Anda di halaman 1dari 3

Isnin, 04 April 2011 08:56 

Nasrudin Hassan 0 Comments

1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib  ]. Berdepan dengan manusia
jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi
fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw.
sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat
jahiliah.
2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun
dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [ Aslim Taslam  ] Terima
Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir
sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.
3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan
dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi
menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu
menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan
berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua
tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan
dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan :

‫بَ َد َء اإلسالم غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء‬

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka
berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].
6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi
bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali
kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja
bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :

‫و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء أال إنهم هم السفهاء ولكن ال يعلمون‬

dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka
menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah
sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.

Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah
yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad
dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang
menggalastugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh
dengan kemuliaan. Istiqamah dan  iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia
adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.
8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang
diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui
pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas
ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :

 Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota
pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa
dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang
menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan
syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu
selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.
 Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih
sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional
sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara
dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal
Club, Alternative Band Club  dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.
 Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar
mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia
mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari
masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya
mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh
yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana
tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw.
Kepada mereka Nabi saw menyebut :

‫خياركم في الجاهلية خياركم اإلسالم إذا فقهوا‬

yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.
 PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS
dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim
turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS
[DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar
belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia
untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga
PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini
angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur
ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah
sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan
mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.
Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu
menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi
manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah
menegaskan :Berbahagialah Sang Ghuraba'

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan


Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Anda mungkin juga menyukai