Anda di halaman 1dari 12

UJIAN BERTULIS

Nama : Adrian Samuel


No. IC: 011205-13-0663

Nama Projek:

KUNCI KABINET DENGAN AKSES CAP JARI DAN ALARM


2.0 PENGENALAN PROJEK

Dalam keselamatan harta benda, keselamatan amat penting kepada kita kerana untuk
melindungi, mencegah dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kehilangan harta
benda. Terdapat banyak sistem keselamatan yang diaplikasikan di mana-mana tempat.
Sistem keselamatan juga semakin berkembang setiap tahun dan tahap keselamatan
menjadi lebih baik berbanding sebelum ini. Oleh itu, ramai orang amat memerlukan sistem
keselamatan yang baik untuk melindungi harta benda mereka.
Dengan projek Kabinet kunci dengan sistem pengecaman jari dan sistem alarm, projek
ini dapat memenuhi kepentingan keselamatan untuk melindungi harta benda yang
menggunakkan kunci dan kunci untuk mengakses bilik. Kabinet kunci ini akan menggunakan
pengecaman cap jari kerana ia lebih selamat dan sistem alarm adalah ia digunakan untuk
menberi peringatan kepada pemilik melalui pendengaran dari jarak dekat apabila berlaku
kecurian kunci dikesan.

3.0 PENYATAAN MASALAH ATAU KEPERLUAN

Pembinaan Kabinet kunci yang dilengkapi sistem pengecaman cap jari dan GSM
perlulah mengira faktor kemudahan penyelengaraan dalam sistem elektronik. Kunci yang
bercampur atau berselerak menyebabkan masa untuk mencari kunci yang betul mengambil
masa. Kunci boleh hilang menyebabkan kerugian dan terpaksa mengantikan dengan baru.
Selain itu, apabila kunci hilang dicuri kita tidak sedar bila kecurian itu berlaku.

3.2 Produk sedia ada


Di pasaran, kabinet kunci dengan sistem keselamatan memang ada terdapat di pasaran
walaubagaimanapun keselamatan padanya tidak dijamin secara efektif kerana kebanyakan
kunci cabinet dikunci dengan mangga dan tidak dilengkapi dengan sistem penggera.
3.3 Alternative penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas

Berikut merupakan alternatif bagi penyelesaian masalah di mana cabinet kunci tersebut
dilengkapi dengan fungsi keypad dan paparan lcd.

4. OBJEKTIF DAN FUNGSI PROJEK

Objektif

Secara amnya, projek ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

Untuk memperkenalkan projek ini kepada umum bahawa ada teknologi yang lebih efektif
dalam membendung kejadian ceroboh kecurian kunci

I. Untuk dipasarkan kepada masyarakat.

II. Untuk memastikan pengguna yang menggunakan projek ini berasa lebih aman.

III. Memanfaatkan seluruh lapisan masyarakat yang menggunakan Sistem pengecaman


cap jari dan Alarm dengan Arduino ini.
IV. Untuk memahirkan diri dalam pengaturcaraan.

Fungsi

- Menyimpan kunci dengan lebih selamat

- Mengecam cap jari pemilik sebelum mengambil kunci dalam cabinet

- Mengeluarkan bunyi penggera apabila kecurian atau kecerobohan pada cabinet


berlaku.
5. CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN PROJEK

MULA

PERANCANGAN PROJEK

MEREKA BENTUK PROJEK

PEMILIHAN PERKAKASAN
MEMBANGUNKAN PROGRAM

MEMBINA LITAR
HIMPUNAN DAN SIMULASI DEBUG

SIMULASI LITAR

PENGUJIA
N PROJEK

PENGUJIA
PENYELESAIAN MASALAH
N LITAR

MELAKSANAKAN LITAR DAN


MUAT TURUN PROGRAM

PENGUJIA
PENYELESAIAN MASALAH
N AKHIR

TAMAT
6. SPESIFIKASI

6.1 Deskripsi projek

Projek Kabinet Kunci dilengkapi sistem keselamatan yang berkonsepkan teknologi


biometrik dengan menggunakan pengesan cap jari dan sistem penggera dapat memenuhi
kepentingan keselamatan untuk melindungi harta benda yang menggunakkan kunci dan
kunci untuk mengakses bilik. Dengan sistem pengesan cap jari ini, ia lebih selamat dan
efisien daripada sistem keselamatan yang lain seperti keypad dan kunci biasa. Selain itu,
sistem alarm yang digunakan dalam projek ini akan memberi peringatan bahawa terdapat
percubaan menceroboh apabila terdapat 5 kali cap jari pengguna yang tidak dikenali
dikesan pada scanner. Projek ini terdiri daripada gabungan hardware dan software. Antara
gabungannya adalah perisian pengawal mikro arduino UNO dan penggunaan komputer
untuk tujuan mengaturcara serta memindahkan arahan ke sistem pengesan cap jari dan
sambungan komponen yang lain.

6.2 CIri-ciri rekabentuk projek serta fungsi-fungsinya

- Bentuk seperti kabinet(segi empat)

- Mempunyai 2 engsel pada bahagian pintu berfungsi untuk membuka dan menutup
pintu.

- Pintu hadapan mempunyai paparan LCD yang dipasang yang berfungsi untuk
menunjukkan paparan apabila sensor dikesan.

- Pintu hadapan juga mempunyai sensor pengesan cap jari yang digunakan untuk
mengecam jari pemilik.

- Bahagian belakang mempunyai port sumber kuasa yang berfungsi untuk membekal
arus bekalan dalam litar.

- Bahagian dalam mempunyai electric solenoid lock yang berfungsi mengerakkan


solenoid menggunakan electromagnetic.
6.3 Spesifikasi reka bentuk

Ukuran Dimensi reka bentuk

Lebar pandangan hadapan =23 cm

Lebar bahagian sisi= 15

Ketinggian= 25 cm

Saiz lubang untuk sensor cap jari = 2 cm segi empat tepat

Saiz Paparan LCD = 7cm bahagian atas dan bawah, manakala 3 cm bahagian tepi

7. Lakaran rekabentuk pilihan

7.1 Lukisan isometri/ lukisan Oblik/ Lukisan perspektif


7.2 Lukisan ortografik

7.3 Lukisan Gambaran Akhir


8. KEISTEMEWAAN(ciri-ciri unik ), kebaikan projek dan potensi komersial projek

Ciri- Ciri Unik


- Mempunyai fungsi pengesan cap jari yang dapat mengecam jari pemilik dengan
tepat dan pantas
- Mempunyai paparan skrin yang menunjukkan status keadaan pada kabinet
- Mempunyai Penggera keselamatan yang dipasang supaya dapat memberi
peringatan pada pemilik apabila ada pencerobohan
- Dilengkapi dengan plat besi yang menutup bahagian pintu dan luaran rekabentuk
supaya tahan impak tekanan.

Kebaikan projek
- Dapat menyimpan kunci dalam cabinet dengan lebih selamat.
- Dapat mengelakkan pencerobohan pada bilik atau sesuatu benda yang
menggunakan kunci yang dapat menyebabkan kerugian pada pemilik.
- Akses untuk mendapatkan kunci lebih selamat dan lebih pantas dengan sistem
pengecaman jari.
- Tidak mengelirukan pemilik apabila menyimpan kunci dalam cabinet dengan label.

Potensi Komersial projek

Projek ini dapat dikomersial kan di pasaran dengan pelanggan sasaran yang
sesuai, pelanggan sasaran yang sesuai untuk dikomersialkan adalah semua orang yang
mempunyai banyak kunci dan memerlukan cabinet kunci lebih yang efisien dalam
melindungi harta yang berharga di rumah. Ia juga dapat dikomersialkan kepada orang yang
ingin menggunakan teknologi pengecaman cap jari pada cabinet kunci kerana teknologi
keselamatan tersebut lebih mudah dan selamat.

9. Standard Operating procedure


Setiap mesin dan perlatan elektrik atau elektronik yang dikeluarkan pasti akan
disediakan sekali dengan SOP untuk memudahkan pengguna serta menjadi panduan
pengguna dalam menggunakan suatu alatan itu dengan betul. Antara isi kandungan SOP
adalah seperti langkah kerja yang mesti dilaksanakan iaitu sebelum, semasa dan selepas
penggunaan.

4.3.1 SOP PROJEK


(PROSEDUR PENGGUNAAN KUNCI KABINET DENGAN AKSES CAP JARI DAN ALARM)
SEBELUM OPERASI
I. Pasangkan pada soket untuk punca bekalan kuasa pada papan Arduino yang
menyambung pada solenoid door lock
II. Tunggu sebentar sehingga lampu projek telah menyala
III. Hidupkan projek dan tunggu sistem bersedia.

SEMASA OPERASI
I. Aktifkan sensor cap jari dan kunci solenoid dengan menekan butang on/off
pada bahagian belakan projek
II. Setelah hidup, untuk menyimpan pengesanan cap jari dalam sensor,
sambungkan papan Arduino ke komputer dan guna perisian Arduino untuk menyimpan data
cap jari.
III. Jika jari dicam pada sensor salah dalam 10 kali, penggera akan berbunyi
selama 50 saat dan penggera tersebut berhenti selama automatik
IV. Untuk mematikan semula penggera, cap jari pemilik yang betul mesti dicam
pada sensor.
V. Penggera akan kembali senyap.
VI. Sekiranya tiada sumber elektrik pada bekalan kuasa dan pintu cabinet tidak
dapat dibuka, butang kecemasan yang tersembunyi di bawah projek disediakan dan butang
tersebut hanya digunakan untuk kecemasan sahaja.

SELEPAS
I. Jika tidak mahu digunakan, matikan suis pada soket bekalan kuasa.
II. Kemudian, Ikatkan kabel bekalan kuasa tersebut dengan rapi.

10.Kesimpulan dan cadangan penambahbaikan


Kesimpulan

Malaysia bersama dengan beberapa negara yang lain mempunyai masalah


yang kritikal dalam meningkatkan pengetahun mengenai teknologi ini. Antara salah satu
puncanya adalah kurangnya bijak pandai dalam bidang pengaturcaraan khususnya. Dalam
kepentingan tersebut, pihak kerajaan khususnya hendaklah menggalakkan setiap institusi
pendidikan di peringkat sekolah rendah atau menengah menganjurkan program seperti
program inovasi produk atau pengaturcaraan bagi mengembangkan lagi minda mereka.

Oleh yang demikian, kami telah mencipta projek ini yang umumnya adalah
untuk digunakan sebagai sistem keselamatan premis atau rumah. Kendalian projek ini yang
tidak terlalu susah dan senang untuk difahami menjadikan projek ciptaan kami ini menjadi
pilihan utama pembeli di pasaran. Di projek kami ini juga, kami letakkan pengaturcaraan
untuk memudahkan pengguna menggunakan projek ini tanpa perlu banyak mengendalikan
secara manual.

Mafhumnya, tidak menghairankan jika negara-negara maju lebih


menitkberatkan tentang pembelajaran pengaturcaraan kerana dengan ilmu pengaturcaraan
yang ada, kita boleh membina apa sahaja tanpa tertakluk kepada apa – apa peraturan
ataupun halangan.

Cadangan Penambahbaikan

I. Membolehkan lebih dari seorang pengguna menggunakan pengesan cap jari


dengan Arduino ini.

II. Menambah Kamera di bahagian projek untuk merekod siapa yang mengakses
cabinet kunci tersebut.

III. Menambah sensor lampu dan memasang pada atas dalam cabinet supaya dapat
mengambil kunci dalam gelap.

IV. Menambahkan ruang tersembunyi dalam cabinet untuk menyimpan kunci yang
amat penting.

11. Rujukan
Buku:

Buku panduan PTA (2015 september), bahagian pendidikan teknik dan vokasional.

Moore, W.K. (2004). PTA 2015. Kolej Vokasional Beaufort: Teknologi Elektronik.

Low Kin Huat (2006), InTech. Industrial Robotics: Programming, Simulation and
Applications.

Thesis:

Thesis SKM Tahap 4 & 5, Encik Chai Jung Hui, 2008

Thesis Pembangunan Perisian Antara Muka Grafik C++, Encik Tan Boon Leong, 2008

Thesis Diploma Kemahiran Malaysia, Farah Nur Amira Binti Sehran, 2015

Internet:

www.ukm.my/obejkes/Senarai%20Tesis/SENARAI%20TESIS%20jkees%20TAHUN
%202008.pdf

https.//nurizlansubri.blogspot.my/2009/11/sistem-kawalan-keselamatan-rumah.html?m=1

www.contoh-tesis-projek.com

www.pengenalan-mengenai-gsm.com

proeleksms.blogspot.my

sukanic-teknik.blogspot

Anda mungkin juga menyukai