Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Panduan asas jahitan Jika menggunakan dua lapisan kain susupkan jarum melalui dua lapisan kain. Keluarkan jarum di mana mata jahitan akan bermula. Mulakan dengan satu atau dua jahit kia. Kemudian barulan mulakan jahitan. Tinggalkan sedikit benang di dalam kain. Kalau menggunakan satu lapisan kain mulakan dengan jahit kia kemudian mulakan jahitan. Elakkan membuat simpul kecuali simpul yang nipis seperti di bawah.

Jahitan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: Jahitan sementara Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda Jahitan penyambung Jahitan pengemas Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi dan jahit mesin Sembat, sembat susup,, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah Jahitan sulaman Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

JELUJUR KASAR @ SAMA 1.Kegunaan Jelujur Kasar (a ) untuk menetapkan kedudukan kelepet, kocek dan kelim sebelum jahitan kekal. (b) Untuk menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang akan teregang semasa memadankan pakaian. 2. Ia senang dicabutkan. 3. Cara menjahit: (a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri. (b) Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama panjang iaitu 1 cm. (c) Akhirkandengan jahitan kia.

Anda mungkin juga menyukai