Anda di halaman 1dari 7

Atur Cara Pentadbiran

Majlis Kemuncak Kempen Budi Bahasa


Kementerian Pelajaran Malaysia

20 Sept. 2006
Auditorium Parcel E
Kompleks Kerajaan Putrajaya

Masa Aktiviti Audio/ Viisual Skrip


8.00 Idola mendaftar di kaunter Lagu
pg Di bawa ke tempat duduk
8.15 VIP datang di bawa ke Bilik Klip video
pg VIP
Kehadiran Tetamu Khas
8.29 VIP dan VVIP di bawa ke Kumpulan Koir
pg Pintu Masuk bersedia di
Pentas
8.30 Pergerakan masuk Pengumuman
Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia
pg Ketibaan Dato’ Dr. Zulkarnain Bin Haji Awang,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
Malaysia

Muzik Negaraku Bagi memulakan majlis,marilah bersama-sama


kita nyanyikan lagu NEGARAKU. Hadirin
dimainkan dipohon berdiri.

Hadirin yang dimuliakan.

Untuk memberkati majlis pada pagi yang mulia


ini, dengan segala hormatnya dipersilakan
Yang Berbahagia Ustaz Wan Jamaludin bin
Wan Bidin untuk mengetuai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bismillahirahmanirrahim
Asalamualaikum w.b.t.

Yang Kurik itu Kundi


Yang Merah Itu Saga
Yang Baik Itu Budi
Yang Indah Itu Bahasa
 Yang Berbahagia
Datuk Dr. Zulkarnain bin Haji Mohd.
Awang Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
 Yang Berbahagia Tn. Hj. Dangiran b.
Hj Mustapa, Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia
 Yang Berbahagia Datin Hajah
Rahimah binti Haji Ghazali, Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
 Yang Berbahgia Pn. Mimi binti Hj.
Ismail Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
 Yang Berusaha Tn. Hj. Adnan bin Hj.
Yusoff Setiausaha Bahagian,
Bahagian Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia
 Yang Berusaha Tn. Hj. Masbah bin

1
Dato’ Hj. Mohd. Taha Timbalan
Setiausaha Cawangan Kaunseling &
Keutuhan, Bahagian Sumber
Manusia Kementerian Pelajaran
Malaysia

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan


dan puan-puan hadirin yang
dihormati sekelian.

Makan sirih berpinang tidak


Pinang ada di bawah tangga
Makan sirih mengenyang tidak
Tanda budi dengan bahasa

Majlis dengan berbesar hati mengalu-alukan


kehadiran Yang Berbahagia Datuk Ketua
Setiausaha serta dif-dif kehormat dan para
hadirin sekalian ke majlis kemuncak Kempen
Budi Bahasa peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia tahun 2006.

Sesungguhnya,
Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi
rumah binasa,
sendi bangsa ialah budi, runtuh budi runtuhlah
bangsa.

Bila memandang ke muka laut


Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Hadirin Yang Dimuliakan,

Majlis seterusnya mempersilakan Yang


Berusaha Tn. Hj. Masbah bin Dato’ Hj. Mohd.
Taha, Timbalan Setiausaha Cawangan
Kaunseling & Keutuhan, Bahagian Sumber
Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia
selaku Ahli J/kuasa Induk Kempen Budi
Bahasa Peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia Fasa Ke 2 Tahun 2006 untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Banyak budi perkara budi,


tidak sama budimu tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada yang berbahagia Tn. Hj. Masbah bin
Dato’ Hj. Mohd. Taha atas ucapan tersebut.

Lima jari batang berduri


Masak gula buat manisan
Saya datang kerana budi
Bertambah pula tuan berpesan

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis dengan segala hormatnnya menjemput
dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk
Dr. Zulkarnain bin Haji Awang, Ketua
Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis kemuncak Kempen Budi
Bahasa
Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2006.
Dipersilakan……

2
Tuan umpama pohon yang rendang
Tempat kami tumpang berteduh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Zulkarnain
bin Haji Awang atas ucapan tersebut.

Setinggi-tinggi pohon jati


Tempat bermain si manja sayang
Sungguh tinggi harganya budi
Budi dibalas kasih dan sayang

Hadirin yang dimuliakan


Sempena majlis kemuncak sambutan
Kempen Budi Bahasa pada kali ini, marilah
kita saksikan satu persembahan sketsa yang
bertemakan budi bahasa amalan mulia.

Sketsa ini dipersembahkan oleh Kumpulan


Cenderawasih dari Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia.
Yang baik dijadikan teladan,
barang yang buruk dijadikan sempadan.

Sempena kempen Budi Bahasa Tahun ini juga


kita turut merakamkan situasai sebenar apa
yang berlaku di peringkat jabatan dan
bahagian. Orang kata wayang kita, wajah kita.

Untuk itu marilah kita hayati persembahan klip


video yang dihasilkan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan.

Tanam pisang tanam ubi


Ubi ditanam buatkan batas
Banyak orang bertanam budi
Dalam ingatan hendak di balas

Hadirin yang dimuliakan,

Pada Majlis kemuncak ini juga, kita akan


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang –pemenang dalam
beberapa acara yang kita laksanakan
sempena kempen Budi Bahasa peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Tuan Haji Masbah bin Dato’
Haji Mohd Taha mengiringi Y. Bhg Datuk Dr.
Zulkarnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyampaikan hadiah dan cenderamata.

Dimulakan dengan Pertandingan Kaunter


Berbudi Bahasa.

Untuk makluman hadirin sekalian,


pertandingan ini telah berlangsung selama
sebulan dengan melibatkan............... Jabatan
dan Bahagian di Kementerian Pelajaran
Malaysia. Seramai ...... penilai dalaman dan
luar telah bertungkus-lumus menilai
perkhidmatan kaunter paling cemerlang dalam

3
tempoh tersebut.

Susahnya bagai mengepal pasir


Bagai menangkap belut di air;
Bagai mencari jarum di rumput,
Untuk mencari pemenang pertandingan ini.

habis dipandang,
habis diteliti
Setelah semua kelemahan dan kekuatan
habis dihitung,
Maka panel penilai telah membuat keputusan
untuk memilih tiga kaunter berbudi-bahasa.

Tempat ketiga dimenangi oleh:…..

Tempat kedua:……………………….

Juara Pertandingan Kaunter Berbudi Bahasa


2006 dimenangi oleh………………………..

Hadirin sekalian.
Adat menerima ada balasnya
Adat bergayung ada sambutnya
Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas
Orag berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa.

Majlis pada pagi ini juga ingin


menyampaikan cenderamata kepada
pihak yang turut menjayakan Kempen
Budi Bahasa pada tahun ini.

Adat orang bekerjasama


Yang pandai mengarah
Mengarahlah dia
Yang pandai mengarang
Mengaranglah dia
Yang pandai mereka
Merekaciptalah dia

Dipersilakan…

1. Penulis Asal Skrip Sketsa Budi-


Bahasa Encik Abang Patdeli bin
Abang Muhi, Dewan Bahasa dan
Pustaka

2. Penyumbang Idea Reka Bentuk


Lencana Budi-Bahasa Encik Mohd Ali
bin Mohd Taib, Jabatan Pelajaran
Swasta.

3. Penyumbang Idea Bagi Slogan Budi


bahasa:
Puan Mawarni binti Hasan, Lembaga
Peperiksaan Malaysia.

4. Pereka Screen-Saver Budi Bahasa:


Encik Hasman bin Mohd Rafi,
Bahagian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

5. Majlis juga ingin menyampaikan


penghargaan kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan atas usaha
menyedia klip video yang baru kita

4
lihat sebentar tadi.
Dijemput wakilnya ke pentas untuk
menerima cenderamata.

6. Penghargaan juga diberika kepada


Bahagian Matrikulasi atas usaha
penyediaan persembahan koir.
Dipersilakan wakilnya.

7. Seterusnya penghargaan kepada:


Institut Perguruan Bahasa Melayu
Malaysia atas persembahan sketsa
Budi Bahasa. Dipersilakan wakilnya.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima


kasih kepada Y. Bhg. Datuk kerana sudi
menyampaikan hadiah dan cenderamata.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Hadiah dan cenderamata telah disampaikan
Kini marilah kita menghayati bait-bait lagu
yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan
Koir Bahagian Matrikulasi.
Lagunya `Nyalakan Tekad’, `Aspisari Negara’
dan `Lagu Gembira’. Dipersilakan Kumpulan
Koir Bahagian Matrikulasi.

Terima kasih atas persembahan itu tadi.


Kumpulan Koir tersebut telah dipimpin oleh En.
Rosli bin Mohamad Dari Bhg. Hubungan
Anarabangsa KPM

Kini sampailah masa yang ditunggu-tunggu


upacara penganugerahan Idola Budi Bahasa
Kementerian Pelajaran Malaysia 2006.

Dalam usaha menyemai budaya berbudi-


bahasa di kalangan warga Kementerian, pihak
urus setia ingin mengangkat dan memberi
pengiktirafan kepada tokoh-tokoh berbudi
bahasa yang boleh diteladani dari setiap
jabatan dan bahagian. Tokoh-tokoh ini
memiliki perwatakan yang terpuji, keperibadian
mulia di samping sentiasa mengamalkan nilai-
nilai yang luhur.

Sebagai pemimpin, idola ini boleh dikiaskan


seperti:
Bila membahagi sama banyak,
Bila memotong sama besar
Bila mengukur sama panjang,
Bila membungkus sama tebal.

Yang bengkok dapat diluruskan


Yang patah disambungkan
Yang hanyut dapat dimudikkan
Masalah kusut dileraikan
Orang marah disejukkan
Musuh ganas dapat ditundukkan.

Sebagai warga biasa Kementerian Pelajaran


Malaysia boleh dikiaskan seperti;
Belum diseru sudah turun
Belum dipanggil sudah datang;
Belum disuruh sudah pergi,
Belum diminta sudah memberi.
Diminta satu, diberi tiga.

Dek pemurahnya:

5
Kalau ke laut, ikan kenyang,
Kalau ke padang, belalang yang kenyang.
Yang sempit dilebarkan,
Yang susah dipermudahkan.

Budi tuan seluas lautan,


Bahasa tuan menyejukkan lahar.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Tuan Haji Masbah bin Dato’
Haji Mohd Taha mengiringi Y. Bhg Datuk Dr.
Zulkarnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyampaikan Anugerah Idola Budi Bahasa
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Idola Budi Bahasa Tahun 2006 ini


dianugerahkan kepada:

1. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji


Badiozaman bin Tuah, Pengarah
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Puan Kamsah binti Mohamed


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis merakamkan penghargaan dan terima


kasih kepada Y. Bhg. Datuk.
.......
Majlis juga mengucapkan tahniah kepada
penerima anugerah Idola Budi Bahasa yang
tidak dapat bersama kita pada pagi ini.

Y. Bhg. Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad,


Pengarah Bahagian Matrikulasi,

Encik Kamaruddin bin Abdul Aziz,


Bahagian Pendidikan Guru,

Dr. Faridah Abu Hasan, Bahagian


Perancnagan dan Penyelidian Dasar
Pendidikan,

Encik Lukman bin Mat,


Institut Aminudin Baki,

Encik Mohd Jais bin Suradi, Bahagian


Hubungan Antarabangsa.

Hadirin sekalian,

Ada laut, ada pantainya


Ada malam, ada subuhnya,
Ada hulu, ada muaranya,
Ada kepala, ada ekornya.

Bak kata orang


Kalau memanjat sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun sampai ke lembah,
Kalau terjun sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang sudah sampai ke pantai.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kalau ada sumur diladang


Boleh kita bersama mandi

6
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Majlis dengan itu merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang menjayakan Majlis Kemuncak
Kempen Budi Bahasa ini.

Bagi pihak Jawatankuasa Induk;


Kalau ada wajah yang salah pandang,
Kalau ada nama yang salah sebut,
Kalau ada gelar yang salah ucap,
Kalau ada duduk yang salah tempat,
Maaf jua yang kami pinta.

Sekian, terima kasih.

Y. Bhg. Dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan dan


puan-puan sekalian dijemput ke Lobi
Auditorium untuk majlis jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai