pelbagai jenis sistem
penggera keselamatan kediaman sememangnya telahpun terdapat di pasaran, narnun
terdapat kelemahan pada sistem berkenaan. Oleh yang dernikian, sistem yang dibina
adalah bertujuan untuk memantau keselamatan kediaman sepanjang masa oleh pusat
kawalan melalui penggunaan komputer.

Secara ringkasnya, projek yang dijalankan adalah melibatkan proses


merekabentuk prototaip sistem keselamatan kediaman dengan antaramuka kawalan
berkomputer berasaskan litar kawalan dan perisian Visual Basic yang dihubungkan
melalui liang penghantaran data selari (Parallel Port). Dinyatakan lagi di sini,
perlaksanaan projek ini adalah lebih menumpukan kepada bagaimana sistem tersebut
beroperasi dan membincangkan tentang apakah yang akan dilakukan oleh sistem ini
semasa berlakunya sebarang bentuk pencerobohan iaitu dari sistem pengesan
pencerobohan hingga kepada pemberitahuan isyarat pencerobohan kepada pengguna.

Sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan, maka ia mampu untuk mencegah


sebarang pencerobohan berlaku secara mengaktifkan bunyi amaran (siren) ataupun
mengunci laluan masuk dan menghidupkan hidup lampu kecemasan. Penekanan
utama atau skop yang akan diberikan kepada projek ini adalah mengenai aplikasi
proses penghantaran dan penerimaan isyarat maklumat yang dikesan oleh pengesan
seperti voltan, denyut ataupun status keadaan (isyarat berdigit) kepada proses
pengaktifan litar penggera mahupun paparan visual berkomputer menggunakan
kaedah sambungan antaramuka menggunakan kabel selari 25-way Female D Type
Connector ataupun kabel RS-232. Projek ini dijangka dapat memberikan suatu
konsep yang melibatkan rekabentuk sistem kawalan keselamatan kediaman dan
pencerobohan dengan kawalan komputer berasaskan beberapa ciri tertentu seperti:

i. Litar pencegah pencerobohan dan keselamatan menggunakan prototaip


pengesan (sensor) seperti photoelektrik, "pyroelectric" (PIR), infi-a-merah
yang akan diantaramukakan dengan komputer
..
11. sistem kawalan berpusat dengan paparan visual berkomputer menggunakan
pengaturcaraan Visual Basic 6.0 sebagai perisian yang mengantaramukakan
data dari perkakasan dengan program litar kawalan berkomputer
...
111. Penggunaan pemasa (timer) atau litar bersepadu IC seperti mikropengawal
(microcontroller) mahupun CMOS seperti yang digunakan sebagai peranti
pengawal operasi pada sistem litar kawalan dan litar penggera

Sebagai pendekatan terhadap pemilihan perkakasan, komponen mahupun


peranti mikro-pengawal yang akan digunakan, perkara utama yang dititik-beratkan
adalah mengenai struktur binaan dan kebolehan berfungsi serta ciri-ciri yang dimiliki
oleh komponen atau cip mikropengawal tersebut. Ini adalah kerana projek yang
dilaksanakan ini dibuat dengan tujuan untuk mernbina sebuah sistem pencegahan dan
keselamatan yang berkos rendah.
C,
7
P
X
I.,
a,
C,
!i
9
C
cd
P
4
B
V)
2
%
z
C,
B
3
24
C
-3
P
8
0
d
a,
a
-9
IE
3M
.!3
1.5 RINGKASAN TESIS

Tesis ini mempunyai lima (5) bab yang akan menerangkan secara terpeinci
mengenai projek yang dibangunkan ini. Bab pertama adalah bab pengenalan yang
akan memberi gambaran ringkas kepada projek seperti objektif dan skop projek.

Bab ke-2 akan membincangkan kajian literatur dan maklumat yang berkaitan
dengan projek. Setiap fakta dan maklurnat yang diperolehi melalui bahan rujukan
yang berlainan akan dibahas bagi memilih satu teknik dan kaedah yang terbaik untuk
kegunaan projek ini. Bab seterusnya pula akan membicarakan mengenai metodologi
perlaksanaan projek. Ia adalah berkaitan dengan teknik dan kaedah pelaksanaan yang
telah dipilih seperti yang dinyatakan dalam bab ke-2 secara mendalam. Teknik dan
kaedah perlaksanaan yang dipilih itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu
pembangunan perisian dan perkakasan yang digunakan.

Baba ke-4 adalah bab yang mengisahkan mengenai hasil penemuan projek.
Ianya terdiri daripada proses menganalisa data dan membuat keputusan. Segala
keputusan analisis seperti graf, penerimaan data oleh perkakasan melalui arahan
perisian dan sebaliknya akan dibincangkan dalam bab ini. Proses analisis dijalankan
terhadap perkakasan-perkakasan yang digunakan seperti kitar kerja untuk litar
kawalan, litar penggera dan juga litar pengantarmuka (Interfacing Circuit).

Pada bab terakhir dalam tesis ini pula adalah merupakan suatu rurnusan atau
kesimpulan dan juga cadangan. Segala kesimpulan akan dibuat berdasarkan tahap
pencapaian dan pernbelajaran yang telah diperolehi sepanjang melaksanakan projek
ini dari peringkat awal hingga berjaya. Selain dari itu, cadangan yang dibuat juga
adalah berdasarkan kepada prestasi semasa yang dibanglutkan untuk meningkatkan
kualiti dan tahap operasi projek agar ianya menjadi produk yang lebih baik sehingga
mampu untuk dikomersilkan pada masa akan datang.
KAJIAN LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 KAJIAN UMUM PROJEK

Tahukah anda mengapa kita perlu membuat pelaburan terhadap keselamatan


kediaman dengan memasang sistern penggera kediaman konvensional? Secara
amnya, ia bertujuan sebagai pelaburan yang akan menjamin tahap keselamatan anda,
keluarga, dan barang-barang berharga kepunyaan peribadi daripada dicuri oleh
penceroboh. Sistem penggera keselamatan samada untuk kediaman mahupun
kenderaan yang baik bukan sahaja sukar untuk dicerobohi malahan mudah digunakan
oleh pengguna.

Sekiranya anda merupakan seorang yang peka terhadap berita-berita yang


disiarkan tidak kira samada di dada akhbar ataupun di kaca televisyen, pasti anda
dapat perhatikan bahawa beberapa tahun kebelakangan ini teknologi sistern penggera
keselamatan tidak kira samada bagi kenderaan atau kediaman rurnah semakin
berkembang. Sewajamya, tiada masalah kecurian atau pencerobohan berlaku tetapi,
kejadian sebaliknya berlaku di mana kejadian rompakan, kecurian serta kes-kes
pencerobohan kerap berlaku di merata tempat di samping bencana alam yang turut
menimpa seperti kebakaran, banjir dan yang terbaru kejadian ombak besar Tsunami.
Persoalannya, adakah kita sebagai manusia yang mempunyai kelemahan
mampu melindungi diri, keluarga dan barangan berharga daripada masalah-masalah
ini? Semestinya, melalui suatu peralatan berupa sistem penggera yang baik dapat
membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana sistem berkenaan boleh
memberitahu kita untuk bersedia bertindak apabila sebarang keadaan yang tidak
diingini atau mencurigakan berlaku. Walaupun sistem ini tidak dapat menghalang
kejadian sebegini dari terus berlaku, tetapi penggunaannya sebagai alat yang dapat
mengesan sebarang bahaya amatlah sesuai digunakan sebagai alat keselamatan yang
penting. Tidak kira untuk tujuan apa sekalipun, ianya tetap bertujuan untuk
memastikan kita dapat membuat persiapan dan bersedia untuk bertindak sekiranya
terdapat amaran bahaya atau kecemasan yang diterima.

Kita dapat mengambil iktibar dari kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004
lalu yang melanda beberapa negara asia termasuklah juga Malaysia, telah meragut
ratusan ribu nyawa disebabkan tiadanya langkah persiapan awal dilakukan. Ini
kerana tiada sistem amaran awal digunakan yang dapat memberitahu mereka
khususnya yang telah terkorban untuk setidak-tidaknya mencari perlindungan
ataupun menyelamatkan diri serta bersedia mengarnbil langkah berjaga-jaga sebelurn
menghadapi kemunglunan dilanda ombak besar Tsunami tersebut.

Sistern keselamatan kediaman ringkas yang digunakan secara tradisionalnya


dan mungkin juga digunakan di kampung-kampung ialah suatu sistem di mana tin-tin
kosong diikat dan disambung di sekeliling kawasan rumah atau di pintu rumah
kediaman. Apabila penceroboh cuba untuk memasuki rurnah berkenaan secara tidak
sah, dia pasti akan melanggar tali kemudi yang menyambungkan tin-tin kosong
berkenaan lalu bunyi bising dihasilkan bagi mengejutkan pihak tuan rumah tentang
kehadiran tetamu yang tidak diundang. Namun demikian, peredaran masa dan arus
perubahan teknologi moden pada hari ini membolehkan kita memiliki sistem yang
jauh lebih baik jika dibandingkan dengan contoh yang dinyatakan di atas.
Peningkatan terhadap masalah kes-kes pencerobohan dan kecurian munglun
berpunca beberapa faktor. Antaranya adalah seperti kecuaian penghuni kediaman,
tiadanya sistem pengawasan rumah kediaman yang digunakan serta penggunaan
sistem pencegah pencerobohan atau keselamatan yang tidak efisyen dan efektif.
Walaupun terdapat kediaman telah dilengkapi sistem penggera keselamatan, namun
ia tidak memadai sekiranya sistem tersebut gaga1 beroperasi dan behngsi dengan
baik seterusnya tidak dapat membendung masalah pencerobohan dari berlaku.
Faktor-faktor lain menjadi penyebab kes-kes jenayah seperti ini terus meningkat
adalah kerana kekurangan sumber kewangan untuk memiliki satu sistem keselamatan
yang efektif, selamat, canggih serta fleksibel oleh golongan penduduk terutamanya
yang berpendapatan rendah. Jadi, matlamat projek yang akan dilaksanakan ini adalah
untuk menghasilkan satu sistem yang dijangka dapat menjadi :

i. sistem keselamatan yang berkaliber dalam menangani masalah pencerobohan


tempat kediaman secara berkesan, selamat dan terkawal
..
11. sistem yang dilengkapi dengan perisian komputer sebagai pusat kawalan
iii. sistem yang interaktif, ringkas dan mampu dimiliki dengan kos yang rendah

Dengan bertambahnya kebolehupayaan dan juga kepenggunaan teknologi


komputer yang semakin berkembang dan dibangunkan untuk pelbagai tujuan, maka
peluang untuk menggunakan teknologi yang sedia ada bagi melaksanakan projek
sistem penggera keselamatan adalah begitu bernas dan wajar. Justeru, projek yang
dikhususkan untuk keselamatan kediaman iaitu "Prototaip Sistem Keselamatan
Kediaman Dengan Antaramuka Kawalan Berkomputer ini memerlukan kajian yang
"

menyeluruh dan terperinci dilakukan mengenai kandungan dan cara kerja litar-litar
elektronik digunakan untuk sistem berkenaan.

Di sini, kita akan mengetahui tentang fungsi dan cara kerja sistem
keselamatan kediaman yang bakal direka berdasarkan kepada penerangan lanjutan
yang akan dilakukan pada bab-bab yang seterusnya.
2.2 KAEDAH PERLAKSANAAN PROJEK

Projek yang ingin dilaksanakan ini di buat berdasarkan dari rujukan dan
kajian ke atas model-model litar kawalan penggera keselamatan yang mudah. Litar
yang digunakan untuk tujuan perlaksanaan projek ini hanya menggunakan kombinasi
dan gabungan beberapa komponen asas elektronik seperti perintang, suis, kapasitor,
geganti, dan juga litar bersepadu atau Integrated Circuit (IC). Komponen IC yang
digunakan adalah terdiri daripada beberapa jenis get-get kendalian logik yang biasa.
Sehubungan itu, untuk tujuan konsep pengantaramukaan, litar kawalan perlu
dimodifikasi dan dipertingkatkan agar ianya dapat berkomunikasi dengan komputer.
Oleh itu, IC seperti Transistor Darlington ULN2803 dan Solid-State Relay TLP521
digunakan bagi memastikan litar beroperasi dan mencapai objektif projek.

Sememangnya terdapat pelbagai teknik dan kaedah penyambungan boleh


digunakan. Jadi, pemilihan untuk menggunakan beberapa komponen tersebut lebih
sesuai kerana ia mudah untuk digunakan berbanding dengan peranti elektronik yang
lain. Selain dari itu, bahan-bahan rujukan seperti jurnal amat penting untuk membuat
perbandingan dan kajian dalam menghasilkan projek ini. Berdasarkan maklumat
yang diperolehi dari rujukan atau jurnal yang diperolehi, suatu rekabentuk litar yang
baik dapat dihasilkan untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan litar yang sedia ada.

Paparan gambarajah secara grafik terhadap keputusan analisis litar akan


dipersembahkan dalam bentuk graf atau jadual untuk menyokong dan memantapkan
laporan atau tesis pada bab hasil kajian yang diperolehi. Data-data juga perlu disusun
secara bersistematik dan teratur agar ianya mudah untuk difahami dan dirujuki.
2.3 OPERAS1 SISTEM KESELAMATAN KONVENSIONAL

Pada kebiasaannya, sistem penggera keselamatan akan berfungsi dengan


melaksanakan tiga operasi utama iaitu:-

i. Membunyikan penggera bagi menandakan berlakunya situasi kecurian


dan kecemasan
ii. Menyalakan lampu isyarat kecemasan bagi memudahkan proses
pengesanan lokasi dilakukan oleh pihak berkuasa
iii. Menutup atau mengunci sernula laluan yang dicerobohi seperti pintu
atau tingkap yang telah dibuka (Locked)

Terdapat sistem pencegah kesemalatan kediaman dapat mengaktifkan telefon


bimbit atau "pager" pengguna secara terus apabila isyarat berlakunya kejadian
pencerobohan tersebut diterima . Selalunya, perkara pertarna yang diperhatikan oleh
pencuri atau penceroboh selain dari kandungan isi rumah kediaman ialah sistem
keselamatan berpenggera ini. Jadi, suatu kotak yang dipasang di bahagian luar rumah
yang merupakan kotak penggera menandakan kediaman tersebut telahpun dilengkapi
dengan "Anti-Theft System" atau sistem penggera keselamatan pencerobohan.

Namun, bagi sesetengah penceroboh berpengalaman yang mengetahui


kelemahan yang ada pada sistem tersebut, mereka tetap akan terus mencuba untuk
malakukan jenayah. Dengan kondisi "rumah sasaran" yang dikatakan padat dan
berisi, mereka tidak berfikir panjang untuk bertindak. Kebiasaannya, sistem
keselamatan yang boleh berinteraksi dengan pengguna seperti penerirnaan isyarat
pada telefon bimbit atau teknik rakaman litar tertutup (CCTV) berharga mahal dan
sukar dimiliki oleh pengguna yang berpendapatan rendah. Jadi, sebagai seorang
pelajar yang bertangungjawab dan prihatin terhadap perkembangan terkini masalah
pencerobohan, penulis akan cuba menghasilkan sistem yang lebih murah serta dapat
menandingi ciri-ciri asas sistem penggera keselamatan yang telah terdapat dipasaran.
Berdasarkan kajian pada jumal dari Fakulti of Electronic, Telecommunication
& Informatics, Technical University of Gdansk, Poland [I] telah menyatakan bahawa
maksud Sistem Keselamatan Kediaman (Home Security System) adalah sistem yang
dapat menjaga dan dapat mengelakkan sesebuah barangan daripada dicuri dengan
menggunakan bantuan alat pengesan. Pengesan tersebut perlulah dapat melakukan
fungsi atau tugas seperti berikut:

i. Mengesan penceroboh yang cuba menghampiri atau bergerak melapasi


kawalan yang diliputi seperti pintu rumah, tingkap, lantai, atap dan
sebagainya
..
11. Mengesan penceroboh yang berlegar-legar atau bergerak di dalam kawasan
yang diawasi (diliputi pengesan)
iii. Mengesan sebarang kesan pergerakan penceroboh yang cuba menyentuh
atau mengangkat sesuatu objek untuk dilarikan

2.4 KONSEP SISTEM PENGGERA KONVENSIONAL

Sistem penggera keselamatan yang praktikal pada hari ini pada kebiasaannya
mengandungi tiga komponen asas yang utarna untuk membolehkannya beroperasi
sebagai suatu sistern yang lengkap. Ianya dapat digambarkan dengan jelas melalui
struktur gambarajah blok seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.1 berikut.

Litar Kawalan
(Sensor)

Penggera

Rajah 2.1: Blok Sistem Penggera Konvensional yang praktikal.


Dapat diperhatikan bahawa sistem akan mengesan kehadiran penceroboh,
kemudian ia akan mengaktifkan sistem kawalan litar-litar elektronik dan seterusnya
membunyikan penggera atau menyalakan perlatan-peralatan penunjuk atau penanda
tertentu. Dalam kes-kes tertentu penunjuk atau penanda berkenaan adalah dalam
bentuk paparan visual sahaja tanpa perlu mengaktifkan sebarang penggera.
Walaubagaimanapun, kebanyakan sistem penggera hari ini menjadikan bunyi sebagai
keluaran asas sistern berkenaan. Narnun, fungsi setiap penggera adalah berdasarkan
litar yang digunakan untuk mengawal operasi litar penggera secara keseluruhannya.

2.5 PENGGERA (SIREN)

Setiap bahagian seperti yang dinyatakan tadi munglun merupakan satu sistem
yang ringkas dan munglun juga merupakan satu sistem yang kompleks. Pada
kebiasaannya litar-litar kawalan merupakan bahagian yang paling utama dan
kompleks dalam satu rekaan dan kawalan terhadap sistem penggera. Penggera seperti
loceng dan siren adalah merupakan peranti yang boleh menghasilkan gelombang
bunyi apabila gegelung magnetik diaktifkan dengan mengenakan nilai voltan tertentu
pada litar penggera berkenaan.

Penggera yang baik adalah penggera yang mampu menghasilkan bunyi yang
bising dan kuat yang mampu menghalau penceroboh dan menarik perhatian orang
ramai kepada rumah atau kenderaan yang diceroboh. Tahap kekuatan bunyi sesebuah
penggera bergantung kepada bahan binaan dan saiznya. Semakin besar saiz penggera
semakin h a t bunyi yang akan dihasilkan namun begitu bekalan kuasa yang lebih
tinggi diperlukan bagi memacu litar penggera berkenaan. Penggera pula boleh terdiri
dari pelbagai bunyi atau jenis seperti Buzzer, Siren atau Speaker yang mempunyai
nilai keluaran mengikut frekuensi tertentu. Semakin tinggi fi-ekuensi, semakin mahal
pula harganya di pasaran seperti Rajah 2.2. Nada bagi setiap penggera boleh direka
menggunakan kombinasi litar-litar elektronik yang akan mengeluarkan pelbagai jeis
nada bunyi.

Penggunaan siren ataupun penggera pada projek kali ini hanya diwakili oleh
buzzer yang mempunyai nilai masukan sehingga 24 volt arus terus P C ) ataupun
pembesar suara (Speaker)yang mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 8 0 .
Penggunaan bahan tersebut adalah berdasarkan kepada projek yang dilaksanakan ini
hanyalah sebagai prototaip sistem yang dibangunkan dan juga sebagai bahan untuk
kajian sahaja. Oleh yang demikian, penggunaan penggera yang realistik juga boleh
digunakan tetapi pastinya ia akan mernbabitkan kos pembinaan yang lebih tinggi
berbanding penggunaan kaedah yang telahpun diterangkan tadi.

Rajah 2.2 : Penggera (Siren) konvensional.[2]

2.6 PENGESAN (SENSOR)

Sensor atau pengesan yang biasa digunakan dalam litar-litar penggera pada
dasarnya menggunakan konsep asas suis-suis tertentu. Seperti suis-suis yang biasa
digunakan, sensor juga akan 'buka' atau 'tutup' dengan nilai-nilai yang tertentu
seperti pada sistem binari dan sistem digital, di mana keluaran yang diperolehi ini
adalah sarnada "HIGH" atau "LOW" dengan tiada sebarang kemungkinan lain.
Selalunya pengesan atau sensor bagi penggera berfungsi seperti suis tindakan
sementara. Sebahagian dari jenis suis khususnya suis tekan adalah merupakan suis
tindakan sementara. Suis ini telah dilengkapkan dengan spring anjal yang akan
menyebabkan ia boleh dikembalikan kepada keadaan asal setelah ditekan melainkan
ianya tens ditekan secara fizikal. Suis tindakan sementara boleh didapati dalam dua
bentuk iaitu sama ada suis tekan tutup iaitu "Normally Open" (NO) atau suis tekan
buka iaitu "Normally Closed" w).
Ia juga bergantung kepada sambungan atau
keadaan suis tersebut dikendalikan mengikut litar yang digunakan.

Jadi, untuk mewakilkan komponen yang digunakan sebagai pengesan pada


projek ini, maka suis adalah contoh yang paling sesuai digunakan. Dengan hanya
menggunakan suis iaitu dari jenis Normally Open ataupun Normally Closed, ia dapat
menunjukkan samada data atau isyarat yang diwakili oleh arus atau voltan di dalam
litar pengesan dapat dihantar kepada litar kawalan dan litar penggera dengan mudah.
Rajah 2.3 ini adalah simbol skematik yang biasa digunakan untuk suis tekan tutup.

Rajah 2.3 : Suis Tekan Tutup (Normally-Open)

Kaedah penggunaan suis tekan tutup (Normally Open) sebenarnya adalah


kurang sesuai untuk mewakilkan sebagai pengesan memandangkan ianya akan aktif
apabila litar dalam keadaan tertutup. Tetapi, melalui aplikasinya iaitu apabila suis ini
ditekan, maka pengaliran arus elektrik yang terdapat pada bahagian masukan suis
berkenaan akan dipaksa bergerak menuju ke arah yang bersebelahan kerana keadaan
yang bersentuhan antara satu sama lain ini telah melengkapkan litar. Pada masa ini,
keadaan adalah dikatakan litar tutup (gelung tertutup) dan seterusnya membolehkan
arus mengalir melaluinya. Apabila suis tersebut dilepaskan, spring dalaman anjal
yang terdapat pada suis berkenaan akan memaksa sentuhan atau litar tertutup yang
dihasilkan tadi terputus semula (gelung terbuka). Ini akan menyebabkan litar dalam
keadaan terbuka dan seterusnya tiada arus mengalir dalam litar berkenaan.

Suis tekan buka pula (Normally Closed) mempunyai fungsi yang berlawanan
dengan konsep yang berlaku pada suis tekan tutup. Ianya amat sesuai digunakan
untuk mewakili pengesan pada litar keselamatan yang telah dibangunkan kerana litar
akan menjadi aktif apabila berada dalam keadaan terbuka (gelung terbuka). Ini dapat
diaplikasikan melalui konsep jenis pengesan magnetik (Magnetic Detector). Aplikasi
kendalian suis iaitu apabila ianya ditekan, sentuhan konduktor yang terdapat dalam
suis berkenaan akan dipaksa untuk menjauhi antara satu sama lain dan menyebabkan
litar elektronik yang asalnya lengkap akan terputus dan seterusnya tiada arus elektrik
yang dapat mengalir dalam litar berkenaan. Apabila dilepaskan semula, litar tersebut
akan kembali lengkap, seterusnya terdapat pengaliran arus yang mengalir pada litar
berkenaan. Jadi, aplikasi litar kawalan akan menjadi aktif semasa litar dalam keadaan
tebuka (gelung terbuka). Rajah 2.4 menggambarkan simbol skematik yang biasa
digunakan bagi struktur dan kendalian suis tekan buka.

Rajah 2.4 : Suis Tekan Buka ( Normally- Closed )

Bagi memastikan sistem yang hendak dibangunkan dapat beroperasi dengan


efisyen, beberapa aspek yang berkaitan dengan pengesan atau sensor hendaklah
diberikan perhatian yang serius. Antara aspek yang dimaksudkan itu adalah :

i. Pemilihan Pengesan
..
11. Jenis Pengesan
...
in. Aplikasi Pengesan
2.6.1 Pemilihan Jenis Pengesan.

Menurut pendapat dari kajian oleh Alehander Malinowski, Department of


Electrical and Computer Engineering, Bradley University, Peoria, Illinois 61625,
USA, tahun 2001 yang diambil dari The 27th Annual Confeence of The IEEE
Industrial Electronis Society [3], menyatakan bahawa pemilihan terhadap beberapa
jenis pengesan atau sensor juga bergantung kepada aspek berikut:

i. Bagaimana cara untuk mengimplementasikan sistem pengesan untuk


kegunaan rumah kediaman pintar?
ii. Bagaimana untuk mengukur dan model kelakuan pergerakan manusia?
iii. Adakah keperluan pengesan itu memang diperlukan tanpa menggangu aktiviti
penghuni rurnah tersebut?
iv. Apakah kebaikan dan keburukan yang diperolehi pengguna jika sistem
menggunakaan jenis pengesan tertentu?

Jadi, dari pernyataan itu, dapatlah dikatakan bahawa pemilihan pengesan atau
sensor yang sesuai dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan sistern penggera yang
ingin dibangunkan. Justeru, terdapat beberapa jenis pengesan yang dicadang untuk
digunakan sebagai komponen pengesan pada projek ini. Tujuan utarna adalah untuk
membolehkan litar menjadi aktif apabila pengesan mengesan sebarang -perubahan
terhadap beberapa komposisi tertentu seperti kelembapan (humidity), suhu ataupun
haba, bunyi, pergerakan (motion),kedudukan (position)dan juga tekanan (pressure).

Setelah meneliti beberapa kajian yang dijalankan sebelumnya, dapat


disimpulkan bahawa penggunaan pengesan dari jenis pengesan pergerakan (motion
sensor) dan pengesan medan magnet (magnetic detector) paling sesuai digunakan.
Narnun begitu, terdapat jenis pengesan lain iaitu pengesan pergerakan seperti
"pyroelectric" (PIR) dan "photoelectric" juga boleh digunakan. Walaubagaimanapun,
untuk projek kali ini, saya sekali lagi menyatakan bahawa setiap pengesan yang akan
digunakan itu hanyalah diwakili oleh beberapa suis tekan tutup dan suis tekan buka
memandangkan projek kali ini hanyalah merupakan suatu prototaip yang belum
9.2
.r(
g
m
3
c
7
20 .
n
n
2 :z 3
'
.r(
gsgj E
B E : , X
G 28
Q)
E % t O
324 P
'2
h E z E
.r( 2
%
5 2c
"
%
cd
8 4s
5 6
z 2 9a 2&
cd
5 $ 5 c
cd
g S E
8
i$
a 2
.$ g
% p e En
.r(
-
+ A 3 5
a 5 c
< 3 3 3
" e 8n
Q).B
E a a
(sound), pergerakan (motion), kedudukan (position), gegaran (vibration) dan juga
terhadap tekanan (pressure). Pengesan juga boleh terdiri dari jenis-jenis seperti
pengesan infra merah (Infia-Red), "pyroelectric", "photoelectric" mahupun jenis
akustik seperti pembesar suara (microfon) yang sensitif pada fiekuensi suatu bunyi
yang diterima.

2.6.3 Aplikasi Pengesan

Untuk mendapatkan hasil projek yang memuaskan, bagi kes kajian adalah
mengesan sebarang perubahan bagi sesuatu kondisi tertentu pada litar pengesan,
konsep pengesan hams diaplikasikan mengikut kondisi yang sesuai mengikut
kedudukan dan fungsi setiap pengesan yang digunakan. Penyelenggaraan atau
pemasangan komponen pengesan yang sesuai dapat meningkatkan kecekapan litar di
samping dapat mengurangkan kos kerugian.

2.7 KAWALAN LITAR PENGGERA

Bahagian yang akan mengawal fungsi sesebuah sistem penggera boleh


dikatakan sebagai 'otak' bagi sistem berkenaan. Di sini, litar-litar pengawal akan
sentiasa mengawasi setiap pengesan atau sensor yang terdapat pada sistem berkenaan
dari semasa ke semasa dan menentukan samada perlu atau tidak untuk membunyikan
penggera. Kebanyakan litar pada hari ini menggunakan geganti dan kombinasi get-
get logik atau CMOS yang telah dijadikan dalam bentuk cip sebagai pengawal untuk
litar penggera berkenaan.
Komponen yang boleh digunakan sebagai alat yang mengawal operasi litar
penggera adalah seperti geganti (Relay), pengawal mikro atau (microcontroller) dan
juga peranti suis dari jenis transistor. Untuk perbincangan, fokus hanya diberikan
kepada alat kawalan jenis geganti (Relay).

2.8 GEGANTI (RELAY)

Geganti boleh juga dikatakan sebagai suis mekanikal biasa tetapi ianya dapat
berfbngsi untuk menukar laluan arah secara automatik dengan kehadiran arus upaya
pada gegelung yang menghasilkan daya elektromagnet. Geganti terdiri daripada dua
bahagian penting iaitu gegelung dawai dan satu set suis sentuhan mekanikal.

Bahan yang digunakan sebagai konduktor dalam suis tersebut bersifat kenyal
di mana kehadiran upaya elektromagnet akan menyebabkan bahan tersebut
membengkok atau berganti arah ke bahagian lain bagi melengkapkan litar seterusnya
kembali kepada keadaan asal apabila arus yang menghasilkan medan magnet telah
tiada. Geganti juga boleh dikatakan dapat berfimgsi sebagai suis sementara seperti
suis tekan buka dan suis tekan tutup. Rajah 2.6 menerangkan simbol skematik bagi
geganti.

"Normally Closed"

"Common"

t 'Normally Open"

Rajah 2.6 : Simbol skematik bagi geganti (Relay).


2.9 KOMPUTER

Pemilihan komputer sebagai peranti pusat kawalan yang menjalankan aktiviti


pemantauan dan juga kawalan adalah berdasarkan kepada beberapa ciri-ciri yang
terdapat pada binaan komputer tersebut. Secara arnnya, komputer adalah merupakan
suatu alat elektronik yang dapat menganalisa, mengira dan membuat keputusan pada
kadar kelajuan yang beribu juta kali berbanding manusia. Sebagai contoh, pengiraan
yang dilakukan oleh manusia menggunakan kalkulator mengambil masa yang agak
lama berbanding komputer yang mampu menyelesaikan masalah tersebut pada masa
kurang dari satu saat sahaja.

Komputer khususnya mempu untuk memproses pelbagai jenis data di bawah


pengawasan beberapa bentuk set arahan dan kawalan mengikut kepenggunaannya.
Set kawalan atau suruhan ini yang dinamakan sebagai aturcara atau "Program". Jadi,
komputer dapat melaksanakan perintah dan bertindak berdasarkan program yang
diberikan melalui set-set arahan oleh manusia.

Kebanyakan sistem komputer yang lengkap mempunyai beberapa komponen


yang saling bergantungan antara satu sama lain. Ianya terdiri dari beberapa bahagian
utama iaitu peranti masukan (Input Device), peranti pemprosesan, peranti ingatan
(Memory Device) dan jua peranti keluaran (Output Device).

Peranti masukan terdiri daripada komponen yang menerima pelbagai isyarat


seperti papan kekunci (Keyboard), tetikus (Mouse), dan pengimbas (Scanner).
Maknakala komponen yang bertindak selaku pernproses adalah suatu cip yang
dinamakan mikro-pemproses (Microprocessor). Komponen ingatan pula terdiri dari
storan ingatan kekal dan sementara. Ingatan kekal biasanya berupa program yang
disimpan di dalam cip seperti CMOS komputer manakala storan sementara pula
dinamakan sebagai Random Access Memory (RAM). Peranti keluaran pula terdiri
daripada alat yang dapat memaparkan hasil proses seperti paparan monitor, pencetalc,
pemacu CD-Burner dan sebagainya.

Jadi, tidak hairanlah jika penulis ingin katakan bahawa penggunaan komputer
amat sesuai dijadikan sebagai alat kawalan kerana ia memiliki kemampuan untuk
melaksanakan beberapa proses dengan begitu cekap, pantas dan mempunyai tahap
keupayaan bekerja yang tinggi.

2.10 CARTA - ALIR PERLAKSANAAN PROJEK

Secara ringkasnya, projek yang dilaksanakan ini mempunyai suatu aliran


proses tertentu yang dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dimulakan dari
peringkat permulaan hingga ke peringkat proses yang terakhir. Setiap proses yang
dilakukan mempunyai kaitan dan saling bergantungan antara satu sama lain.

Perlaksanaan projek perlu dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan


setiap prosedur dan kerja yang dibuat mencapai tahap yang dikehendaki. Penggunaan
carta-alir juga dapat memudahkan proses semakan dan pemantauan dilakukan. Rajah
2.7 menerangkan secara ringkas mengenai proses pembikinan dan pembangunan
sistem yang hendak dilaksanakan menerusi paparan carta-alir.
Dapat Tajuk
Projek

Mencari bahan 1tajuk .................................


"

(membuat kajian ilmiah)

Mempelajari ciri litar dari Data


sheets & Pengaturcaraan Visual
Basic 6.0

/pandian/4
Simulasi dan -.................... Tidak i

Tiada
I
Merekabentuk PCB dan mereka
paparan sistem keselarnatan yang
dikehendaki

v
Implementasi litar ke
PCB & Pengujian

Persembahan PSM2
& Penghantaran
Tesis

Rajah 2.7 : Carta-alir proses pembikinan projek PSM 2.

Anda mungkin juga menyukai