Anda di halaman 1dari 6

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah

Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang
diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :
 
    Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan
 
ekonomi, sosial,
pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di
  kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan
yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. 
Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan
 
dimana FELDA
diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran,
 
pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.  
Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial
 
penempatan,
  pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.  
Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang
bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.
PusatPemulihanDalamKomuniti(PDK)
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan
diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan
yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara
tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. 

Pusat Literasi Keluarga (PLK)

PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima
(5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak
di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :

 mencungkil kreativiti
 membina personaliti
 kemahiran berinteraksi
 kemahiran sosial
 dan sebagainya

PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk
memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi
kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri
daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. 

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai)
melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut
melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA
juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.

Asrama Semai Bakti

Asrama Semai Bakti (ASB) mula ditubuhkan seperti berikut:

 Kuala Lumpur - 1975


 Kuantan - 1978
 Johor Bahru - 1983
 Kelana Jaya - 1989

ASB FELDA ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang
mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR, mendapatkan pendidikan yang sempurna di sekolah-
sekolah terpilih di bandar.

Selain daripada kemudahan tempat tinggal, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke kelas
tambahan dan lain-lain keperluan pelajar. Kos penempatan di ASB dibiayai sepenuhnya oleh FELDA. Ibu bapa
hanya dikehendaki membayar wang hemat diri sebanyak RM40.00 semasa kemasukan anak-anak ke asrama dan
yuran bulanan sebanyak RM5.00 sebulan.

Skim Tuisyen FELDA (STF)


Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama
iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah
dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah
menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:

Tahap Bilangan
Tahun 5 14,351
Tahun 6 15,357
Tingkatan 3 14,579
Tingkatan 5 14,679
Jumlah 58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan
bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.

Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains
(PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains
tulin. PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama,
guru dan sukatan pelajaran dan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun
penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan
lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai
Tingkatan empat (4).  Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik,
Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan BahasaInggeris.

Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar
dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik
danBahasaInggeris.

Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti
diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp  ke Petrosains di Pusat
Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS
bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik,
Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

 
Maktab Rendah Sains Mara FELDA (MRSMF) Kampus Tun Abdul Razak

Persetujuan kerjasama penubuhan MRSMF di antara FELDA dan MARA telah dimenterai dalam Majlis
Menandatangani Perjanjian (MOU) pada 30 Mac 2007. MRSMF ini merupakan smart partnership di antara MARA
dan FELDA di mana FELDA akan membiayai segala kos manakala urusan pentadbiran dan pengurusan tenaga
pengajar/kakitangan adalah dalam bidang kuasa pihak MARA. Perasmian pembinaan MRSMF telah disempurnakan
oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Oktober 2007. 

Kompleks MRSMF yang terletak di Feldajaya Trolak telah siap sepenuhnya dan beroperasi pada tahun 2010.
Pengambilan pelajar MRSMF telah dimulakan pada Mac 2010 dijangka dapat menampung sehingga  1,050 pelajar.
Komplek MRSMF ini adalah infrastruktur yang paling moden dikalangan MRSM-MRSM lain dan ianya merupakan
satu transformasi pendidikan untuk semua generasi baru Felda.
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.[2]
Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer
persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa
dibuka.[3] Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang
Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan
untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui
pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan
masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula
menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun
1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga
tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa
sawit.[3]

FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain


bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang
membentuk Malaysia Timur.[4]

Anda mungkin juga menyukai