Anda di halaman 1dari 5

Gempa bumi Haiti 2010

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_
Haiti_2010
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gempa bumi Haiti 2010

16:53:10, 12
Januari 2010
(−05:00)
Tarikh
21:53:10, 12
Januari 2010
(UTC)
Magnitud 7.0 Mw
13 kilometer
Kedalaman
(8.1 bt)
Negara
Haiti
terlibat
230,000 disahkan
Kesan
maut[1]

Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari
pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara
Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari
2010,[2][3] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya
sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9.[4] Persatuan
Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa
bumi ini;[5] Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari
menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[6]
Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah
disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera.[1] Mereka juga menganggarkan 250,000
rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.[7]

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya.
Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan,
termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan
Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[8] Ibu pejabat Misi
Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu
negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan
pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[9][10]

Isi kandungan
[sorok]

 1 Titik gempa

 2 Gegar penghujung

 3 Akibat

 4 Tindak balas

 5 Lihat juga

 6 Rujukan

[sunting] Titik gempa


Peta keamatan USGS

Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat-barat
daya dari Port-au-Princedengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5.[2],
terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo, pulau
Cuba, di Kingston, Jamaica, di Caracas, Venezuela dan di Santo Domingo, Republik Dominican.

Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah menghentam Haiti pada
tahun 1751. MSNBC.com dan NBC News melaporkan Marano Kristin, ahli geofizik USGS
menyebutnya sebagai gempa terkuat sejak 1770 di Haiti. Pada 1946, gempa berkekuatan 8.1
menghentam Republik Dominican dan Haiti yang menyebabkan tsunami dan menyebabkan
1,790 orang terbunuh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik meramalkan tsunami akan terjadi[11] tetapi kemudian
membatalkannya.[12]

[sunting] Gegar penghujung


Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan enam gegar penghujung dalam
tempoh dua jam selepas gempa bumi utama. Gempa susulan ini bermagnitud lebih kurang 5.9,[13]
5.5,[14] 5.1,[13] dan 4.5.[13] Dalam sembilan jam pertama 26 gegar penghujung dengan magnitud 4.2
atau lebih direkodkan, 12 daripadanya bermagnitud 5.0 atau lebih.[15] Menurut anggaran USGS,
kira-kira 3.5 juta orang tinggal di kawasan yang mengalami gegaran MMI VII hingga X, julat
yang boleh menyebabkan kerosakan sederhana ke teruk terhadap binaan yang tahan gempa.[16]

Pada 20 Januari jam 11:03 UTC gegar penghujung terkuat sejak gempa bumi,[17] berukuran magnitud
[18]
5.9 Mw, melanda Haiti. USGS melaporkan pusat gempanya kira-kira 56 kilometer (35 batu) BBD
[19]
Port-au-Prince, yang meletakkan hampir betul-betul di bawah bandar Petit-Goâve. Seorang
wakil PBB melaporkan yang gegar tersebut meruntuhkan tujuk bangunan di Petit-Goâve.[20]
Pekerja daripada pertubuhan amal Save the Children melaporkan terdengar "struktur yang
memang telah lemah runtuh" [17] namun kebanyakan sumber menyatakan tiada kerosakan besar
lanjut terhadap infrastruktur di Port-au-Prince. Korban lanjut difikirkan minimum kerana
penduduk tidur di kawasan lapang.[20]

[sunting] Akibat
Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian
Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan,
Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah
runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince
musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Gempa bumi melanda kawasan yang teramai penduduknya di Haiti; bilangan mangsa terkorban
dianggarkan meningkat dari 45,000 sebaik sahaja berlakunya gempa hingga 200,000 orang enam
hari kemudian.[21][22][6] Sehari selepas gempa, Palang Merah Antarabangsa menganggarkan
seramai 3 juta roang terjejas oleh gempa bumi.[5] Rayuan untuk bantuan antarabangsa
dikeluarkan oleh para pegawai kerajaan Haiti, termasuk Raymond Joseph, duta Haiti ke Amerika
Syarikat.[23]

[sunting] Tindak balas

Heavy-lift helicopters ferry water from the offshore flotilla, 15 Januari.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Salvation Army,[24] PBB[25] and president René Préval[26]
mula merayu bantuan kemanusiaan. Duta Joseph dan anak saudaranya, Wyclef Jean,[27] yang
dilantik oleh Préval sebagai "duta merantau" Haiti,[28] turut sama merayu bantuan.

Banyak negara telah membalas rayuan dengan melancarkan usaha pengumpulan dana, serta
menghantar pasukan penyelamat. Negara jiran Republik Dominica ialah negara pertama yang
menghulurkan bantuan kepada Haiti, sekaligus mengetepikan perbalahan antara kedua-dua
negara sejak abad ke-19.[23] Pasukan Dominica menghantar makanan, air botol dan jentera berat
untuk membersihkan runtuhan.[29] Hospital-hospital dan lapangan terbang di Haiti dibuka untuk
menerima bantuan untuk diedarkan ke seluruh Haiti.[29] Negara-negara lain dari jauh turut
menghantar kakitangan, ubat-ubatan, bahan-bahan dan bermacam-macam bentuk bantuan ke
Haiti. Palang Merah Antarabangsa mengesahkan pihaknya sudah kekeringan bekalan di Haiti
lalu merayu agar orang awam menghulurkan derma.[30]

Anda mungkin juga menyukai