Anda di halaman 1dari 11

Toksemia dan Eklampsia

Pengenalan

Juga dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi akibat Kehamilan atau Hipertensi
Cetusan Kehamilan.

Praeklampsia merupakan satu keadaan yang berlaku ketika hamil yang dicirikan
oleh sindrom tekanan darah tinggi akibat atau dicetuskan oleh kehamilan Ia
lazimnya disertai dengan pengeluaran sejumlah besar protein dalam air kencing
(proteinuria) dan/atau wujudnya sembab semasa hamil. Keadaan ini sering kali
berlaku selepas 20 minggu kehamilan. Praeklampsia boleh melarat kepada
keadaan lebih serius yang dipanggil eklampsia. Eklampsia sebenarnya ialah
praeklampsia yang dirumitkan oleh kejadian sawan. Istilah lain bagi
praeklampsia ialah toksemia cetusan kehamilan.

American College of Obstetricians & Gynecologists (ACOG 1996) telah


mengiktiraf Hipertensi Cetusan-Kehamilan ini sebagai suatu istilah umum yang
meliputi kedua-dua praeklampsia dan eklampsia.

Apakah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa hamil?

Tekanan darah tinggi ketika hamil ditakrifkan sebagai:

Tekanan darah sistolik yang melebihi atau sama dengan 140 mmHg atau
peningkatan tekanan darah sebanyak 30 mmHg dari garis dasar dalam separuh
masa pertama kehamilan, atau Tekanan darah diastolik melebihi atau sama
dengan 90 mmHg atau peningkatan tekanan darah melebihi 15 mmHg dari garis
dasar dalam separuh masa pertama kehamilan.

Apakah itu kehamilan dengan komplikasi akibat tekanan darah tinggi yang
kronik?

Kehamilan dari komplikasi tekanan darah tinggi yang kronik berbeza dari
praeklampsia. Ia berlaku apabila ibu-ibu menghidap tekanan darah tinggi
sebelum hamil atau ia wujud sebelum usia kandungan mencapai 20 minggu atau
tekanan darah itu wujud berterusan selepas kelahiran. Pada masa yang sama,
ibu-ibu ini mungkin mengalami masalah praeklampsia, tetapi kerap kali ianya
adalah sederhana sahaja dan mereka melalui tempoh kehamilan dengan baik
tanpa komplikasi.

Tekanan darah tinggi yang kronik dianggap serius jika tekanan darah sistolik
melebihi 160 mmHg atau tekanan diastolik melebihi 110 mmHg.

1
Praeklampsia bertindih ditakrifkan sebagai kewujudan tekanan darah tinggi yang
diburukkan lagi dengan kehadiran Proteinuria dan/atau sembab (pembengkakan
tisu) yang tidak timbul sebelum ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan proteinuria?

Proteinuria bermaksud kehadiran protein dalam air kencing. Dalam keadaan


normal, protein selalunya tidak dikesan dalam air kencing. Lazimnya, proteinuria
ditakrifkan sebagai kehadiran protein melebihi 300 mg dalam spesimen air
kencing yang diambil dalam masa 24 jam atau lebih dari 1+ protein pada
kepingan ujian sampel rawak air kencing.

Apakah yang dimaksudkan

Sembab ditakrifkan sebagai pengumpulan cecair yang berlebihan dalam tisu


tubuh. Ia dianggap patologik hanya jika ia berlaku di merata tempat melibatkan
tangan, muka dan kaki.

NOTA:

Jika anda menghidapi tekanan darah tinggi, ia tidak bermakna anda juga
mengalami praeklampsia. Doktor anda akan memeriksa tanda-tanda dan gejala
lain yang berkaitan, seperti kehadiran protein dalam air kencing dan sembab.
Bengkak di pergelangan tangan dan jari adalah perkara biasa semasa hamil dan
boleh berlaku tanpa tekanan darah tinggi.

Praeklampsia selalunya terjadi di pertengahan kedua kehamilan (selepas 20


minggu). Kadangkala ianya terjadi sebaik sahaja bersalin atau sebelum 20
minggu kehamilan (jarang berlaku). Terdapat dua bentuk praeklampsia iaitu
ringan dan teruk (bergantung pada tahap proteinuria atau tekanan darah tinggi
dan juga sama ada ia melibatkan sistem organ yang lain).

Eklampsia dan praeklampsia berkait di antara satu sama lain. Eklampsia


sebenarnya ialah komplikasi terakhir praeklampsia yang kemudiannya diikuti
dengan sawan atau koma .

Ciri-ciri bagi praeklampsia yang kurang serius (apabila dibandingkan dengan


nilai-nilai yang tersebut di atas) ialah:

• Tekanan darah sistolik meningkat sebanyak 30 mmHg (dari garis dasar


dalam separuh masa pertama kehamilan)

• Tekanan darah diastolik meningkat sebanyak 15 mmHg (dari garis dasar


dalam separuh masa pertama kehamilan)

• Proteinuria yang minimum iaitu melebihi 300 mg/hari dalam spesimen air
kencing 24 jam atau melebihi 1+ dalam spesimen air kencing rawak

2
• Sembab yang ringan (pembengkakan)

Ciri-ciri bagi praeklampsia yang teruk ialah :

• Tekanan darah sistolik melebihi 160 mmHg

• Tekanan darah diastolik melebihi 110 mmHg

• Proteinuria melebihi 2 gm/hari dalam spesimen air kencing 24 jam atau


melebihi 3+ dalam spesimen air kencing rawak

• Sembab yang teruk

• Wujudnya bukti-bukti yang menunjukkan kerosakan organ (iaitu


komplikasi praeklampsia telah melarat ke pelbagai organ) seperti sembab
paru-paru (pulmonary oedema), sakit kepala (organ otak), perubahan
pada penglihatan (organ mata) dan peningkatan enzim hati.

Asas Saintifik

Pada asasnya, praeklampsia akan menyebabkan lapisan endotelium menjadi


rosak (lapisan yang melapiki saluran darah) dan saluran darah baru yang
abnormal terbentuk dalam uri.

Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada kemunculan (patogenesis)


penyakit ini.

Ia termasuklah:

• Faktor-faktor imunogenetik Kekerapan berlakunya praeklampsia


meningkat pada ibu, anak perempuan dan cucu perempuan wanita yang
mempunyai sejarah eklampsia.

• Kecederaan lapisan endotelium dan kereaktifan vaskular (berkait dengan


salur darah) meningkat. Salur darah menjadi semakin sensitif terhadap
hormon tertentu dan arteriol secara umumnya mengecut (salur darah
arteriol ialah cabangan kecil salur darah arteri yang menyalurkan darah ke
organ tubuh)

• Keabnormalan pembekuan darah. Koagulapati (darah tidak dapat


ditukarkan dari bentuk cecair ke pepejal) mungkin merupakan salah satu
ciri utama praeklampsia.

• Peroksida lipid dan radikal bebas oksigen. Penghasilan radikal bebas


oksigen yang menyebabkan berlakunya peroksida lipid (lemak) dalam
plasma mungkin membawa kepada kerosakan lapisan endotelium.

3
• Tindak balas imunologi terhadap uri Berkurangnya pengaliran darah dari
ibu ke uri menyebabkan penyebaran faktor-faktor tertentu ke dalam
peredaran darah ibu. Ini menyebabkan berlakunya praeklampsia.

Penyebab

Walaupun minat dan penyelidikan yang dijalankan dalam bidang ini meluas dan
mendalam, punca-punca berlakunya praeklampsia masih belum dikenal pasti.

Faktor - faktor risiko

Senarai yang berikut ialah faktor-faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada
pembentukan praeklampsia:

• Kehamilan pertama (primigravida). Praeklampsia lazimnya terjadi ketika


kehamilan pertama

• Sejarah keluarga yang menghidap praeklampsia atau eklampsia


Jika ibu atau kakak anda pernah menghidap praeklampsia atau eklampsia
semasa hamil, anda juga berisiko tinggi mengalami praeklampsia apabila
hamil.

• Pernah mengalami praeklampsia atau eklampsia pada kehamilan


terdahulu

• Pasangan (kebapaan) yang baru. Kadar praeklampsia meningkat bagi


kehamilan hasil dari hubungan dengan pasangan yang baru atau melalui
permanian beradas.

• Ibu yang terlalu muda atau telah berumur (< 20 atau > 35 tahun)
Di Malaysia, sebanyak 52.2% daripada ibu-ibu yang mengalami
praeklampsia adalah mereka yang berumur 35-44 tahun (data tahun
1977).

• Anda telah menghidap tekanan darah tinggi, penyakit ginjal atau autoimun.

• Diabetes melitus
Saluran darah yang luar biasa pada ibu-ibu hamil yang menghidap
diabetes boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi di akhir
kehamilan. Semakin lama anda menghidap diabetes, semakin tinggi risiko
untuk mendapat tekanan darah tinggi.

• Kehamilan kembar. Kekerapan mendapat tekanan darah tinggi meningkat


sebanyak 2 hingga 5 kali ganda pada ibu-ibu yang hamil kembar dua. Ini
akan merumitkan kehamilan mereka.

4
Penyaringan

Cara yang terbaik untuk mengesan praeklampsia ialah melalui pemeriksaan


yang berkala semasa mengandung.

Tekanan darah anda akan diperiksa pada setiap kali anda membuat lawatan
bagi memastikan tidak ada apa-apa keabnormalan yang wujud. Ujian air kencing
akan dibuat untuk memeriksa kandungan protein di dalamnya. Ujian darah juga
dilakukan bagi mengesan sebarang kerosakan pada organ. Jika terdapatnya
bukti wujudnya praeklampsia, tekanan darah, protein dalam air kencing dan
sembab akan diperiksa seminggu sekali atau mungkin lebih kerap. Ini adalah
perlu untuk memastikan keadaan praeklampsia itu dipantau dengan rapi dan
sebarang komplikasi yang berlaku akan dapat dirawat lebih awal.

Insidens

Praeklampsia berlaku di kalangan lebih kurang 5 - 10% daripada keseluruhan ibu


hamil. Di kebanyakan tempat serata dunia, penyakit tekanan darah tinggi ketika
hamil menjadi punca biasa kematian ibu. Di Malaysia, ia merupakan punca
kedua kematian ibu-ibu selepas pendarahan postpartum. Pendarahan
postpartum ialah pendarahan dari saluran pembiakan yang berlaku selepas
kelahiran. Ia boleh menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) atau renjatan.

Di Malaysia, kejadian tekanan darah tinggi ketika hamil telah meningkat dari 48.7
bagi setiap 10,000 lahir hidup dalam tahun 1985 kepada 232.8 setiap 10,000
lahir hidup dalam tahun 1997. Kebanyakan kes melibatkan orang Melayu,
merangkumi lebih kurang 69.6% daripada keseluruhan kes tekanan darah tinggi
ketika mengandung. Walau bagaimanapun, kejadian eklampsia adalah lebih
tinggi dalam kumpulan umur lebih muda dan kecenderungan untuk berlakunya
eklampsia adalah paling tinggi bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil.

Eklampsia sering kali terjadi pada kadar 1 setiap 200 wanita yang mengalami
praeklampsia dan ia adalah suatu keadaan yang sangat serius dan boleh
membawa maut.

Tanda - tanda dan gejala

Sindrom praeklampsia dicirikan oleh gejala tiga serangkai iaitu tekanan darah
tinggi, proteinuria dan/atau sembab:

• Tekanan darah tinggi. Jika tekanan darah anda meningkat 140/90 mmHg
dari minggu ke 20 kehamilan ke atas, berjumpalah doktor dengan segera.

5
Jangan biarkan ia tanpa rawatan kerana ini boleh membawa kepada
eklampsia yang mengancam nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

• Sembab
Selalunya bengkak tersebut berlaku serentak dengan peningkatan berat
badan. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak semestinya merupakan
tanda praeklampsia kerana sesetengah wanita hamil memang mengalami
pembengkakan terutamanya di sekitar pergelangan tangan dan buku lali.

• Proteinuria
Protein dikesan dalam air kencing. Biasanya, ia merupakan tanda utama
kewujudan praeklampsia semasa hamil. Keadaan ini biasanya hilang
selepas bersalin.

Beberapa tanda dan gejala praeklampsia lain ialah seperti berikut:

• Sakit kepala yang amat sangat.

• Terasa tidak sihat, pening dan/atau muntah

• Kekeliruan

• Penglihatan terganggu seperti kabur atau ternampak tompokan cahaya

• Demam

• Sakit di bahagian abdomen (epigastrik atau bahagian atas sebelah kanan


abdomen)

• Penghasilan air kencing yang berkurangan

• Terdapat darah dalam muntah atau air kencing

• Peningkatan gerak balas terhadap rangsangan (hiperrefleksia)

Komplikasi

kepada keadaan yang lebih serius yang dikenali sebagai eklampsia. Ia boleh
mengancam nyawa kedua-dua ibu dan bayi yang dikandung.

Komplikasi yang dialami ibu ialah:

• Eklampsia
Ia merupakan bentuk praeklampsia yang lebih serius diikuti dengan
sawan atau koma. Sawan sering kali didahului dengan rasa sakit kepala,
sakit epigastrik (ulu hati) dan refleks yang meningkat. Ia mungkin terjadi
dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

6
• Masalah Ginjal / buah pinggang. Jika tekanan darah tinggi tidak dapat
dikawal, buah pinggang mungkin akan rosak. Kerosakan ini akan
mengakibatkan proteinuria dengan pengeluaran protein-protein seperti
albumin, globulin dan transferin dalam air kencing (dalam keadaan biasa
atau normal, protein-protein ini tidak terdapat dalam air kencing)

• Masalah Hati. Kerosakan tisu hati boleh berlaku akibat sindrom nekrosis
HELLP atau mendapan fibrin dalam organ hati. Praeklampsia juga
mungkin berkembang menjadi sindrom HELLP. Sindrom HELLP dikaitkan
dengan hemolisis (kemusnahan sel darah merah), peningkatan enzim hati
(menandakan kerosakan hati) dan bilangan sel platelet yang rendah
(menandakan terjejasnya keupayaan darah untuk membeku). Sindrom ini
lebih mudah terjadi sekiranya rawatan dilengah-lengahkan. Pesakit
biasanya mengalami sakit di bahagian atas abdomen sebelah kanan, loya
dan muntah-muntah.

• Masalah Uri. Risiko berlakunya abrupsi plasenta (uri) meningkat iaitu


plasenta terpisah sebahagian atau sepenuhnya dari dinding rahim.

• Masalah Kardiopulmonari. Sembab pulmonari (pengumpulan cecair dalam


paru-paru) merupakan komplikasi yang jarang berlaku.

• Masalah Hematologi Penurunan bilangan sel platelet dalam darah boleh


menjejaskan keupayaan darah untuk membeku. Komplikasi seterusnya
ialah:

o Peningkatan risiko tumpah darah semasa bersalin

o Kemusnahan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia.

• Masalah Sistem Saraf Pusat. Sebahagian kecil wanita yang mengalami


praeklampsia yang teruk atau eklampsia akan menjadi buta.

Komplikasi yang dialami janin:

• Masalah uri. Pengaliran darah ke uri yang berkurangan menjadi punca


utama morbiditi dan kematian perinatal berkait dengan praeklampsia.
Apabila darah yang mengalir ke uri berkurangan, ia menyebabkan oksigen
yang diterima oleh tisu uri-janin tidak mencukupi. Ini boleh menyebabkan
gangguan tumbesaran janin, janin mengalami hipoksia yang ketara (iaitu
keperluan oksigen janin tidak mencukupi) atau dalam kes-kes yang teruk,
kematian janin berlaku.

7
Pemeriksaan

Jika pesakit telah dimasukkan ke hospital, pemeriksaan berikut adalah


disarankan :

Ibu

• Tekanan darah (diperiksa beberapa kali sehari)

• Pemeriksaan bagi mengesan proteinuria, sembab, berat badan,


hiperrefleksia, sakit kepala, gangguan penglihatan dan sakit epigastrik
(dilakukan setiap hari).

• Kiraan sel platelet dan hematokrit (dilakukan setiap 2 hari sekali)


Anda mungkin mengalami trombositopenia yang menyebabkan sel
platelet (sejenis komponen darah) dalam darah anda berkurangan.
Keadaan ini diakibat oleh sindrom HELLP.

• Pemeriksaan paras asid urik dan kreatinin serum menggunakan spesimen


air kencing 24 jam untuk menilai penyingkiran kreatinin dan protein
menyeluruh (total protein) bagi mengesan kerosakan buah pinggang
(dilakukan dua kali seminggu).

• Ujian fungsi hati bagi mengesan kerosakan hati (dilakukan setiap minggu).

Ujian-ujian tambahan mungkin merangkumi:

• Imbasan CT. Bertujuan untuk mengesan pendarahan intrakranium


(pendarahan dalam otak).

Janin

• Carta pergerakan janin (diperiksa setiap hari)

• Kardiotograf bersiri (CTG) - untuk memantau kadar degupan jantung janin


menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai kardiotograf.

• Imbasan Ultrasound. Menganggarkan umur gestasi janin dan mengesan


sama ada terdapat masalah-masalah tumbesaran dan abrupsi plasenta
yang berkaitan.

Pemantauan

Penjagaan semasa mengandung secara berkala adalah sangat penting untuk


mengesan sama ada anda mendapat praeklampsia ataupun tidak. Dengan
mengetahui faktor-faktor risiko dan tanda-tandanya(3) akan membantu anda
untuk menghadapi sebarang komplikasi.

8
Kebanyakan pesakit yang menghidap praeklampsia hanya menunjukkan gejala-
gejala penyakit yang ringan. Pesakit sebegini tidak akan dipaksa melahirkan
anaknya sekiranya janin masih belum matang atau keadaan pangkal rahim tidak
sesuai untuk mencetuskan kelahiran. Lazimnya, pesakit dapat diuruskan dengan
baik melalui pemerhatian dan rehat yang secukupnya sama ada di rumah atau di
hospital.

Bagi pesakit di rumah

Biasanya pengurusan pesakit di rumah boleh dilakukan asalkan pesakit yang


mengalami praeklampsia ringan tersebut mematuhi segala nasihat dan arahan
yang diberikan. Beliau perlu dinasihatkan untuk mematuhi prosedur pengurusan
yang merangkumi penilaian kesihatan ibu dan janin yang kerap, biasanya 2 kali
seminggu oleh doktor. Doktor akan memeriksa tekanan darah ibu secara berkala
untuk memastikan ia sentiasa berada di dalam julat normal. Ibu mungkin perlu
mengambil ubat, berehat di katil dan menghadkan aktiviti mereka. Sekurang-
kurangnya 2 - 3 jam sehari perlu diperuntukkan bagi pesakit merehatkan diri dari
aktiviti harian. Pemantauan tekanan darah di rumah mungkin berguna untuk
menilai tekanan darah ibu.

Pesakit-pesakit ini perlu dinasihatkan tentang kepentingan untuk melaporkan diri


dengan segera ke hospital sekiranya mereka mengalami gejala-gejala eklampsia
yang teruk. Jika wujudnya tanda-tanda menunjukkan penyakit bertambah teruk,
seseorang pesakit itu perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.

Jika anda mengalami sebarang gejala di bawah, hubungi doktor anda dengan
segera atau pergi ke hospital secepat mungkin:

• Bengkak, terutama di sekitar tangan, muka dan kaki

• Kerap sakit kepala

• Penambahan berat badan secara mendadak

• Sakit di bahagian abdomen

• Penglihatan menjadi kabur

• Terdapat darah dalam muntah atau air kencing

• Sawan

Prognosis

Praeklampsia lazimnya sembuh dengan sendiri selepas sahaja uri dan bayi
dilahirkan. Ibu dan anak biasanya dibenarkan pulang ke rumah selepas

9
beberapa hari kelahiran atau pada waktu yang dibenarkan bagi sesuatu
pembedahan Caeserean. Tekanan darah ibu diawasi setiap minggu bagi
memastikan tekanan darah tinggi tidak berterusan. Ini boleh dilakukan oleh
jururawat yang datang melawat ke rumah atau anda pergi sendiri ke klinik
kesihatan berdekatan. Kadangkala tekanan darah tinggi kekal teruk dan sukar
dikawal selepas kelahiran. Jika perlu, ubat antihipertensi seperti Metildopa akan
digunakan untuk merawat keadaan ini.

Secara amnya, kadar kematian janin agak tinggi di kalangan wanita yang
menghidapi praeklampsia semasa hamil. Walau bagaimanapun, dengan
peningkatan kualiti penjagaan pranatal, penyaringan dan pengurusan
praeklapmsia yang bersesuaian, kadar ini telah jauh berkurangan.

Pencegahan

Penyaringan wanita-wanita yang termasuk dalam golongan berisiko merupakan


satu langkah pencegahan yang penting. Walaupun penjagaan pranatal yang baik
tidak dapat menghalang berlakunya praeklampsia, tetapi ia dapat mengurangkan
kejadian praeklampsia yang teruk dan memperbaiki keadaan perinatal.

Cara yang terbaik untuk mengesan praeklampsia ialah melalui pemeriksaan


yang berkala semasa mengandung.

• Pesakit yang pernah mengalami praeklampsia dan mereka yang


mempunyai sejarah keluarga menghidapi praeklampsia atau eklampsia
adalah lebih cenderung untuk mengalami praeklampsia. Golongan ini
perlu diperiksa dengan lebih teliti semasa kehamilan.

• Wanita yang hamil kali pertama lebih cenderung mendapat praeklampsia.


Seramai 5 - 7% wanita dalam golongan ini akan mengalami praeklampsia
berbanding dengan kurang dari 1% bagi golongan wanita yang tidak
menghidap tekanan darah tinggi dan telah beberapa kali hamil.

• Kadar untuk mengalami praeklampsia bagi wanita yang menghidap


tekanan darah tinggi kronik ialah sebanyak 25% manakala bagi mereka
yang menghidapi tekanan darah tinggi yang teruk, kadar mendapat
praeklampsia ialah 75%.

Tekanan darah anda akan diperiksa untuk mengesan sebarang keabnormalan


pada setiap kali lawatan. Ujian air kencing juga akan dibuat untuk memeriksa
kehadiran protein di dalamnya. Ujian darah pula dilakukan bagi mengesan
sebarang kerosakan pada organ. Jika terdapat bukti wujudnya praeklampsia,
tekanan darah anda, protein dalam air kencing dan sembab akan diperiksa
seminggu sekali atau lebih kerap. Ini perlu untuk memastikan keadaan
praeklampsia itu diawasi dengan rapi dan sebarang komplikasi yang berlaku
dapat dikesan dan dirawat lebih awal.

10
Mujurlah praeklampsia biasanya dikesan di awal kehamilan semasa lawatan
penjagaan pranatal biasa. Dengan itu, masalah lanjutan seperti eklampsia dan
sindrom HELLP dapat dielakkan melalui pengurusan dan pemantauan yang baik.

Amat penting bagi seseorang wanita yang hamil melakukan pemeriksaan


antenatal yang berkala. Ujian air kencing dan tekanan darah akan diperiksa
untuk mengesan praeklampsia dan komplikasi-komplikasi lain yang mungkin
timbul.

Langkah-langkah pencegahan seperti makanan rendah garam, pengawalan


berat badan, penambahan zat pemakanan dan diuretik (ubat yang dapat
menambahkan isipadu air kencing melalui rangsangan terhadap buah pinggang
untuk mengeluarkan garam dan air yang lebih banyak) didapati tidak memberi
manfaat dalam rawatan praeklampsia. Saranan untuk berehat di katil juga tidak
menunjukkan ia dapat mencegah penyakit ini.

Peranan aspirin (dos rendah) dalam mencegah praeklampsia adalah bercanggah


dengan penemuan kajian-kajian terbaik yang pernah dilakukan. Dalam kajian-
kajian ini, tiada sebarang kesan ke atas praeklampsia yang ditemui atau tiada
perubahan pada morbiditi dan mortaliti (kematian) janin dan ibu hasil
penggunaan aspirin dos rendah ini

Percubaan menggunakan kalsium tambahan sebagai satu langkah untuk


mencegah praeklampsia pula hanya terbukti bermanfaat bagi wanita yang
berisiko tinggi mendapat praeklampsia. Penurunan yang ketara dalam kejadian
praeklampsia telah direkodkan bagi pesakit-pesakit yang diberi kalsium
tambahan ini.

11

Anda mungkin juga menyukai