Anda di halaman 1dari 39

AUTOMOTIVE

TECHNOLOGY
MTA 2033
1.1 Fundamental of Job Order
Job Order
• Merupakan satu arahan/perintah kerja yang diterima oleh sesuatu organisasi
daripada pelanggan. Samada dari luar atau di dalam organisasi itu sendiri
• Fungsi Job Order –

sebagai arahan / tiket untuk membuat sesuatu kerja


Sebagai bahan bukti kerja
Sebagai rekod simpanan untuk organisasi tersebut
Sebagai invoice kepada pelanggan
• Jenis-jenis Job Order–
1.2 Tools, Equipment & Parts
Alatan Tangan
1. Perengkuh nat roda ( Wheel Nut Wrench )
• Berfungsi bagi melonggakan nat roda dan seterusnya menanggalkannya.
2. Penjulang lantai/ Jek Lantai( Floor Jack )
• Digunakan untuk mengangkat kenderaan ketika kerja
penyelenggaraan atau pembaikan
3. Sangga Keselamatan
• Berfungsi sebagai penahan kenderaan setelah diangkat oleh jek.
4. Penahan Roda
• Berfungsi untuk menahan roda daripada bergerak semasa kenderaan di
angkat/dijulang jek.
Mesin Penukar Tayar ( Tyre Changer Machine )
• Berfungsi untuk menukar tayar kenderaan
Mesin Pengimbang Roda ( Wheel Balancer Machine )
• Berfungsi untuk mengimbang roda agar seimbang
Alat Penjajaran Roda ( Wheel Alignment Tools )
• Bertujuan untuk kerja-kerja menjajar roda. Tedapat dua variasi iaitu jenis
manual dan digital.

1. Penjajaran Roda Teleskopik

2. Penjajaran Roda Digital

3. Tolok Kamber ( Camber Gauge )


• Berfungsi untuk menjajar kamber pada roda
1. INSPECT TYRES & RIMS CONDITION
Pengenalan

• Sebagai kusyen di antara roda dan permukaan jalan – menyerap hentakan


serta getaran di jalan yang mempunyai permukaan yang tidak rata.
• Memberi cengkaman kepada permukaan jalan – agar kenderaan dapat
bergerak dengan selamat, tidak membuang serta terbabas semasa
membelok dan kenderaan dapat diberhentikan dengan cepat apabila
kenderaan dibrek.
• Memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang – ini
membolehkan kenderaan dipandu dengan laju dan selamat.
Jenis- jenis tayar :
• Tayar kenderaan moden boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Tayar bertiub
• Tayar jenis ini mengunakan tiub untuk menyimpan udara. Udara di pam masuk ke dalam
tiub melalui injap. Saiz tiub yang digunakan mestilah samadengan saiz tayar.

2. Tayar tanpa tiub


• Tayar jenis ini dapat menyimpan udara dengan tanpa mengunakan tiub. Pada permukaan
dalam tayar dilekatkan kepingan getah yang lembut supaya udara tidak dapat meresap
keluar. Tayar dan rim mestilah sentiasa berada di dalam keadaan baik. Udara dipamkan
masuk ke dalam tayar melalui injap yang dipasangkan pada rim.
Bunga Tayar
• Bunga dibuat dengan lurah sebagai pengedaran udara.
• Diperbuat dari sebatian getah rintangan tinggi terhadap kelelasan.
• Fungsi bunga pada tayar :
• untuk menahan dan mengatasi masalah seperti kecenderungan gelincir ke sisi,
bunyi bising semasa kenderaan dipandu laju dan kehausan yang tidak seragam.
• mendapatkan cengkaman yang baik ke atas permukaan jalan dengan itu
kenderaan dapat dipecut dengan tanpa membahayakan dan dapat
diberhentikan mengikut jarak yang tertentu bersesuaian dengan kelajuannya.
• Lurah kecil yang terdapat pada bunga tayar adalah berfungsi untuk
mengenepikan air di permukaan jalan.
1.3 Kerosakan Tayar
i. Tyre tread worn (Bunga tayar haus)
ii. Tyre crack (tayar retak)
iii. Tyre bulging (tayar bengkak/benjol)
iv. Rims dent (rim bengkok)
v. Rims crack (rim pecah)
Tyre tread worn
(Bunga haus)
Tyre Crack (tayar retak)
Tyre Bulging (Tayar bengkak/benjol)
Dent rim (Rim bengkok)
Crack rim (rim Pecah)
Binaan/Struktur tayar :

• Semua kenderaan di jalan raya hari ini mengunakan tayar yang mengandungi
angin.

• Tayar ini di perbuat daripada campuran getah asli, getah tiruan dan lapisan
talikod yang diperbuat daripada rayon atau nylon.

• Ada juga sesetengah tayar yang mengunakan alumunium dan keluli sebagai
bahan talikod.
1. Kumai
• Memberi kekuatan pada tayar untuk mencekam pada rim serta kedap udara.

2. Pelapik dalam
• Bahagian dalam tayar yang memberi bentuk serta kedap udara.

3. Lapisan luar
• Mempunyai lebih dua lapisan yang dilapiskan di antara satu dengan yang lain
mengikut jenis tayar bagi mengukuhkan struktur tayar.

4. Jenis lapisan
• Menambahkan kekuatan pada dinding tayar dan mengurangkan kesan pengkusyenan.

5. Bunga tayar
• Memberi sentuhan yang baik dengan permukaan jalan dan melindungi kord lapisan
daripada rosak.Lurah bunga tayar di reka supaya edaran udara dapat menyejukkan
tayar dan menyalurkan air.
Saiz tayar dan rim
• Saiz dan Kadar bebanan Tayar
• Saiz dan bebanan tayar yang boleh menyangga ditandakan oleh gabungan
angka dan huruf yang ditandakan di sisi tayar.
• Contohnya, rekaan seperti P 195/75R-14, H 78-14 kadar beban B atau 6.95 x
14 kadar B.
• Terdapat 3 jenis kategori kadar beban iaitu B,C dan D
• Saiz tayar
• Diukur berasaskan lebar dan tinggi keratin tayar.
• Terdapat dua system saiz yang digunakan :
• system lama menggunakan huruf kadar beban dikuti dengan angka iaitu nisbah bidang
dan kemudian saiz rim.
• System baru pula berasaskan system metric. Contohnya, P185/80 R 13.
• Gred Nilai Tayar
• Dalam beberapa tahun tayar import radial menggunakan system kadar
kelajuan.
• Sistem ini digunakan menurut rekaan tayar yang mempunyai tiga kadar biasa :
• SR- kelajuan maksimum 112bsj
• HR- sehingga 130bsj
• VR- sehingga 165 bsj
JENIS-JENIS RODA (RIM)
• Roda keluli tertekan.
• Roda ini ialah jenis yang paling banyak digunakan pada kenderaan. Ia
mengandungi cakera keluli tertekan atau terhentak yang dikimpal
kepada rim bulat luaran. Rim mempunyai bahagian tengah yang
menurun atau telaga yang membenarkan tayar dikeluarkan dan
dipasang dengan mudah. Ia juga mempunyai bonggol keselamatan
untuk menempatkan kumai tayar, bonggol keselamatan ini akan
memastikan bahawa kumai tayar tidak bergerak dalam arah sisi
apabila tayar kurang kembung . Rim juga mempunyai lubang untuk
menempatkan injap tayar
• Roda jenis jejari.
• Roda jenis ini biasanya digunakan pada kereta lumba atau motorsikal.
Ia adalah kuat tetapi ringan. Ia hanya mempunyai satu nat kunci,
dariitu roda dapat ditukar dengan cepat.
• Roda aloi.
• Roda jenis ini dibina melalui proses tuangan, ia diperbuat daripada
aloi alumunium dan magnesium. Ianya adalah ringan dan kuat.
SAIZ RODA
• Roda biasanya dikenali melalui tiga ukuran iaitu:
• Lebar rim.
• Tinggi bebibir.
• Garispusat rim roda.
Tanda pengenalan biasanya dicop pada rim roda. Tandaan lazim seperti 6JJ x
14 merujuk kepada:

6 – 6 inci lebar rim roda.

JJ – tinggi bebibir.

14 – 14 inci garispusat roda


Nota:

Tinggi bebibir boleh dikenal pasti melalui huruf – huruf (J, K, JJ, dsb.). Huruf –

huruf ini merujuk kepada tinggi tertentu, contohnya, bebibir rim ‘K’ ialah setinggi

0.77 inci.
Laporan Pemeriksaan Tayar dan Rim

• Pemeriksaan tayar berkala amat membantu agar tayar yang digunakan selamat
dan dapat meminimakan kehausan serta kerosakan tayar akibat penjajaran roda
yang tidak betul dan sempurna. Berikut di bawah adalah contoh yang boleh
digunakan pelatih untuk membina kertas laporan pemeriksaan tayar dan rim.

Anda mungkin juga menyukai