Anda di halaman 1dari 2

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Suami

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Wednesday, February 2, 2011 at 3:23am

PERJUMPAAN YANG MANIS

Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua,
mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan
senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salah dan senyum adalah sunnah
manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya.
Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan
berita itu.

UCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK

Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan
kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika
mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa
dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang
disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

BERSAHABAT DAN SANTAI

Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja,
sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan
urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang
menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.

GURAUAN DAN SELINGAN

Senda gurau pasti menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton
pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.

BANTU DALAM TUGAS

Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama
jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang
sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.
 

 MUSYAWARAH

Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri


berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih
padanya.

BIJAK MERANCANG KEWANGAN KELUARGA

Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan
kemampuan kewangan kitaa.

TEGUR PERBUATAN ISTERI TETAPI MAAFKAN DIRINYA

Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit
kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan
kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai