Anda di halaman 1dari 8

ASSALAMUALAIKUM

W.W.W…
AKU MENJADI LEBIH BERANI
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku


aku menjadi lebih berani.
MAKSUD
RANGKAP 1
Penyajak membezakan dirinya dan kawannya melalui warna baju.
Kawannya berbaju biru dianggap lebih baik daripada dirinya yang
berbaju ungu. Namun begitu, dia sedar bahawa hati kawannya tidak
ikhlas jika dibandingkan dengan dirinya.

RANGKAP 2
Apabila berlaku keadaan seperti (hati yang tidak ikhlas), penyajak
tidak takut ancaman (pisau) kerana bahasa atau kata-kata dianggap
lebih berkesan daripada senjata tajam.

RANGKAP 3
Melalui gerak hati dan perasaan, penyajak dapat belajar supaya
menjadi lebih berani untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam
hidup.
?.. PERSOALAN ???..

? Kata-kata lebih tajam dari senjata.


? Gerak hati dapat membentuk keberanian.
? Keadaan fizikal seseorang tidak
menggambarkan keikhlasan hatinya.
BENTUK
Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama
iaitu, rangkap pertama (tujuh baris), rangkap kedua
(lima baris), dan rangkap ketiga (dua baris).
Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu baris yang
terpanjang (dua belas baris) dan yang terpendek (dua
suku kata).
Rima akhirnya tidak sama (bebas), iaitu abbbbbb,
abbc, dan ab.
Sajak ini berbentuk bebas.
GAYA BAHASA
Pemilihan katanya indah. Contohnya,
setulus hatiku
Simile. Contohnya, tidak setulus hatiku
Personafikasi. Contohnya, kau, ku, mu
Asonansi. Contohnya, dan bajuku ungu
Alitersi. Contohnya, tidak setulus hatiku
NILAI
Berani. Contohnya, penyajak tidak takut akan
senjata.
Ikhlas. Contohnya, penyajak mementingkan
kejujuran dalam persahabatan.

By,
N’dos @ Q’3nas
TERIMA KASIH
ATAS TUMPUAN
&
KERJASAMA ANDA….
SEKIAN…

Anda mungkin juga menyukai