Anda di halaman 1dari 6

Gerakan Separatis Dan Terorisme Di Asia Tenggara Adalah Saling Berkait.

PENGENALAN Asia Tenggara merupakan satu rangkuman daripada beberapa buah negara yang berada di Tenggara Benua Asia, ia meliputi 11 buah negara termasuk sekali dengan negara kita Malaysia. Antara negara-negara lain selain Malaysia ialah seperti Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam, Singapura dan beberapa buah negara lainnya seperti Myanmar, Filiphina dan yang paling akhir ialah Timor Laste yang mana pada dahulunya merupakan satu wilayah dibawah naungan Indonesia kemudian diberi hak dan kedaulatan menjadikan ia sebuah negara yang berdaulat. Esei ringkas ini adalah bagi membincangkan tentang hubung kait gerakan separatis dengan gerakan teroris. Gerakan pemisah dan gerakan pengganas merupakan dua jenis pendekatan yang berbeza, akan tetapi ia adalah didalam satu tujuan yang sama dalam membolehkan ia mendapat apa yang diinginkan. Banyak gerakan-gerakan yang berlaku di Asia Tenggara yang telah membawa kepada terjadinya peristiwa yang menyayat hati dan juga pengorbanan besar-besaran manusia di muka bumi ini. SEPARATIS Separated bermakna dipisahkan atau dibebaskan, manakala separatisme pula adalah keinginan untuk membebaskan diri daripada pemerintah sedia ada dan mewujudkan satu imej baharu dan pemerintahan yang baharu. Ia juga merupakan satu gerakan pemisah bagi menuntut wilayah-wilayah tertentu untu mendapat hak pemerintahan keatasnya, ia boleh berlaku apabila keadaan sesebuah masyarakat itu sendiri merasa terancam dari pelbagai aspek utama dalam kehidupan seharian. Gerakan ini adalah menjalankan tuntutan melalui rundingan kerana tidak mahu berlakunya pertumpahan darah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada perkara tersebut berlaku. Di Asia Tenggara banyak gerakan pemisah timbul kerana menuntut hak-hak mereka dari pelbagai sudut seperti dari segi sosial, ekonomi dan juga politik serta agama yang merupakan satu faktor utama berlakunya gerakan tersebut. Tekanantekanan yang diberi oleh pusat menyebabkan mereka rasa tidak senang dan rasa tersisih dari arus semasa. Contohnya seperti yang terjadi di Selatan Thailand di mana hak penduduk di empat wilayah tersebut telah di nafikan dari segala sudutsejak 200 tahun dahulu, maka telah timbul perasaan tidak puas hati dikalangan massa lalu menuntut hak wilayah outonomi dari pihak pemerintah pusat melalui gerakan-gerakan yang telah ditubuhkan bagi memperjuangkan nasib mereka seperti Patani United Libration Organisation atau singkatanya ialah PULO, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan juga Gerakan Mujahiddin Islam Patani (GIMP).(Mohamad Abu Bakar 2002) TERORIS Sejarah terorisme dirancakkan dengan munculnya kelompok-kelompok pelampau dari pelbagai agama. Kelompok pelampau Yahudi, Zealot terlibat dalam pembunuhan pegawai tinggi pemerintahan Rom yang dikenali sebagai kegiatan Sicarii sekitar tahun 1966-1973M. Assassin dilakukan oleh sebahagian kelompok Syl'ah Isma'iliyyah Nizariyyah pada abad ke-11M. Malahan sejarah terorisme moden diawal zaman

revolusi Perancis (tahun 1793-1794) oleh kelompok Jacobin yang dipimpin Robespierre sehinggalah ke abad 21 ini, gerakan terorisme tidak sepi daripada kumpulan-kumpulan agama. Tetapi di atas segala hal, masalah politik merupakan faktor utama di sebalik kemunculan gerakan keganasan ini. Ramai penganalisis di Barat yang lupa bahawa kekerasan yang timbul dari kalangan umat Islam secara tidak langsung disebabkan langkah dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pihak luar, iaitu negara-negara Barat sendiri, mereka lalu mencari akar sejarah kepercayaan Islam yang dikatakan sebagai faktor pendorong gerakan tersebut; agama dianggap sebagai akar kekerasan dalam Islam. FAKTOR PENCETUS GERAKAN SEPARATISME DAN TERORISME Secara maknanya kedua-dua gerakan tersebut adalah berbeza, akan tetapi mereka ini mempunyai satu tujuan yang agak sama iaitu menuntut hak keatas sesuatu perkara dan kebebasan dari pelbagai sudut bagi memajukan diri selaras dengan apa yang dikehendaki oleh ke semua negara yang ada di dunia pada hari ini. Kedua-dua gerakan ini mempunyai hubung kait yang rapat di antara satu sama lain. Di antara faktor yang boleh dikatakan mereka saling berhubung kait di antara satu sama lain ialah: 1. Agama

Kebanyakan golongan ini adalah beragama Islam dimana mereka menuntut hak mereka supaya tidak diperkecilkan tuntutan mereka didengar oleh pemerintah. Akibat dari ketidakpuasan hati didalam gerakan itu maka golongan teroris yang lahir dari golongan gerakan separatis telah wujud bagi menentang pihak yang bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dan penindasan yang teramat sangat kepada golongan mereka yang merupakan golongan minoriti. Sebagai contohnya dapat kita lihat di Selatan Thailand dimana pihak kerajaan tidak mengendahkan apa yang mereka tuntut sebagai wilayah Autonomi, dimana semua negeri di selatan itu adalah majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Apabila berlaku tekanan dari pihak pemerintah terdapat sesetengah pihak dalam wilayah tersebut melancarkan gerakan gerila bagi melumpuhkan pihak kerajaan yang menyerang. Begitu juga yang berlaku di Mindanao dan Sulu di Filiphina dan Indinesia dimana tuntutan keatas wilayah outonomi telah membangkitkan semanggat pribumi untuk menentang pihak kerajaan yang menyisihkan mereka dari arus kemajuan negara dan agama mereka dikatakan menjadi penghalang kepada kemajuan penduduk. Akibat dari itu maka telah berlakunya penentangan oleh golongan tesebut atas dasar penghinaan pihak pemerintah kepada agama mereka. (Azyumardi Azra:1996) 2. Tindakan Pemerintah

Tindakan pemerintah yang tidak mahu mengiktiraf apa yang diminta oleh pihak tersebut menyebabkan kedua-dua gerakan ini menjadi marah dan melakukan segala apa cara bagi mendapatkan hak mereka, akan tetapi mereka yang merupakan minoriti di dalam negara tersebut tidaklah berdaya untuk melawan secara keras dengan pihak pemerintah. Gerakan ini telah mengadakan perjumpaan secara damai bagi menyelesaikan masalah terbut, akan tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan

keputusan kerajaan menyebabkan ia telah membawa kepada satu gerakan terorisme bagi mendapatkan hak mereka. Sebagai contohnya kita dapat melihat apa yang berlaku di Selatan Thailand dimana kerajaan telah mengenakan tekanan kepada para penduduk yang telah menyebabkan penduduk rasa diri mereka telah dikhianati oleh pihak kerajaan dalan telah membawa kepada gerakan untuk menentang bagi mempertahankan hak mereka dari ditindas oleh pihak berkuasa. Akibat dari serangan yang dilakukan oleh pihak tersebut telah banyak kematian yang berlaku menyebabkan timbulnya semangat untuk menentang oleh masyarakat setempat seperti di Indonesia oleh GAM dan RMS manakala di Filiphina pula oleh MILF dan MNLF serta di Thailand oleh PULO dan GIMP bagi mempertahankan wilayah dan agama serta kebebasan mereka. 3. Ekonomi Yang Di Pinggirkan

Ekonomi di wilayah-wilayah tersebut juga telah disekat oleh pihak pemerintah bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak menentang kerajaan, akan tetapi akibat daripada sekatan tersebut juga telah banyak membawa kepada kekecohan yang menyebabkan kepada kematian. Seperti yang berlaku di Selatan Thailand dimana ekonomi mereka hanya dijana sendiri oleh para penduduk setempat dan ini membuatkan keadaan tidak menjadi setara dengan pusat yang telah meminggirkan ekonomi puak minoriti. Dapat kita lihat dengan jelas di negara di Asia Tenggara dimana rakyat di Selatan Thailand, Filiphina, Indonesia dan negara Asia Tenggara yang lain dipinggirkan oleh pusat kerana perbezaan dalam pelbagai sudut. Pendapatan isi rumah rakyat juga begitu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di bandar yang dijaga oleh kerajaan. Oleh itu penduduk akan menjadi pemberontak akibat dari semua apa yang minta tidak dipandang oleh pihak kerajaan. KAITAN GERAKAN SEPARATIS DENGAN TERORIS DI ASIA TENGGARA Kedua-dua gerakan ini adalah secara jelas memang saling berkait, ini kerana gerakan teroris pada asalnya lahir dari gerakan separatis yang menuntut hak ke atas wilayah yang mereka duduki. Akibat dari tekanan yang dihadapi dari pihak pemerintah telah menyebabkan mereka telah bertukar identiti menjadi teroris bagi mempertahankan hak-hak mereka. Perkara ini dapat kita lihat di beberapa negara di Asia Tenggara seperti di Indonesia, Thailand dan juga Filiphina yang telah banyak menjadikan gerakan pemisah bertukar menjadi kepada gerakan teroris. 1 Thailand

Di Thailand kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani merupakan kawasan yang terkaya di negara tersebut. Ia merupakan sumber yang menyumbang kepada 35% ekonomi di Thailand. Namun demikian, umat Islam pattani yang terbentuk kira-kira 10% daripada penduduk Thailand yang dianggarkan seramai 60 juta pada masa sekarang telah ditindas sejak 200 tahun yang lalu. Penderitaan umat Islam pattani dapat dilihat sampai hari ini yang terpaksa memikul segala ancaman yang dicipta oleh Kerajaan Pusat bagi melemahkan umat Islam yang ada. Keganasan yang pertama dilakukan kepada Pattani ialah pada 1782 apabila dinasti Rama mula berkuasa. Ibu negara telah dipindahkan pada zaman

pemerintahan dinasti tersebut ke Bangkok dan meneruskan pemerintahannya mengikut sistem pentadbiran yang moden. Manakala pada 1990 pula Siam telah menganugerahkan Pattani sesuatu yang kononnya dipanggil kemerdekaan, akan tetapi polisi yang sering menindas umat Islam di selatan negara itu juga tidak berubah sama sekali. Akibat dari itu rakyat Pattani telah bangkit bagi menuntut kemerdekaan yang sebenar sebanyak beberapa kali, tetapi telah dikalahkan dengan kejam, lalu menyebabkan ramai penduduk di selatan negara tersebut telah berpindah ke Malaysia. (Mohd. Foad Sakdan 2005) Akibat dari perkara itu maka timbullah beberapa kumpulan pemisah dan juga teroris bagi memperjuangkan hak mereka. Antara kumpulan yang aktif dalam proses menuntut hak kedaulatan ialah Patani United Libration Organisation atau singkatanya ialah PULO, Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan juga Gerakan Mujahiddin Islam Patani (GIMP). Kemunculan kumpulan separatis dan juga teroris adalah amat berkait rapat dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat di Selatan Thailand itu yang dipinggirkan dari kancah politik, ekonomi dan juga sosial berbanding dengan apa yang didapati oleh wilayah lain di seluruh Thailand. Selain itu kemunculan gerakan separatis dan juga teroris ini adalah di sebabkan oleh agama, dimana agama yang dianuti oleh masyarakat di selatan adalah agama Islam dan masyarakat di wilayah lain pula adalah Budha yang merupakan agama rasmi kepada negara tersebut. Akibat daripada perbezaan yang ketara dari segi agama juga telah menjadi penyebab utama kepada berlakunya kedua gerakan tersebut bagi melindungi kesucian agama yang mereka anuti, ini adalah hasil daripada dasar yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang telah mengasimilasikan masyarakat melayu di selatan. 2 Indonesia

Di Indonesia pula gerakan separatis yang mempunyai hubung kait dengan gerakan teroris ialah Gerakan Acheh Merdeka atau dikenali denga nama singkatan GAM merupakan satu organisasi yang dikatakan sebagai separatis dan teroris yang memiliki tujuan supaya daerah tersebut keluar dari Republik Indonesia. Konflik di antara kedua belah pihak diakibatkan oleh perbezaan tersebut bermula sejak 1976 dan telah menyebabkan kematian hampir 15,000 nyawa yang tidak berdosa. Gerakan ini juga dikenali sebagai Acheh Sumatra Libration Front (ASNLF) yang dipimpin Hassan di Tiro yang mana pada masa sekarang beliau menetap di Sweden. Beliau merupakan tunggak utama kepada perjuangan kemerdekaan Acheh yang bermula pada Disember 1976 yang menjalankan gerakan dalam hutan bagi memisahkan Acheh dari Indonesia, akan tetapi perjuangan tersebut hanya bertahan selama 3 tahun akibat serangan dari pihak tentera kerajaan. Setelah jatuhnya Suharto sebagai Presiden Indonesia isu tersebut kembali menjadi tumpuan dimana gerakan tersebut telah muncul ke pentas internasional. Pada akhir tahun 2002, Hassan Tiro telah menandatangani satu perjanjian dekralasi Acheh Merdeka bagi menubuhkan Negara Acheh Sumatera dan kemudian beliau telah mengirimkan satu surat kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1999.(Mahayudin Haji Yahaya 2008)

Selain daripada GAM terdapat juga gerakan lain yang menuntut hak mereka iaitu bagi menjadikan kepulauan itu sebagai Republik Maluku Selatan atau singkatannya RMS yang telah dibentuk pada 25 April 1950 oleh Dr. Cristian Robert Steven Soumokil daripada suku Ambon yang merupakan kaum minoriti di kepulauan Ambon di selatan kepulauan Maluku yang majoriti rakyatnya adalah beragama Kristian. Gerakan ini telah mendapat sokongan daripada Belanda dalam sektor ekonomi dan juga politik. Gerakan ini juga turut di pelopori oleh seorang yang bekas tentera Pro kepada Belanda seperti Ir. J.A Manusama dan JH Manuhutu serta golongan pemimpin dearah dan golongan terpelajar dari daerah tersebut yang berkerjasama dengan Angkatan Perang Republik Indonesia Syarikat bagi menuntut hak mereka. Sentimen agama yang menebal juga adalah salah satu dari punca kenapa mereka menuntut bagi menjadikan RMS. Bagi merekan kepulauan Maluku merupakan sebagai penjana kekayaan kepada kepulauan Jawa dan ini menjadikan sebagai sebab bagi mereka menuntut hak mereka. Dengan gerakan-gerakan yang dicetuskan oleh kumpulan tersebut telah membawa daripada satu gerakan pemisah kepada satu gerakan yang lebih ganas yang mana perjuangan yang mengangkat senjata secara ektrimis dan dicop sebagai teroris. Dan gerakan ini saling berhubungkait dari pelbagai aspek bagi mencapai tujuan tersebut.

3.

Filiphina

Di Filiphina juga kita dapat lihat kumpulan gerakan-gerakan pemisah dan Teroris yang menuntut hak mereka, ini terjadi di selatan Filiphina iaitu di Kepulauan Mindanao dan Sulu dimana masyarakat di situ berbangsa Moro dan beragama Islam. Ini adalah berpunca daripada pembentukkan Filiphina sebagai negara republik yang menjadikan kepulauan itu sebahagian dari wilayahnya. Akibat dari itu maka wujudlah gerakan yang menuntut hak supaya mereka dibebaskan dari wilayah tersebut. Antara gerakan yang muncul pada masa itu ialah Moro Islamic Libration Front (MILF) yang di bentuk pada 1981 di bawah pimpinan Salamat Hashim. Pada 1972 bagi menuntut hal wilayah autonomi MNLF telah melancarkan gerakan pemberontakan ke atas kerajaan supaya hak mereka dituruti seperti hak adat dan tradisi mereka yang telah dihapuskan akibat daripada dasar yang dibuat oleh Kerajaan Pusat. Mereka juga tidak puas hati di atas layanan terhadap mereka yang telah didiskriminasikan dalam pelbagai aspek sehinggakan mereka jauh ketinggalan. KESIMPULAN Gerakan separatis dan teroris yang berlaku di Asia Tenggara secara umumnya berpunca dari pada kegagalan untuk mencapai kata sepakat di antara pemimpin kerajaan dengan pemimpin wilayah yang menuntut hak kebebasan. Kekerasan yang ditunjukan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku telah banyak menimbulkan rasa tidak puas hati para pemimpin dan orang perseorangan di wilayahwilayah negara di Asia Tenggara. Tindakan kerajaan juga yang menyekat dan mendiskriminasikan segala perkara ke atas wilayah berkenaan telah menimbulkan kumpulan penentang yang agresif yang dianggap sebagai teroris oleh kerajaan kerana

melawan dan menghalang kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan. Akibat dari itu kumpulan yang terbentuk itu mengambil keputusan untuk melawan kembali apa yang telah di lakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat dan kumpulan mereka. Kebanyakan apa yang dituntut hanya dibuang begitu sahaja oleh pihak kerajaan menyebabkan ia menjadi semakin bernafsu untuk bangun menentang kerajaan secara keras. Keadaan ini telah menjadi semakin rumit dan perlu kepada pendamaian bagi mewujudkan keadaan yang aman di rantau Asia Tenggara, peranan kerajaan juga amat diperlukan dalam merealisasikan keadaan tersebut. Ini kerana timbulnya perkara ini adalah hasil dari apa yang dilakukan oleh pihak berwajib. Oleh itu apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya, dapat dilihat juga seperti kerajaan yang dahulunya tidak mengambil berat terhadap mereka kini sedikit sebanyak telah memberi perhatian kepada mereka semua, walaupun pada dasarnya tidaklah dipenuhi secara keseluruhan akan tetapi ia telah membawa kepada satu kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai