Anda di halaman 1dari 7

Objektif

1. Mempelajari fungsi dan kegunaan turbin gas


2. Mengetahui komponen-komponen dalam turbin gas
3. Mengenali perbezaan di antara loji turbin gas kitaran terbuka dan loji turbin gas kitaran
tertutup
4. Memahami prinsip asas dalam loji turbin gas
5. Mengenali turbo jet

Sejarah Turbin Gas

Turbin gas telah mula wujud pada zaman revolusi perindustrian eropah lagi.
Rekabentuk pertama turbin gas dibuat oleh John Barker seorang inggeris pada tahun 1791.
Sitem turbin gas digerakkan dengan hasil pembakaran seperti batu api, kayu dan minyak.
Pemampat pada masa itu digerakkan dengan turbin dengan menggunakan rantai roda gigi.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis turbin gas dan amat penting dalam industri dan juga
kehidupan seharian. Turbin gas digunakan sebagai generator, dalam mesin industry, kapal
terbang dan lain-lain lagi
Loji Turbin Gas

Satu loji tenaga kuasa yang menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan
bahan bakar cecair atau gas. Hasil pembakaran iaitu gas ekzos yang bertekanan tinggi
kemudian digunakan untuk memusingkan turbin. Komponen utama dalam loji turbin gas
ialah

1. Pemampat
2. Rongga pembakaran
3. Turbin gas

Terdapat juga komponen yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan loji iaitu

1. Penjana semula
2. Penyejuk antara
3. Pemanas antara

Turbin Gas terbahagi kepada dua kitaran iaitu

1. Kitaran terbuka
2. Kitaran tertutup
Gambarajah menunjukkan Turbin gas dan komponen-komponennya

Kitaran Terbuka

Apabila pendesak pada pemampat berputar, ianya akan menghasilkan vakum dan ini
akan menyebabkan udara kasa masuk ke dalam pemampat. Dengan ini, putaran yang tinggi
ini akan menyebabkan udara tadi dimampat pada satu tekanan yang sangat tinggi di dalam
ruang pembakaran. Apabila ini berlaku maka bahan api akan disemburkan ke dalam ruang
pembakaran yang mempunyai udara yang panas dan bertekanana tinggi. Punca ini boleh jadi
bahan api cecair atau gas. Ini akan menyebabkan campuran udara dan bahan api terbakar.
Seperti yang kita sedia maklum apabila dari pembakaran ini, pengembangan akan berlaku
menyebabakan tekanan gas ekzos yang sangat tingg.
Tekanan gas ini kemudiannya akan keluar kepada turbin di man gas-gas yang
bertekanan tinggi ini akan kena pada bilah-bilah turbin dan seterusnya memutarkan turbin ini
dengan kelajuan yang sangat tinggi. Gas ini kemudiannya akan keluar ke udara kasa dan
dibebaskan begitu sahaja. Oleh kerana aci pemampat dan turbin adalah sama maka gas yang
menyebabkan turbin berputar dan seterusnya menyebabkan proses ini berulang. Kuasa
putaran yang diperlukan ini akan di ambil dari aci keluaran turbin. Disebabkan putaran aci
turbin gas ini terlalu tinggi maka ianya hanya digunakan pada punca yang memerlukan
putaran yang tinggi ataupun gear penurunan atau turbin tekanan rendah digunakan pada
sistemnya

Gambarajah menunjukkan aliran udara dalam turbin gas


Gambarajah skematik kitaran terbuka
Teknologi enjin jet boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu turbojet, turbofan,
turboprop dan turboshaft. Semua jenis enjin ini mempunyai komponen teras yang sama iaitu
enjin jet atau turbin gas. Tambahan komponen tertentu telah menjadikannya berbeza.
Tambahan komponen ini akan membezakan kuasa yang dihasilkan oleh enjin yang dipanggil
daya tujahan atau thrust.

Enjin turbojet menggunakan komponen turbin gas. Ia digunakan bagi pesawat


pejuang kerana kuasa yang dihasilkannya tinggi. Masalah bunyi bising yang dihasilkan oleh
turbojet dan juga kuasanya bergantung kepada saiz fizikal turbin gas menyebabkan para
jurutera terpaksa mengubah suai enjin turbojet kepada turbofan. Turbofan adalah enjin
turbojet yang dipasang bilah kipas lebih besar di hadapannya. Bilah kipas ini menyamai
bilah-bilah lain yang terdapat pada komponen utama turbin gas ini. Ia berada dalam sarang
enjin (nacelle) apabila dipasang pada pesawat. Enjin ini digunakan untuk pesawat komersial
yang besar pada hari ini.

Di samping menghasilkan daya tujahan yang lebih besar oleh kipas di hadapannya, ia
dapat mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin. Perbezaan utama antara
turbojet dan turbofan adalah bergantung kepada kuantiti udara yang disedut memasuki ke
ruang turbin gas. Jika 100 peratus udara yang disedut memasuki turbin gas, maka ia dipanggil
turbojet dan jika tidak sampai 100 peratus udara memasuki turbin gas, ia akan dipanggil
turbofan. Bagi

menghasilkan enjin yang mempunyai daya tujahan yang lebih besar seperti pesawat
pengangkut tentera yang digunakan bagi mengangkut kereta kebal dan helikopter, enjin
turbofan tidak boleh digunakan lagi. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin turbofan mungkin
tidak mencukupi bagi menerbangkan pesawat tersebut.

Untuk meningkatkan lagi daya tujahan ini, bilah kipas yang lebih panjang perlu
dipasang pada turbin gas. Bilah kipas yang dipanggil propeller ini berada di luar dari sarang
enjin. Enjin jenis ini dipanggil turboprop. Ia banyak digunakan bagi pesawat tentera seperti
C-130 Hercules dan pesawat pengangkut yang sedang dibina oleh Airbus iaitu Airbus
A400M.

P
esawat penumpang kecil yang membawa kurang dari 100 penumpang juga banyak
menggunakan jenis enjin ini. Enjin jenis ini menjanjikan penjimatan bahan api dan juga tidak
menghasilkan bunyi bising. Namun kelemahan utama pesawat yang mengunakan enjin
turboprop adalah ianya terbang lebih perlahan jika dibandingkan dengan pesawat yang
menggunakan turbofan. Enjin turboshaft sering digunakan pada helikopter dan lazimnya
kecil. Ia dipanggil turboshaft kerana beberapa aci digunakan untuk menyalurkan kuasa
kepada bilah helikopter.

Justeru, jenis enjin pesawat sama ada turbofan atau turboprop tidak akan menentukan
mutu keselamatan dan keselesaan pada sesuatu pesawat. Ciri-ciri ini hanya ditentukan oleh
saiz pesawat dan jenis pesawat yang digunakan. Langkah kerajaan membuka semula
Lapangan Terbang Subang bagi pesawat yang menggunakan enjin turboprop amat dialu-
alukan. Dengan cara ini ia akan dapat meningkatkan lagi mutu pengangkutan di negara kita
serta mengurangkan unsur pencemaran bunyi bagi warga yang tinggal di sekitar lapangan
terbang tersebut.
Kesimpulan

Fungsi dan kegunaan turbin gas telah dipelajari. Komponen-komponen dalam turbin
gas juga telah di ketahui. Perbandingan di antara turbin gas kitaran terbuka dan loji gas
kitaran tertutup juga telah diketahui . Prinsip asas untuk kendalian turbin gas turut difahami.
Secara keseluruhannya kami dapat mengenali turbin gas dengan lebih terperinci. Kami juga
dapat mengenali prinsip turbojet dengan lebih dekat lagi. Enjin turbojet merupakan teknologi
yang menggunakan prinsip turbin gas dan menjadi tulang belakang pesawat pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai