Anda di halaman 1dari 1

Cura Si Manja Kini berasal daripada perkataan Sankrit Churiga (Si) Mandakini yang bererti Mata Pisau daripada

Tasik Mandakini (sebuah tasik berhampiran dengan Sungai Ganges, India). Mengikut cerita, pedang ini pada asalnya adalah kepunyaan Sang Sapurba (juga digelar Nila Utama) yang tiba-tiba menjelma di Bukit Si Guntang Mahameru bersama-sama dengan dua orang adindanya. Mengikut Hikayat Ketinggian Salasilah Perak keturunan Sultan Perak adalah berasal dari keturunan Sang Sapurba, anakanda kepada Raja Suran dan Puteri Mahtab al-Bahari (puteri kepada Raja Aftab al-Ardzi). Adalah dipercayai Sang Sapurba telah memerintahkan Permasku Mambang untuk membunuh seekor naga yang diberi gelaran Saktimuna dengan Pedang CURA SI MANJA KINI. Pada waktu itu Saktimuna sedang mengancam penduduk-penduduk di Minangkabau. Pedang yang sama juga digunakan oleh Parameswara semasa beliau ditabalkan sebagai Maharaja Melaka yang pertama. Nama gelaran Maharaja ini ditukarkan kepada Sultan apabila Parameswara menganut Agama Islam. Almarhum Sultan Mahmud, Sultan terakhir Negeri Melaka, mewarisi pedang ini dan menyimpannya sehingga Baginda menjadi Sultan Kampar-Sumatera selepas Baginda berjaya melarikan diri dari serangan Portugis pada tahun 1511. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1530. Sebelum mangkat, Baginda Sultan Mahmud telah menghantar anakandanya Raja Mudzaffar Shah untuk menjadi Sultan yang pertama bagi Negeri Perak. Di dalam keberangkatan Raja Mudzaffar Shah, Baginda dilengkapkan dengan pedang ini dan alat-alat kebesaran kesultanan. Dari tarikh itu Pedang Cura SI Manja Kini yang melambangkan keagungan dan kekuasaan Raja Pemerintah telah menjadi alat perkakas turun termurun bagi sultan yang memerintah Negeri Perak.

Anda mungkin juga menyukai