Anda di halaman 1dari 5

SEK. MEN. KEB.

PANDAN MEWAH AMPANG 55100 SELANGOR

CADANGAN KERTAS KERJA MENGADAKAN KARNIVAL KOKURIKULUM PERSATUAN MATEMATIK SMK PANDAN MEWAH 2011

-------------------------------------------------------------------------------

TARIKH PERTANDINGAN: 25 JUN HINGGA 9 JULAI 2011 TEMPAT: KELAS 5 BETA MASA: 10.00 PAGI - 11.30 PAGI
--------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan Karnival Kokurikulum ini merupakan salah satu aktiviti yang akan dijalankan oleh ahli kelab/persatuan SMK Pandan Mewah. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dengan membuat persembahan, pertunjukan, pertandingan mural, dan pertandingan folio/buku skrap. Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan muridmurid yang mengamalkan sikap kerajinan dan berdikari di samping mendapat bimbingan dari guru-guru penasihat. Kejayaan Karnival Kokurikulum yang dicadangkan ini diharap dapat membina insan pelajar yang lebih berwibawa demi mencapai hasil yang mantap dan dikagumi. Aktiviti Kelab/ Persatuan SMK Pandan Mewah 2011 Bil Kelab/Persatuan Pertandingan 1 Persatuan Buku Skrap Matematik 2 Persatuan Matematik Melukis Mural Kategori Sesi Pagi dan Petang 1. Dalam kalangan ahli 2. Terbuka Semua pelajar yang berminat Pertandingan antara semua persatuan

Dua kumpulan terbaik yang memenangi pertandingan di peringkat awal sama ada dari pertandingan tertutup atau terbuka akan bertanding pada Hari Karnival Kokurikulum 2011 pada bulan Julai. Dua kumpulan dari sesi pagi dan 2 kumpulan dari sesi petang .

1. Nama Aktiviti Karnival Kokurikulum Kelab/Persatuan SMK Pandan Mewah 2011 2. Nama Guru Penasihat 1. En Ahmad Nazrin Mohd Rosli (sesi pagi) 2. Pn Siti Zamrud binti Husain 3. Pn Syahda Zahrah binti Mohamad Daud (sesi petang) 3. Objektif a. Memberi peluang kepada para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum yang boleh menambah markah 10% kokurikulum pelajar. b. Mengasah potensi para murid yang berkemampuan melaksanakan aktiviti . c. Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid yang terlibat dalam aktiviti ini.

d. Menarik minat murid-murid terhadap aktiviti yang lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dan bersepadu. 4. Kumpulan Sasaran Ahli kelab/persatuan SMK Pandan Mewah. 5. Tarikh dan Tempat Tarikh Masa Tempat : Bermula 25.6.11 - Berakhir 9.7.11 : Bulan Jun hingga Julai : Kelas 5Beta

6. Jadual Karnival Cadangan Hari Karnival Kokurikulum Fasa 1 Tarikh: 16.7.2011 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Bil Kelab/Persatuan 1 Matematik Aktiviti Pameran Buku Skrap. Pemilihan pemenang bagi buku skrap terbaik. Pertandingan Mural(pengumu man pemenang) Masa Persembahan 2jam Penglibatan Pelajar 2 K pagi/ 2 K ptg 2 orang 1 kumpulan (jumlah pelajar 8 orang)

Matematik

3jam

5 orang ahli persatuan yang terpilih

7. Penglibatan Para Pelajar i . Pada tahun ini, penglibatan setiap ahli kelab/persatuan adalah diwajibkan. Pelajar sekurang-kurangnya melibatkan diri dengan satu aktiviti yang dijalankan oleh setiap kelab/persatuan. ii. Untuk aktiviti ini, guru penasihat hendaklah memastikan murid yang terlibat dengan aktiviti ini melaksanakan aktiviti yang dicadangkan iii. Borang pendaftaran penyertaan murid-murid akan diedarkan kepada guru selewat-lewatnya 31 hb. Mac 2011. Dengan ini, guru penasihat dapat membuat perancangan yang lebih awal untuk menghasilkan sebarang persembahan, sudut, pameran dan pertunjukan. 8. Kriteria Penilaian Kriteria Penilaian bagi setiap persembahan, pertunjukan, sudut/laman dan pameran akan dimaklumkan kemudian. 9. Senarai Jawatankuasa Penaung Pengerusi Penyelaras : Puan Inson bt Derani (Pengetua) : En. Abdul Manan bin Mohd Din (PK Koku) : Puan Noraini bt Mohamed Raof (petang) Puan Zaleha bt Mohd Yusuf (pagi)

10. Anggaran Perbelanjaan Bil 1 Kelab/Persatuan Matematik Penglibatan Pelajar pagi/ptg 2 orang 1 kumpulan Kos Hadiah Tempat Pertama Alatan tulis RM40 x 1 = RM40.00 (Sesi pagi) RM40 x 1 = RM40.00 (Sesi ptg) Tempat kedua RM40 x 1 = RM40.00 (Sesi pagi) RM40 x 1 = RM40.00 (Sesi ptg) Tempat ketiga RM20 x 3 = RM60.00

(sesi pagi) RM20 x 3 = RM60.00 (sesi ptg) 1Saguhati RM 10 x 5 = RM50 (sesi pagi) RM 10 x 5 = RM50 (sesi ptg) Jumlah RM 380.00

11. Penutup Dalam usaha merealisasikan misi Kementerian Pelajaran Malaysia " Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti", diharap aktiviti ini akan dapat memberi peluang kepada setiap ahli kelab/persatuan menggerakkan potensi mereka menjadi lebih berkualiti. Inisiatif setiap ahli kelab/persatuan untuk mencari menghasilkkan sesuatu persembahan dan pertunjukan yang bermutu diharap dapat memberi manfaat kepada semua warga SMK Pandan Mewah dan para pelawat yang datang ke sekolah ini. Harapan kita agar Karnival Kokurikulum ini dapat membantu merealisasikan visi sekolah " SMKPM Cemerlang 2011".

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

AHMAD NAZRIN MOHD ROSLI SYAHDA ZAHRAH BT MOHAMAD DAUD Guru penasihat Persatuan Matematik Pagi/ Petang 26 April 2011 Disahkan Oleh: EN ABDUL MANAN MAT DIN PK Kokurikulum SMK Pandan Mewah

PN ZALEHA BINTI YUSUF PN NORAINI ABDUL RAUF Penyelaras Kelab/Persatuan Pagi/Petang Diluluskan oleh: PN INSON BT DERANI Pengetua SMK Pandan Mewah

Anda mungkin juga menyukai