Anda di halaman 1dari 4

Kata Sendi Nama

- Kata sendi nama ialah perkataan yang hadir dihadapan kata nama atau frasa nama.

- Setiap kata sendi nama mempunyai fungsi yang tersendiri.

Kata sendi nama Fungsi Contoh ayat

di Merujuk tempat Ayah bekerja di sekolah itu.

ke 1. merujuk 1. Kami akan ke Kuantan


tempat atau esok.
arah dituju

2. merujuk masa 2. Majlis itu berlangsung


atau waktu dari pukul 10.00 pagi
ke pukul 12.00 tengah
hari.

dari 1. merujuk arah 1. Angin kencang bertiup


dan tempat dari arah utara.

2. masa dan 2. Hal itu telah


waktu diketahuinya dari pagi
lagi.

daripada 1. menyatakan 1. Pelajar perlu


punca menjauhkan diri
daripada dadah.

2. menyatakan 2. Ukiran itu diperbuat


sumber atau daripada kayu jati.
asal kejadian

3. menunjukkan 3. Daripada Zakuan lebih


perbezaan atau baik lqbal.
perbandingan

kepada 1. menunjukkan 1. Sila pulangkan busur


sasaran sesuatu itu kepada Cikgu
Hassan.

2. menyatakan 2. Pelatih memanah


pecahan dipecahkan kepada dua
kumpulan.

3. menyatakan 3. Suhu badan Lela


perubahan meningkat kepada 39
darjah Celsius.

pada 1. menunjukkan 1. Kami bertolak ke


keterangan tempat kejohanan pada
waktu pukul 8.00 pagi.

2. selepas kata 2. Wang itu ada pada


ada Wong.

3. di hadapan 3. Tulis nama kamu pada


kata nama kertas itu.
yang
menunjukkan
tempat bagi
sesuatu
perbuatan

Untuk/bagi 1. menunjukkan 1. Derma (bagi/untuk)


kegunaan bagi anak yatim di kampung
sesuatu ini sedang dipungut.

2. menunjukkan 2. Hadiah ini untuk


bahagian yang saudara.
telah
ditetapkan.
(Dalam ayat
ini, kata untuk
tidak boleh
ditukar dengan
kata bagi.)

tentang Unsur yang membawa Mereka berbincang tentang


maksud rujukan cara membaiki kemahiran
sesuatu yang tidak memanah.
tentu

Seperti,bagai,umpama/laksana Membawa maksud Hatinya keras


perbandingan (seperti/bagai/umpama/laksan
a) batu.

dengan 1. bermaksud 1. Ravi pergi ke sekolah


bersama-sama dengan Khairi.
2. bermaksud 2. Berita kemenangannya
cara dalam pertandingan
melakukan memanah itu
sesuatu diterimanya dengan
perasaan amat gembira.

3. bermaksud 3. Mei Ling melukis


memakai atau potret itu dengan
menggunakan krayon.

4. bermaksud 4. Warna kain tudungnya


perbandingan sama dengan warna
yang serupa kain tudung Siti.

Sejak/semenjak Penanda waktu Kami berlatih (sejak/semenjak)


dua jam yang lalu.

akan Di hadapan kata nama Wanita separuh umur itu rindu


atau frasa nama yang akan anaknya.
merujuk manusia dan
didahului kata adjektif

oleh 1. menunjukkan 1. Buku itu dibeli olehnya.


hubungan
pembuat dalam
ayat pasif

2. membawa 2. Pemanah itu kalah oleh


maksud sebab kekurangan latihan.

Hingga/sampai Bermaksud perihal Mereka berlatih memanah


peringkat dan had (hingga/sampai) petang.
masa

Dalam, antara Linkungan yang tidak 1. Kita harus fasih


mempunyai ruang atau bertutur dalam bahasa
jarak kebangsaan.

2. Perbincangan antara
mereka berlarutan
sehingga petang.
sebagai Digunakan untuk 1. Beliau dilantik sebagai
menyatakan makna pengerusi Persatuan
menjadi atau selaku, Belia Tunas Harapan.
berlaku atau
seumpama 2. Sebagai pelajar, anda
mestilah berdisiplin.

3. Hidupnya kini sebagai


anak ayam kehilangan
ibu.

Anda mungkin juga menyukai