Anda di halaman 1dari 3

Cerita santai :

Cerita 1:

Arman, Latif dan Tahir berbincang tentang kehebatan ayah masing-masing. Ketiga-tiga mereka tidak mahu mengalah.”Ayah

aku boleh berlari sepantas anak panah. Kalau anak panah dilepaskan bersamanya dia boleh sampai dulu sebelum anak

panah mengenai sasaran,” kata Arman.

”Ah, itu belum cukup hebat! Father I seorang pemburu yang sangat pantas berlari. Dia boleh menangkap peluru yang

ditembak dari senapangnya sendiri,” kata Latif.

”Sebenarnya kau orang semuanya tak tahu apa yang dikatakan pantas. Ayah aku kakitangan kerajaan, dia habis kerja pukul

4.30 petang, tapi pukul 3.45 dia dah ada di rumah. Itulah kepantasan luar biasa,” kata Tahir bangga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUATU petang Misha meluahkan masalahnya kepada sahabat baiknya, Johan.

Misha : Sejak kebelakangan ni, aku sering diintai seseorang ketika mandi di  perigi.

Johan : Habis, apa tindakan awak?

 Misha : Semalam aku cuba satu petua. Aku masukkan ranting-ranting tajam  pada celah-celah dinding. Anehnya, semalam

dia tak datang, kalau tak,  pasti buta matanya.

 Johan : Oh, Mujur semalam aku kerja!!!

_____________________________________________________________________________________

 Cerita 3:

 ”SAYA bangga dengan atuk,” kata Farah.

”Apa yang kamu banggakan sangat tu?” tanya atuk.

”Setiap kali bersin, atuk mesti tutup mulut dengan tangan,” kata Farah.

”Tentulah..! Siapa lagi yang boleh diharap untuk mengutip gigi palsu atuk kalau tersembur keluar.”

_____________________________________________________________________________________

 Cerita 4:

 SEORANG ahli biologi sedang mengkaji kebolehan katak puru melompat. Dia melepaskan seekor di dalam makmalnya, dan

menyergah katak itu supaya ia melompat. Sepantas kilat katak itu melompat. Kemudian dia mencatat dalam bukunya.

”Katak dengan empat kaki mampu melompat sejauh 160 sentimeter.”

Kemudian dia memotong kaki depan katak itu, lalu menyergahnya. ”Lompat! Lompat! Lompat!!! Bersusah payah katak itu

melompat. Jarak lompatannya begitu pendek. Selepas mengukurnya, ahli biologi itu mencatat di dalam bukunya. ”Katak

dengan dua kaki hanya melompat 60 sentimeter.”

Kemudian dia memotong kaki belakang katak. Sekali lagi dia menjerit ”Lompat! Katak lompat!!” Tapi katak itu tidak

bergerak langsung. Dia terus menjerit, ”Lompat, lompat, lompat!! Namun tidak ada perubahan.

Lalu ahli biologi itu mencatatkan di dalam bukunya, ”Katak tanpa kaki, hilang pendengaran.”

_______________________________________________________________________________________

Cerita 5:
 SEBELUM ke Eropah untuk urusan perniagaan, Ahmad singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman

segera RM10,000.

”Encik, pinjaman ini perlukan cagaran. Apa yang encik nak cagarkan?” Tanya eksekutif pinjaman.

”Kereta Rolls-Royce saya. Ini Kuncinya,” kata Ahmad.

Setelah menandatangani surat perjanjian, eksekutif pinjaman memandu kereta Rolls-Royce itu ke kawasan tempat letak

kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM10,000 kepada Ahmad. Dua minggu kemudian, Ahmad kembali

dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.

”Pinjaman encik keseluruhannya RM10,000 dan bunganya RM30.80,” kata eksekutif pinjaman. Ahmad menyerahkan

sekeping cek kepada eksekutif pinjaman itu.

”Setahu saya, encik jutawan terkaya di Kuala Lumpur. Mengapa perlu meminjam RM10,000 dari bank?” eksekutif itu

bertanya.

Ahmad berpaling dan tersenyum. ”Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur.

Hanya RM30.80 untuk dua minggu,” jawabnya.

_____________________________________________________________________________________

 Cerita 6:

 SEBAIK mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang menangis teresak-

esak. Dia segera mendekati Farid.

Shan  : Kenapa menangis?

Farid  : Saya datang untuk ujian darah.

 Shan  : Awak takut ke?

 Farid  : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong jari saya.

                Mendengar penjelasan Farid, Shan menangis.

 Farid  : Eh, kenapa pula awak menangis?

 Shan  : Saya datang untuk ujian air kencing…

_____________________________________________________________________________________

Cerita 7:

SEORANG lelaki menempah kek hari jadi melalui telefon bagi meraikan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-48.

Pembantu kedai      : Apa yang saya harus tulis pada kek itu encik?

Lelaki                    : Di bahagian atas tulis… ”Sayang tak pernah kelihatan tua,” sementara bahagian       

bawah…                               ”sayang  memang cantik!”

 Sebaik kotak kek itu dibuka di hadapan puluhan tetamu malam itu, lelaki tadi jatuh pengsan selepas membaca tulisan pada

kek itu yang berbunyi: ”Bahagian atas sayang tak pernah kelihatan tua. Bahagian bawah sayang memang cantik!”

_____________________________________________________________________________________

 Cerita 8:
 Lelaki Malaysia       : Bangunan di negara saya banyak yang tinggi-tinggi. Jika kita merenung ke bawah semasa berada di

tingkat paling atas, kereta yang sedang bergerak nampak macam semut.

Lelaki India            : Sana India, dia punya bangunan lagi tinggi. Itu bulan kalau mau pusing dunia, kena ikut lorong yang

betul, kalau tak ia sangkut pada bumbung bangunan.

Lelaki Arab             : Ana punya negeri dia punya bangunan lagi tinggi. Kalau seorang bayi jatuh dari tingkat paling atas,

apabila ia mencecah bumi, usianya sudah 72 tahun.

_____________________________________________________________________________________

 Cerita 9:

 PADA suatu senja yang dingin….

 Ayu    : Aku sudah tidak mencintaimu sekarang. Cintaku telah beralih kepada Arul. Nah… ambil balik cincin pemberianmu.

Zack   : Okey… di mana Arul sekarang?

Ayu    : Untuk apa awak mau menemuinya?

Zack   : Aku mahu jual cincin ini kepadanya.

Ayu    : Haaaa…!   

Anda mungkin juga menyukai