Anda di halaman 1dari 2

Tips menjaga tayar

TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan.


Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau
sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak
untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak
rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan
kawalan stereng dalam apa juga keadaan.

Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips


keselamatan tayar kepada pemandu.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

* Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah
tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi
cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan
menyukarkan kawalan pemandu.

* Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan


dan ekonomi.

Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa


tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam
keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan
tekanan tayar.

* Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya


secepat mungkin.

* Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran


dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti
memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh
secara berbahaya.

* Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan
serta memiliki tekanan angin mencukupi.

* Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada
kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan
yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
* Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu
ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa
sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

* Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin
biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.

Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki


tekanan angin maksimum.

* Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda
tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda
menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

Anda mungkin juga menyukai