Anda di halaman 1dari 16

BAB 1: PENGENALAN

KURIKULUM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
DEPP 4230: PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN
PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KONSEP PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
 Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood) merujuk kepada kanak-kanak yang berumur sejak

lahir sehingga lapan tahun dan mendapat jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah
atau sekolah rendah.

 Dalam tamadun barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada

mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur 3 hingga 6 tahun, yang lebih
dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini
dipindah supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun.
Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’.
 Dari perspektif islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam

kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal
islam dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat
sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dipecahkan lagi kepada dua tahap, iaitu dari mula
dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam
tahun.
SEJARAH PERKEMBANGAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
 Menurut ornstein & hunkins (2012), kurikulum merupakan suatu dokumen perancangan.

 Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk kepada cara guru menterjemahkan kandungan kurikulum

tersebut. Dokumen kurikulum merujuk kepada dokumen rasmi yang dihasilkan oleh kementerian
pendidikan malaysia (KPM), termasuk bahagian pembangunan kurikulum (BPK), jabatan pelajaran
wilayah persekutuan dan sekolah.

 Antara dokumen tersebut ialah dokumen standard prasekolah kebangsaan, sukatan pelajaran, huraian

sukatan pelajaran, modul-modul kurikulum standard prasekolah kebangsaan, buku rekod pengajaran,
surat pekeliling dan surat siaran yang berkaitan dan rekod- rekod pentaksiran dan penilaian.
 Menurut Akker (2003), dalam memahami perkara yang berlaku di dalam bilik darjah, pelbagai

jenis kurikulum telah dilabelkan oleh pengkaji. Antaranya adalah; dokumen kurikulum yang
dihasratkan, kurikulum yang diajar, kurikulum yang diterima murid, kurikulum operasional,
kurikulum sebenar, kurikulum yang digunakan, kurikulum yang dialami, kurikulum yang
dilaksanakan dan kurikulum yang dipelajari (Cuban, 1992).

 Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai

aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti
dan membuat penilaian.

 Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak

langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan
tindakan guru serta pengaruh persekitaran.
 Kerajaan Malaysia mengiktiraf pendidikan prasekolah sebagai asas pembelajaran di sekolah rendah dan

seterusnya.

 Penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan bertujuan menyediakan pendidikan bermula dari

peringkat prasekolah hingga ke peringkat tertier (Rohaty, 2003).

 Menurut Sufean Hussin (1996), pendidikan prasekolah di era tahun 50- an tertumpu untuk kanak-kanak

daripada golongan atasan kerana kadar yuran perkhidmatan yang tinggi.

 Pada tahun 1969 bermulalah detik paling bersejarah bagi perkembangan pendidikan prasekolah di

Malaysia. Hal ini berikutan langkah Yayasan Asia yang telah menyumbangkan peruntukan kewangan
kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk membiayai penubuhan beberapa buah pusat
prasekolah. Pusat-pusat prasekolah ini ditubuhkan di beberapa tempat di negeri Selangor adalah mirip
'Projek Head Start' di Amerika Syarikat. Kalangan sasarannya adalah kanak-kanak dalam kalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India yang miskin dan tidak berkemampuan.
 Antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan program pendidikan

prasekolah ini adalah :-

 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

 Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

 Yayasan Sabah

 Kementerian Pendidikan Malaysia (Sufean Hussin, 1996).


 Pusat-pusat prasekolah di Malaysia lebih dikenali sebagai:-

 Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika),


 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika)
 kindergarden.

 Pertambahan bilangan tadika yang berlaku di Malaysia menunjukkan satu perubahan yang

amat menggalakkan dan memberangsangkan di peringkat pendidikan prasekolah. Senario ini


hasil daripada usaha dan keprihatinan yang dimainkan oleh semua pihak dan pelbagai agensi
kerajaan seperti KEMAS, FELDA dan RISDA. Agensi-agensi inilah yang lebih banyak
mensasarkan kegiatan pendidikan prasekolah mereka kepada kumpulan kanak-kanak yang
berada di kawasan luar bandar.
 Menurut Rohaty (2003), kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

telah menganggarkan sejumlah 490,700 orang kanak-kanak yang berumur 5 tahun harus
mendapat pendidikan prasekolah pada tahun 1991.

 Hakikatnya hanya kira- kira 47% dari jumlah anggaran kanak-kanak tersebut yang telah

berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah, manakala selebihnya, iaitu kira-kira 53% tidak
berpeluang untuk mengikuti kelas prasekolah.

 Ekoran daripada itu, pada awal Januari 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah atau dikenali prasekolah 'Annex' di
seluruh Malaysia dan bilangan prasekolah ini kekal sehingga tahun 2001.
 Dalam tahun 2000, terdapat sebanyak 399,980 orang kanak-kanak mendaftar di pusat

pendidikan prasekolah mewakili 63.7% kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun.

 Garis panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal untuk menstandardisasikan kurikulum,

kemudahan dan latihan guru di dalam sektor awam dan juga di pusat-pusat prasekolah swasta
supaya dapat memenuhi kualiti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Sufean
Hussin, 1996).

 Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan.

Sebelum itu, satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara
pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut.
 Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan
kerajaan, BBK (Balai Bukan Kerajaan) dan swasta mulai 1 Januari 2003.

 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal mempunyai matlamat untuk


menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas
dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
 Keprihatinan kerajaan kepada program pendidikan prasekolah terus dijelmakan dalam Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 apabila perluasan program prasekolah telah


menjadi salah satu fokus dan strategi dalam usaha untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.
Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan
(PTK).

 Mulai tahun 2010 ini juga, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah
dilaksanakan di semua prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan. KSPK digubal berdasarkan
reka bentuk kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam
tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah.
 Penggubalan KSPK mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK

dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku.

 Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori pembelajaran yang

menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu bahasa, maka KSPK
memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2003.
 Salah satu fokus inisiatif bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti adalah

meningkatkan enrolmen prasekolah. Inisiatif NKRA mensasarkan pertambahan enrolmen


murid prasekolah, terutama di kawasan luar bandar, daripada 67% ke 87% pada tahun 2012.

 Melalui NKRA, program pendidikan prasekolah telah mencapai keputusan yang


membanggakan. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia terus menyaksikan perkembangan
yang memberangsangkan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
 Di bawah gelombang 1 (2013-2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),

peningkatan enrolmen dan penambahbaikan kualiti prasekolah diberi tumpuan bertujuan untuk
mencapai akses sejagat.

 Kerajaan menyasarkan peningkatan sehingga 92% enrolmen murid dalam prasekolah yang

berdaftar menjelang tahun 2015.

 Sasaran ini menuntut pertambahan sebanyak 3,500 buah bilik darjah bagi menampung hampir

71,000 orang kanak-kanak pada tahun 2015.

 Menjelang tahun 2020, kerajaan menyasarkan enrolmen prasekolah sejagat seramai 900,000

orang kanak-kanak berdaftar pada peringkat prasekolah seluruh Negara (Kementerian


Pendidikan Malaysia, 2013).
 Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini juga telah menyarankan

agar KSPK yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 di semak semula.

 Semakan ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada penguasaan abad ke-21 seperti

pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan bagi
membolehkan murid bersaing di peringkat global. KSPK (semakan 2017) dilaksanakan mulai
2017 di semua prasekolah kerajaan dan swasta.

Anda mungkin juga menyukai