Anda di halaman 1dari 5

Panduan dan Peraturan Makmal

Konsep makmal

Makmal dan bengkel adalah merupakan medium selain dari bilik kuliah untuk
menambah pengetahuan dan melatih pelajar dalam kemahiran:
Menggunakan peralatan seperti meter, penjana isyarat, osiloskop dan
lain-lainnya.
Membina dan memasang litar elektrik dan elektronik.
Pengukuhan kepada pemahaman teori yang dipelajari di bilik kuliah.
Menganalisa segala fenomena dari hasil ujikaji yang dilakukan.
Asas untuk membuat sesuatu penyelidikan akademik.

Untuk mencapai matlamat yang disasarkan ini, makmal di FKE telah dirancang
supaya bentuk atau format ujikaji untuk makmal di tahun awal pengajian
ditumpukan kepada kemahiran menggunakan peralatan dan pemasangan litar,
kemudian diikuti oleh ujikaji yang menumpukan kemahiran berserta analisa di
bahagian pertengahan pengajian manakala ujikaji di tahun akhir makmal
tumpuan lebih kepada bentuk analisa.

Pakaian semasa berada dalam makmal

1. Pakaian pelajar adalah tertakluk kepada tatacara pakaian yang telah


ditetapkan oleh UTM.
2. Sentiasa memakai kad metrik.
3. Pakai kasut yang sesuai, tidak dibenarkan memakai selipar atau yang
serupa dengannya.

1
4. Dilarang memakai topi atau kap.
5. Dilarang memakai baju-T yang tidak berkolar.

Peraturan semasa berada dalam makmal

1. Pelajar digalakkan mengambil kertas ujikaji seminggu lebih awal.


2. Isikan borang kehadiran makmal.
3. Beg hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
4. Ujikaji hendaklah disiapkan dalam tempoh waktu makmal iaitu selama
3 jam.
5. Dilarang membuat bising atau mengganggu pelajar lain.
6. Dilarang makan atau minum di dalam makmal.
7. Minta Penyelia Makmal atau juruteknik memeriksa litar yang
disambung sebelum menghidupkan suis bekalan ujikaji. Salah
penyambungan boleh merosakkan alat.
8. Buku laporan makmal hendaklah dihantar tepat pada masa yang
dikehendaki.
9. Meniru dan palagiat adalah satu kesalahan yang berat.
10. Tidak dibenarkan membawa data ujikaji yang telah dibuat oleh pelajar
lain masuk ke makmal.
11. Data yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh penyelia makmal
(dicop dan ditandatangan) sebelum anda keluar dari makmal.
12. Pelajar tidak boleh mengubah peralatan makmal seperti komputer,
persisian (peripheral) komputer, alat radas, kabel, penyambungan dan
peralatan lain tanpa mendapat kebenaran kakitangan makmal.
13. Pelajar tidak dibenarkan berjalan ke stesyen ujikaji pelajar lain, jika
ada masalah atau tidak faham sila berhubung dengan penyelia
makmal atau juruteknik.
14. Pelajar yang perlu keluar dari makmal hendaklah mendapat
kebenaran dari Penyelia Makmal atau juruteknik yang bertugas.
15. Telefon bimbit hendaklah dimatikan sepanjang berada dalam makmal.

2
16. Untuk makmal arus dan voltan tinggi, pelajar hendaklah memakai
kasut getah dan dilarang memakai barang kemas atau berlogam bagi
mengelakkan terkena litar pintas.
17. Bagi makmal yang menyediakan kemudahan internet, pelajar dilarang
melayari laman web yang dilarang.
18. Membawa keluar atau mengambil alat makmal tanpa kebenaran
adalah dilarang.
19. Hanya pelajar yang berkenaan sahaja yang dibenarkan berada di
makmal.
20. Pelajar yang tidak dapat hadir makmal atas sebab tertentu mestilah
mengemukakan surat cuti sakit pada hari berikutnya atau
mengemukakan surat penglibatan dengan aktiviti universiti atau
seumpamanya kepada Penyelaras Makmal.
21. Makmal gantian hanya boleh dibuat dengan kebenaran Penyelaras
Makmal.
22. Setiap kali selesai ujikaji yang dijalankan, pelajar hendaklah
mengemas semula meja, kerusi dan peralatan sebelum meninggalkan
makmal.
23. Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi semua arahan yang
diberikan oleh Penyelia Makmal dan jurutektik yang bertugas semasa
berada di dalam makmal.

Langkah Keselamatan

Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak
nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota,
menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.
Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi.
Peraturan keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-

3
alat dan bangunan dari bahaya yang disebabkan oleh elektrik. Peraturan ini
diambil berdasarkan peraturan IEE (Institution of Electrical Engineers) dan
Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini dari masa ke semasa.

Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu dipatuhi:

1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris.
Semua bahan ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka
bekerja di tempat tersebut.
2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan
sempurna. Jika tidak sila beritahu pegawai yang bertugas. Peralatan
harus disimpan di tempat yang betul dan selamat supaya mudah dicari
bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu kecemasan. Pastikan semua
peralatan diletakkan di tempatnya yang asal selepas digunakan.
3. Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit atau terlalu longgar.
Kasut bertapak tebal dan berjahit disekelilingnya lebih digalakkan semasa
membuat kerja-kerja pendawaian.
4. Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain peralatan yang tajam
atau panas dengan kawan semasa melakukan kerja di bengkel.
5. Pastikan pembumian di setiap pemasangan berkesan. Elakkan dari
berkarat.
6. Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan
yang sesuai.
7. Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat kebenaran dari
pegawai.
8. Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam ujikaji
tanpa pengetahuan pegawai bertugas.
9. Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik, dapatkan bantuan
dari pegawai yang bertugas untuk memeriksa litar dan
penyambungannya.

4
10. Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin elektrik, pastikan
suisnya dimatikan.
11. Sekirannya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang bertugas harus
diberitahu dengan serta merta.
12. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa
hendak meninggalkan makmal.
13. Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket
dimatikan terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai