Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A(i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca remaja merokok. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Gejala merokok perlu ditangani pada semua peringkat umur. Dalam usaha untuk membanteras tabiat merokok ini, pendidikan perlu diberi perhatian serius terutama ketika di rumah dan sekolah. Ibu bapa wajar memainkan peranan yang penting dalam memantau pergerakan dan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam gejala yang tidak sihat ini. Zaman remaja merupakan masa yang mana krisis identiti mula berlaku. Rokok lazimnya dikatakan sebagai identiti bagi seorang remaja yang ingin kelihatan macho dan bergaya. Pada ketika ini juga mereka masih mencari-cari gaya yang sesuai dengan diri. Bagi remaja lelaki merokok seperti suatu kemestian manakala remaja wanita juga sudah mula mengikut trend ini. Wanita yang bekerja mulai merokok kerana mahu menonjolkan prestij diri mereka. Sesetengah daripada mereka pula terpengaruh dengan iklan-iklan bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan. Remaja juga percaya bahawa merokok dapat menghilangkan tekanan. Namun, merokok sebenarnya dapat menyebabkan ketagihan dan pembaziran. Golongan remaja tidak risau tentang wang kerana mereka memperoleh wang saku setiap hari. Menurut rekod daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pengaruh rakan dikatakan sebagai punca utama mempengaruhi remaja untuk merokok. Hal ini demikian sehinggakan mereka mengabaikan kesan yang akan mereka tanggung apabila meningkat tua. Remaja juga seronok bersama rakan-rakan. Malah ada antara mereka yang terdesak atau terpaksa merokok supaya tidak disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Keluarga yang mempunyai masalah kemiskinan atau penceraian sering menjadi faktor remaja merokok. Remaja percaya bahawa tabiat merokok dapat melegakan masalah mereka. Di samping itu, iklan dan penjualan rokok secara berleluasa turut mempengaruhi remaja untuk merokok. Seharusnya semua premis perniagaan mematuhi undang-undang dengan tidak menjual rokok kepada mereka yang masih di bawah umur. Usaha ini tidak akan tidak berjaya jika tiada sokongan padu daripada semua pihak. Ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak di samping mengenali rakan-rakan anak mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berhenti Merokok Sebelum Terlambat, Oleh Rabiatul Adawiyah Koh, Berita Harian, Mei 2010)

Bahagian A (ii) : Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud krisis identiti dalam petikan. [2 markah]

2. Berdasarkan petikan, nyatakan dua sebab golongan wanita bekerja mula terlibat dengan aktiviti merokok. [4 markah] 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani ketagihan merokok dalam kalangan remaja? [4 markah]

Bahagian B [20 markah] Rajah di bawah menunjukkan cara menjaga kesihatan. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menyihatkan badan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bersenam

Memakan Makanan Berkhasiat

Langkah-langkah Mengekalkan Kesihatan Badan

Gaya Hidup Sihat

Bahagian C [40 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. 1. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda melihat suatu kemalangan jalan raya yang mengerikan. Gambarkan suasana di tempat kemalangan itu. 2. Kemalangan jalan raya sering berlaku, berbagai-bagai kempen telah kerajaan laksanakan tetapi masih gagal. Bincangkan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya. 3. Sahabat pena anda telah mendapat tahu tentang kejayaan anda memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dia menulis surat kepada anda untuk meminta nasihat anda tentang cara-cara belajar yang berkesan. Balas surat rakan anda itu selengkapnya. 4. Andaikan anda ketua polis daerah. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah. Tajuk ceramah itu ialah LangkahLangkah untuk Mengurangkan Masalah Disiplin dalam Kalangan Pelajar. Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya. 5. Gejala ponteng dalam kalangan pelajar kini bukan sahaja berleluasa di bandar, tetapi kian menular di luar bandar. Huraikan faktor-faktor gejala ponteng berlaku dan langkah-langkah bagi menangani masalah ini.

Bahagian D [10 markah] Jawapan anda berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1: i. ii. iii. iv. Istana Menanti, karya Abd Latip Talip Bukan Duniaku, karya Aida Shahira Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal Sukar Membawa Tuah, karya M.Z.Erlysha

Tulis sinopsis daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

Anda mungkin juga menyukai