Anda di halaman 1dari 27

WHEEL, TYRE AND RIM

WHEEL (RODA)

Fungsi roda :
 Menyokong berat kenderaan
 Memindahkan dayakilas memacu dan membrek.
 Merintang tujahan sisi semasa membelok.
 Memudahkan tayar diimbangkan samaada secara static @ dinamik.
Jenis-jenis roda
1. Roda kelui tertekan.
- Mengandungi cakera keluli tertekan atau terhentak yang dikimpal pada
rim bulat luaran.
- Mempunyai bahagian tengah yang menurun atau telaga yang
membenarkan tayar dikeluarkan dan dipasang dengan mudah.
- Ia juga mempunyai bonggol keselamatan untuk menempatkan kumai
tayar.
- Rim ini juga mempunyai lubang untuk menempatkan injap tayar.
• Cakera keluli pula mempunyai lubang ditengah - tengahnya, untuk
membenarkan roda dipasang ke atas pemasangan hab.
• Disekeliling cakera, dimana nat cagakkan tirus menengahkan roda diatas
pemasangan hab.
• Terdapat juga lekah atau lubang yang dipotong pada cakera yang
berdekatan dengan rim, dengan tujuan untuk membenarkan udara
beredar untuk mendinginkan pemasangan gelendong brek atau cakera
brek.
2. Roda jenis jejari.
 Roda jenis ini biasanya digunakan pada kereta lumba atau motorsikal. Ia adalah kuat
tetapi ringan. Ia hanya mempunyai satu nat kunci, dari itu roda dapat ditukar dengan
cepat.
3. Roda aloi.
 Roda jenis ini dibina melalui proses tuangan, ia diperbuat daripada aloi alumunium dan
magnesium.
 Ianya adalah ringan dan kuat.
 Saiz roda
 Roda biasanya dikenali melalui tiga ukuran iaitu:
 Lebar rim.
 Tinggi bebibir.
 Garis pusat rim roda.

 Tandaan lazim seperti 6JJ x 14 merujuk kepada:


 6 - 6 inci lebar rim roda.
 JJ - tinggi bebibir.
 14- 14 inci garisPusat roda
TAYAR (TYRE)
 Fungsi tayar
1. Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara diantara jalan dan roda ia berfungsi untuk
menyerap getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.
2. Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan ialanraya. Dengan itu kenderaan
boleh dikawal dengan baik semasa membelok atau membrek.
3. Memberikan keselesaan kepada penumpang.

 Struktur tayar
1. Semua kenderaan di jalanraya hari ini menggunakan tayar yang mengandungi angin.
2. Tayar ini diperbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan talikod
yang diperbuat daripada rayon atau nylon.
3. Ada juga sesetengah tayar yang menggunakan aluminium dan keluli sebagai bahan talikod.
JENIS-JENIS TAYAR
1. Tayar Bertiub
 Tayar jenis ini mengunakan tiub untuk menyimpan udara.
 Udara di pam masuk ke dalam tiub melalui injap.
 Saiz tiub yang digunakan mestilah sama dengan saiz tayar.

2. Tayar Tanpa Tiub ( Tubeless )


 Tayar jenis ini dapat menyimpan udara dengan tanpa mengunakan tiub. Pada permukaan dalam
tayar dilekatkan kepingan getah yang lembut supaya udara tidak dapat meresap keluar.
 Tayar dan rim mestilah sentiasa berada di dalam keadaan baik.
 Udara dipamkan masuk ke dalam tayar melalui injap yang dipasangkan pada rim.
Binaan tayar
Terdapat 3 jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis
lapisan badannya.

1. Lapisan bulatan serong.


 Ia juga dikenali dengan nama tayar lazim. Lapis dibuat serong dan bersilang diantara
satu sama lain.
2. Lapisan balutan radial.
 Lapisan rangka tayarjenis ini disusun 90° dengan barisan bunga tayar. Satu lapisan yang
dikenali
 sebagai lapisan bunga tayar juga dipasang dibawah bunga tayar.
 Tayar jenis ini mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:
i) Bunga tayar tahan lebih lama.
ii) Cengkaman tayar dapat dipertingkatkan, dari itu tayar kurang membuang semasa
membelok dan membrek.
3. Lapisan bulatan serong dan lintang
 Binaannya sama dengan lapis serong, tetapi ia ditambah dengan dua atau lebih lapis
peneguh yang ditempatkan di bawah bunga tayar.
 Lapisan tersebut akan menguatkan bunga tayar dan mencegah lentur atau liang liut
berlebihan.
BUNGA TAYAR
 Bunga tayar dibentuk untuk menahan dan mengatasi masalah seperti kecenderungan
gelincir ke sisi, bunyi bising semasa kenderaan dipandu laju dan kehausan yang tidak
seragam.
 Mendapatkan cengkaman yang baik ke atas permukaan jalan dengan itu kenderaan
dapat dipecut dengan tanpa membahayakan dan dapat diberhentikan mengikut jarak
yang tertentu bersesuaian dengan kelajuannya.
 Lurah-lurah kecil yang terdapat pada bunga tayar adalah berfungsi untuk
mengenepikan air di permukaan jalan.
INJAP TAYAR
 Semua jenis tayar samaada bertiub atau tidak bertiub yang dipasang pada rim tidak
boleh diisi dengan angin selagi injap tayar belum dipasang atau ianya telah rosak.
 Begitulah juga halnya dengan sesebuah tayar itu perlu diimbangkan dengan betul
disamping had kehausan bunga tayar yang dibenarkan.
SAIZ TAYAR
 Penentuan saiz adalah diasaskan kepada dua faktor utama iaitu lebar dan ukuran
garispusat rim untuk tayar berkenaan seperti 165/55 R14 bermakna:
165 = Lebar tayar dalam ukuran milimeter
55 = Ketinggian atau nisbah bidang tayar
R = Jenis balutan tayar
14 = Saiz rim
 Pada sebilangan besar jenama tayar, terdapat huruf-huruf seperti 72H disamping
nombor-nombor lain ia bermaksud:
H = Tahap kelajuan boleh mencapai 210 km/jam.
72= Had muatan sebuah tayar.
PUSINGAN RODA
 Keempat-empat tayar yang digunakan pada kereta adalah tidak sama hausnya. Ini
bergantung kepada
kedudukan di mana tayar itu berada. Kehausan tayar mengikut kecepatan
bolehlah disusun seperti di bawah ini:
(a) Tayar belakang di sebelah kanan
(b) Tayar belakang di sebelah kiri
(c) Tayar depan sebelahkanan
(d) Tayar depan sebelah kiri

 Untuk menyamakan kehausan tayar dan memanjangkan hayat sesebuah tayar, satu
perkara yang perlu dititikberatkan ialah pusingan tayar. Pusingan tayar perlu dibuat
pada setiap 8,000 km perjalanan.
• Aturan pusingan roda untuk jenis balutan
radial

• Aturan pusingan roda tayar jenis bulatan


serong/balutan serong lintang
FAKTOR-FAKTOR KEHAUSAN TAYAR
a. Halaju kenderaan.
 Memandu kenderaan pada halaju yang tinggi akan menyebabkan terjadinya lampau panas dan
menyebabkan tayar yang tidak dicipta untuk beroperasi pada halaju yang tinggi menjadi lembut.
 Keadaan ini mungkin akan menyebabkan lapisan atas tayar tersebut terkeluar dari kedudukan
asalnya.
 Dari itu, apabila hendak membeli tayar kenalpasti dimana dan di dalam keadaan yang
bagaimana kenderaan tersebut akan digunakan.
b. Keadaan pemulaan dan pemberhentian kenderaan.
 Memecut kenderaan dengan terlalu laju pada peringkat permulaan pemanduan dan
pemberhentian kenderaan secara mendadak akan menyebabkan tayar menjadi haus dengan
cepat.
c. Keadaan permukaan jalan.
 Permukaan jalan yang tidak rata juga akan menyebabkantayar menjadi haus dengan cepat.
d. Toe-in dan toe-out.
 Keadaan toe-in atau toe-out yang berlebihan juga akan mempengaruhi hayat sesuatu tayat.

e. Camber.
 Camber ialah sudut roda yang akan menentukan sudut pertemuan tayar dengan
permukaan jalan.
 Jika sekiranya sistem gantungan rosak akibat dari pelanggaran yang kecil seperti
telanggar bendul, ini mungkin akan menyebabkan sudut cambernya berubah dan
keadaan ini akan menyebabkan salah satu sisi tayar berkenaan menjadi haus dengan
teruk.

f. Caster.
 Caster ialah kecenderungan steering untuk kembali kedudukan tegak selepas membelok.
 Jika caster tidak mencukupi, tayar akan berayun dan menyebabkan tayar menjadi haus
secara bertompok - tompok. Jika sekiranya sudut caster pada tayar tidak sama ini akan
 Menyebabkan tayar akan tertarik kepada satu sisi dan menyebabkan tayar menjadi haus
dengan cepat pada satu sisi sahaja.
g. Imbangan tayar tidak betul.
 Imbangan tayar yang tidak tepat, perubahan pada bentuk gelendung brek
atau terdapat tompokkan pada cakera brek boleh menyebabkan kehausan
yang berlebihan pada sesuatu tempat yang tertentu.
 Kekuatan daya membrek yang tidak sekata pula akan menyebabkan
kehausan yang tidak sekata pada beberapa tempat yang tertentu.

h. Tumpahan minyak.
 Kebanyakkan minyak, gris dan petrol boleh menyebabkan
kerosakkanpadagetah tayar, jika ia tidak bersihkan dengan segera.

i. Tekanan tayar
 Tekanan tayar yang tidak betul ialah faklor kerosakkan yang paling utama,
ia juga adalah merupakan kerosakkan yang paling mudah dikesan dan
diperbetulkan.

Anda mungkin juga menyukai