Anda di halaman 1dari 5

12.

0 TAYAR

Fungsi tayar ialah :

i. Tayar dapat bertindak sebagai kusyen udara di antara jalan dan roda dan menyerap
getaran yang disebabkan oleh permukaan jalan yang tidak rata.
ii. Tayar dapat memberikan cengkaman kepada permukaan jalanraya dan dengan itu
kenderaan boleh di kawal dengan baik semasa membelok atau membrek.

iii. Memberikan keselesaan kepada penumpang.

iv. Menampung berat keseluruhan kenderaan.

Tayar kenderaan moden boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : -

Tayar bertiub

Tayar jenis ini digunakan bersama sama tiub yang sama saiznya dengan tayar. Tiub diletakkan di
dalam tayar dan dipamkan udara melalui injap tuib untuk memenuhkan udara dalam tayar mengikut
spesifikasi.

Tayar tanpa tiub

Kebanyakkan tayar yang digunkan pada masa kini adalah jenis tayar tanpa tiub. Udara di pam
melalui injap yang dipasang pada rim.

Terdapat tiga jenis tayar yang lazim digunakan pada kenderaan bergantung kepada jenis lapisan
badannya

i. Tayar lapisan lintang

Lapisan tayar ini disusun menyerong dan bersilang antara satu dengan lain. Lapis-lapis silang ini
bersudut 30 hingga 40. Tayar jenis ini biasanya lebih senyap, memberi keselesaan dan kelancaran
ketika memandu. Tetapi tayar jenis ini mempunyai kekurangan ketika melalui selekoh atau
membelok

ii. Tayar Jejarian

Lapisan tayar ini disusun melintang bersudutkan 90 dengan garisan tengah bunga tayar. Binaan
tayar jenis ini lebih kukuh dan mempunyai dinding sisi lebih lentur yang menjadikan tayar lebih
lancar di pandu dengan kurangnya rintangan guling dan mempunyai tapak yang baik

iii. Tayar lapisan jejarian dan lintang


Lapisan tayar ini adalah gabungan antara lapisan jejarian dengan lintang. Tayar jenis ini lebih
senyap, selesa, kukuh dan lancar semasa memandu

12.1 BINAAN DAN REKABENTUK TAYAR

Rekabentuk tayar Jenis tayar

Saiz tayar
Penerangan pada tayar
12.2 MEMBACA PENGENALAN PADA TAYAR

Pengenalan Tayar

12.3 JENIS-JENIS KEHAUSAN TAYAR

Under inflation
- Disebabkan kekurangan tekanan angina, kehausan adalah dibahagian tepi.
Over inflation
- Disebabkan tekanan angina berlebihan, kehausan di bahagian tengah.
Penunjuk kehausan tayar

12.4 ATURAN MEMUTAR, DAN MENYAMARATAKAN KEHAUSAN BUNGA TAYAR

a. Cara memutar tayar kenderaan


b. Tujuan memutar tayar kenderaan

Untuk menyeragamkan kehausan bunga tayar

c. Bila perlu dilakukan?

20,000 km atau 4 bulan sekali

Anda mungkin juga menyukai