Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
yang menyumbang kepada masalah sosial dan kepentingan remaja kepada negara .
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Peribahasa pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa membuktikan remaja memainkan
peranan penting untuk memajukan negara. Namun begitu, penularan gejala sosial dalam
kalangan remaja menyebabkan negara kerugian tenaga muda sehingga kerajaan terpaksa
membawa masuk tenaga kerja dari negara luar. Menurut kajian, masalah sosial remaja ini
berlaku disebabkan oleh kurang kawalan dan kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini
demikian kerana, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-
anak mereka. Dalam konteks dunia moden hari ini, ibu bapa sibuk mengejar kekayaan
sehingga meminggirkan perasaan anak-anak mereka. Mereka menyerahkan tanggungjawab
mengajar anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Pada masa yang sama, pemikiran remaja
pula masih belum matang dan mereka sentiasa melakukan sesuatu keputusan atau tindakan
secara terburu-buru yang mendorong mereka terlianta dalam pelbagai gejala sosial.

Selain itu, persekitaran juga dapat menjerumuskan remaja keada aktiviti yang
meruntuhkan akhlak. Persekitaran yang dimaksudkan seperti tempat hiburan, tempat
permainan dan pusat perjudian yang mempengaruhi orang ramai, terutamanya remaja yang
mengamalkan cara kehidupan yang bebas. Unsur negatif seperti pil khayal menyebabkan
remaja terjerumus ke kancah maksiat. Seterusnya, pengaruh budaya Barat juga merupakan
satu daripada punca masalah sosial. Remaja sering mengagung-agungkan budaya Barat
dengan menggayakan diri sebagai punk atau gotik, dan yang serius lagi dengan wujud
masalah gengster. Di samping itu, sikap remaja yang suka mencuba perkara yang baharu
telah menyebabkan mereka dipengaruhi oleh kawan yang salah seperti kawan yang ponteng
sekolah dan terlibat dengan kegiatan jenayah. Penyebaran maklumat melalui media massa,
khususnya Internet turut menyumbang kepada masalah remaja ini. Peristiwa remaja lari dari
rumah disebabkan oleh ajakan rakan perbualan di facebook menunjukkan bahawa remaja
kurang jati diri dan mudah terpengaruh.

Oleh sebab perkara ini tidak boleh dipandang ringan, maka langkah untuk
mengatasinya perlu dilakukan dengan segera. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama
anak-anak untuk menangani masalah mereka. Sikap degil anak-anak enggan mendengar
nasihat ibu bapa menjadi masalah utama dalam membentuk akhlak anak-anak ini.
Kegagalan dalam memberikan didikan agama menyebabkan anak-anak ini sering
berkelakuan yang bertentangan dengan perintah Tuhan. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa keluarga ialah inti peradaban bagi kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat,
mahupun negara. Selain itu, pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk mengelakkan
gejala sosial daripada berlaku dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan
menarik seperti perkhemahan dan lawatan ke tempat bersejarah. Melalui disiplin di sekolah
yang ketat juga masalah murid dapat diperbaik dari pelbagai aspek.

Penguatkuasaan undang-undang juga mampu menyekat kebebasan remaja danSULIT


mendisiplinkan mereka. Tuntasnya, masalah kerugian tenaga kerja di negara ini semakin
menjadi-jadi kerana meningkatnya gejala sosial. Pertambahan pusat pemulihan akhlak dan
pusat serenti melambangkan betapa tenatnya masalah yang dihadapi oleh remaja kini.
Langkah segera yang diambil bagi menangani masalah ini mestilah dijalankan secara
berterusan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir di negara ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “ Masalah Sosial Remaja, Kurangkan


Tenaga Kerja” oleh Dr. Aminudin Mansor, Dewan Siswa, Mac 2013)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2 (a)- Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat


anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata membentuk peribadi anak-anak.


[ 2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi


menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Nyatakan langkah-langkah tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah akibat kepada remaja sekiranya tidak
mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa.
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai