Anda di halaman 1dari 13

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA (TITAS)

KUMPULAN 9

TAJUK KERTAS KERJA :


KERUNTUHAN MORAL DALAM KALANGAN REMAJA

DR. FAEZAH BINTI KASSIM

NO. NAMA NO. TANDATANGAN


MATRIK
1. EZZAT EZZUDDIN BIN ABDUL JALIL IIE170008
Isi Kandungan

No. Perkara Halaman


1. Pengenalan 3
Faktor Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja 3
2. Perkembangan Teknologi 3
3. Kesibukan Ibu Bapa 4
4. Media Massa 5
Kesan Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja 6
5. Kesan Terhadap Keluarga 6
6. Kesan Terhadap Masyarakat 7
Cara Mengatasi Masalah Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja 8
7. Peranan Ibu Bapa 8
8. Peranan Media Massa 9
9. Peranan Diri Sendiri 9
10. Kesimpulan 11
11. Rujukan 12

2
Pengenalan
Gejala keruntuhan akhlak merupakan satu isu yang sangat meruncing dan
kritikal pada hari ini. Pelbagai kejadian yang amat merungsingkan
berlaku di hadapan mata kita, mahupun yang didedahkan di dalam
akhbar. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan generasi muda dan
remaja, malah turut terpalit dalam golongan dewasa. Keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja semakin hari kelihatan semakin membesar dan
serius. Kita akan membincangkan isu sosial dengan menekankan punca-
punca yang membawa kepada wujudnya masalah ini dan langkah-
langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak bagi
mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah ini.

Faktor Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja

(1) Perkembangan Teknologi


Pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya keruntuhan
moral dalam kalangan pelajar. Salah satu faktornya ialah perkembangan
teknologi. Definisi teknologi ialah keseluruhan sarana untuk
menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi kelangsungan dan
kenyamanan hidup manusia. Teknologi mempunyai kebaikan dan
keburukan namun keburukannya lebih banyak berbanding kebaikan
bergantung kepada inidividu yang menggunakannya. Perkembangan
teknologi yang pesat pada zaman kini memudahkan para remaja
mengakses internet. sebagai contoh, Universiti Malaya menyediakan
servis wifi di seluruh kampus untuk para pelajar mendapatkan informasi.
Oleh itu, mereka dapat mengakses pelbagai perkara yang tidak senonoh
seperti melayari laman web pornografi.

Selain itu, aplikasi seperti Twitter, Facebook, dan Wechat juga


menyumbang kepada keruntuhan moral dalam kalangan remaja.
Fenomena “Cinta Di Alam Maya” menggunakan aplikasi ini telah
menyebabkan banyak maksiat yang berlaku dalam negara kita. Aplikasi
Wechat juga menyediakan servis “Wechat Shake” dimana setiap individu
diberi kemudahan untuk berkomunikasi dengan individu yang lain sama
ada dikenali atau tidak dikenali. Hal ini dapat membuka peluang kepada

3
keruntuhan moral dalam kalangan remaja seperti dipengaruh untuk
melakukan maksiat, dadah dan sebagainya.

(2) Kesibukan Ibu Bapa


Seterusnya ialah faktor kesibukan ibu bapa. Pada zaman kini, ibu
bapa terlalu sibuk melakukan kerja harian sehingga menjadi penghalang
untuk para ibu bapa menjalankan tanggungjawab dalam mengasuh anak-
anak mereka. Menurut satu kajian dari Lembaga Penduduk dan
Pembagunan Keluarga Negara, lebih dari separuh bapa di Malaysia hanya
meluangkan masa di bawah 4 jam sehari bersama anak mereka. Hal ini
disebabkan ibu bapa yang terlalu sibuk mencari nafkah untuk keluarga
mereka menyebabkan mereka tidak mampu untuk memberi perhatian dan
kasih sayang untuk anak mereka. Hasil kajian tersebut merumuskan
bahawa masa tersebut adalah tidak mencukupi untuk seorang ayah untuk
berada di rumah. Umum mengetahui bahawa tugas seorang ayah adalah
untuk mendisiplinkan anak-anak di rumah selain mencari nafkah. Jika
perkara ini berterusan berlaku, seorang anak itu berkemungkinan untuk
naik kepala dan seterusnya merosakkan akhlak remaja. Bukannya kita
ingin salahkan ibu bapa, tetapi kira wajar untuk faktor ini dibangkitkan ke
perhatian umum para agar kita bersama-sama dapat menyelesaikan
masalah ini.

Bahkan, kebanyakan para ibu bapa di Malaysia juga mengupah


orang gaji untuk mengasuh dan memantau anak- anak mereka.
Sehinggakan, orang gaji lebih mengetahui apa yang disukai oleh anak-
anak mereka berbanding dengan ibu bapa sendiri. Hal ini telah
menyebabkan mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian oleh ibu
bapa mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, hal inilah yang menyebabkan para remaja bebas
melakukan apa sahaja yang mereka mahukan disebabkan tiada
pemantauan daripada ibu bapa. Masalah ini bertambah berat apabila ibu
bapa sendiri tidak mengetahui apa aktiviti harian anak – anak mereka dan
dengan siapa mereka berkawan. Impaknya, para remaja memilih jalan
yang sonsang dan salah yang akhirnya menyebabkan berlakunya masalah
gejala sosial dalam kalangan remaja.

4
(3) Media Massa
Media massa merupakan saluran yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Terdapat dua jenis media
massa iaitu media elektronik dan media cetak. Media elektronik
merangkumi televisyen, radio dan internet manakala media cetak pula
merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya.

Tayangan televisyen telah mempengaruhi munculnya perilaku


negatif dalam kalangan masyarakat. Televisyen menayangkan berbagai
acara yang dapat memberikan hiburan kepada masyarakat. Seperti
sinetron, komedi, film, reality show, dan lain-lain. Dari tayangan-
tayangan tersebut yang paling banyak ditayangkan adalah sinetron yang
bertemakan percintaan. Hal ini tidak menghairankan masa para remaja
banyak dihabiskan disini dan mulai mengenal cinta dengan lawan jenis.
Bahkan dengan tayangan televisyen yang mengandungi unsur kekerasan
telah mengubah sikap remaja menjadi anarkis. Banyak remaja sekarang
ini bersikap ganas dan tidak peduli dengan keadaan di sekitarnya.

Pengaruh internet turut banyak menyumbang kepada keruntuhan


moral remaja ini. Pusat-pusat Internet menjadi tempat untuk para pelajar
melepak, menjadikan mereka seorang internet-addicted. Banyak dari
kalangan remaja yang ketagihan Internet sehingga mereka betah berlama-
lama di depan komputer lalu lupa akan kewajiban mereka yang lebih
penting untuk makan, mandi bahkan enggan untuk belajar.

Seterusnya ialah contoh daripada media cetak yaitu majalah. Fokus


utama yang diberikan dalam majalah adalah hiburan semata-mata dan
ianya tidak memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan
akhlak generasi muda malah hanya berkisar kepada persoalan gosip dan
kehidupan artis yang penuh glamor dan berpoya-poya. Budaya pakaian
dan pergaulan yang tidak berasaskan nilai ketimuran dan nilai-nilai
akhlak Islam dijadikan tumpuan yang secara tidak langsung telah
mempengaruhi pemikiran para remaja terikut-ikut untuk meniru gaya
hidup artis.

5
Kesan Keruntuhan Moral Dalam Kalangan Remaja

(1) Kesan Terhadap Keluarga


Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu
bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya
kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang
baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang
harmoni dan bahagia. Seterusnya , pepatah melayu ada mengatakan anak-
anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang seharusnya mencorakkan mereka
agar menjadi orang yang berguna .Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak
akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian
dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, anak-


anak yang terlibat dalam masalah sosial ini telah mencemarkan nama
baik keluarga dan menyebabkan rasa malu terhadap ibu bapa.Sekiranya,
ibu bapa itu sendiri terdiri daripada golongan yang bekerjaya perkara ini
lebih membebankan mereka oleh kerana mereka terpaksa menanggung
beban penat lelah di rumah dan di tempat kerja.

Keruntuhan akhlak ini juga akan menyebabkan kadar kes


penceraian meningkat dan lebih parah lagi masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara. Anak -anak akan hilang tempat bergantung
dan bermanja. Maka , wujudlah masalah-masalah sosial yang lain seperti
budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama
jenis dan masalah-masalah yang lain. Benarlah kata-kata hikmah yang
menyatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
seharusnya mencorakkan mereka agar menjadi orang yang berguna.

6
(2) Kesan Terhadap Masyarakat
Pertama, masyarakat akan menjadi porak peranda , berpecah belah
dan saling menyalahkan satu sama lain. Keruntuhan akhlak akan
menyebabkan masyarakat menjadi hilang punca dan pertimbangan dan
akan menyebabkan sikap bersatu padu sesama bangsa tidak dapat
dipupuk. Sikap untuk bersatu sesama bangsa tidak dapat dijana. Maka
akan wujudlah perpecahan dikalangan masyarakat pada hari ini.

Kedua, kes jenayah semakin meningkat dan kehidupan masyarakat


tidak aman dan tenteram. Remaja yang terdedah kepada gejala sosial
akan mudah terdedah kepada perbuatan jenayah seperti kes pembuangan
bayi, kecurian dan sebagainya. Kadar jenayah dalam masyarakat akan
meningkat dan hal ini akan menyebabkan masyarakat akan hidup dalam
kebimbangan dan ketakutan dan akan menyebabkan keharmonian sukar
untuk diwujudkan.

Akhir sekali, isu perkauman akan berlaku dan wujudnya


pergaduhan. Isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua kaum. Pergaduhan boleh berlaku seandainya
remaja pada hari ini hilang pertimbangan terhadap semangat perpaduan
dalam masyarakat. Contohya akibat daripada minuman yang
memabukkan dan mendatangkan kesan yang buruk seperti pergaduhan,
kes kecurian dan perbuatan membunuh.

7
Cara – Cara Mengatasi Masalah Keruntuhan Akhlak
Dalam Kalangan Remaja

(1) Peranan Ibu Bapa


Salah satu cara mengatasi keruntuhan moral dalam kalangan
remaja di Malaysia adalah dengan melalui peranan ibu bapa remaja
tersebut. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa bersama anak
anak mereka. Walaupun sibuk mencari rezeki di tempat kerja, mereka
seharusnya berada bersama keluarga sekurang-kurangnya pada setiap cuti
umum atau hujung minggu. Sebagai contoh, mereka boleh membawa
anak mereka bercuti ke tempat - tempat menarik di samping dapat
mengeratkan hubungan antara keluarga. Selain itu, ibu bapa hendaklah
memantau pergerakan dan aktiviti harian anak anak mereka khususnya
dengan siapa mereka berkawan. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil
berat tentang aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka pada setiap hari.
Kemudian, ibu bapa tidak sepatutnya memanjakan anak anak mereka
dengan membelanjakan apa sahaja yang anak mereka mahukan. Hal ini
kerana, kebanyakan ibu bapa pada masa kini mengambil mudah tentang
penjagaan anak mereka dengan hanya memberikan apa yang diminta
sekiranya anak mereka memberontak.

Ibu bapa juga perlulah memberikan didikan agama yang


secukupnya kepada anak-anak. Hal ini disebabkan didikan agama yang
utuh mampu mencegah mereka daripada terjebak dengan gejala negatif.
Kita sedia maklum bahawa semua agama termasuklah agama Islam,
Hindu dan Buddha melarang penganutnya untuk berbuat maksiat iaitu
melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan atau
menjatuhkan maruah keluarga. Misalnya, setiap agama mengajar
penganutnya untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran
seperti melakukan sumbang mahram, menghisap dadah, mencuri dan
sebagainya yang menyebabkan seseorang itu mendapat dosa. Justeru,
melalui didikan agama yang sempurna oleh ibu bapa terhadap anak-anak,
anak-anak akan terhindar daripada melakukan perkara negatif kerana
patuh dengan ajaran agama yang mereka anuti dan tidak mahu berbuat
dosa.

8
Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi
penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak mereka. Hal ini
demikian kerana pengaruh teknologi turut menyumbang kepada gejala
sosial kerana anak-anak ingin mencuba aksi-aksi yang mereka lihat di
laman sesawang yang tidak bertapis seperti Youtube. Oleh yang
demikian, ibu bapa boleh meletakkan perisian yang dikenali sebagai
‘parental control’ yang boleh mengehadkan kemasukan anak-anak untuk
melayari laman-laman sesawang yang tidak bertapis dan merosakkan
akhlak generasi muda masa kini. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan
terdedah kepada laman-laman sesawang yang mengandungi unsur lucah,
ganas dan tidak sesuai untuk dilayari oleh anak-anak di bawah umur.
Oleh itu, pemantauan yang ketat terhadap aktiviti anak-anak perlu
dilakukan dalam kehidupan seharian anak-anak bagi melindungi mereka
daripada terdedah kepada anasir-anasir yang negatif.

Kesimpulannya, anak-anak hendaklah diterapkan dengan nilai-nilai


murni sejak kecil lagi dan mendapat didikan agama yang sempurna bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan awal
terhadap anak oleh institusi keluarga akan dapat mencorakkan sikap
anak-anak itu sendiri agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat dan tidak berfaedah kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu
bapalah yang mencorakkannya. Secara tidak langsung, didikan awal
kepada anak-anak juga akan dapat membiasakan anak-anak tersebut
untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat sekaligus
mengelakkan mereka daripada terjerumus dalam melakukan gejala sosial.

9
(2) Peranan Media Massa
Tidak boleh dinafikan, media massa merupakan penyumbang
utama kepada keruntuhan moral dalam kalangan remaja. Program-
program televisyen khasnya lebih mementingkan hiburan daripada
memberi maklumat dan pengajaran kepada orang awam. Antara caranya,
penapisan media massa dalam menyampaikan maklumat mesti tegas.
Media cetak dan eletronik perlu menganjurkan program yang sihat,
kandungan boleh berkaitan dengan personaliti remaja yang berjaya,
supaya dapat memberi inspirasi kepada remaja. Selain itu, memaparkan
iklan cerita pendek mengenai masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja seperti kempen ‘Malaysia against Pornography’ tentang
bahayanya penggunaan aplikasi WeChat.

Di samping itu, media massa boleh membuat peringatan mesra


melalui radio di Malaysia. Peringatan seperti jangan melakukan
vandalisme, gangsterisme atau lumba haram. Tambahan pula, orang
awam diingati selalu bersopan santun terhadap orang lain, sentiasa
bertoleransi semasa berada di jalan raya supaya menjaga etika sebagai
pemandu dan mamatuhi peraturan dan undang-undang. Pembentukan
moral dalam kalangan remaja akan semakin kukuh satu hari demi satu
hari jika media massa memainkan peranannya. Remaja akan lebih sedar
terhadap perbuatan diri sendiri melalui paparan media massa.

(3) Peranan Diri Sendiri


Peranan utama dalam mengatasi keruntuhan moral dalam kalangan
remaja adalah sebenarnya melalui diri sendiri. Antara caranya adalah
dengan menerapkan semangat jati diri yang kukuh dan utuh dalam diri
remaja sendiri. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadi contoh yang baik
kepada orang lain. Dengan itu, ia dapat mengawal diri daripada
melakukan perkara yang tidak bermoral. Jika tidak dapat menjadi contoh
buat orang lain, cukuplah dengan menjadi contoh buat keluarga dan diri
sendiri. Apabila pernah membuat kesalahan, cubalah bangkit dan
menyesal untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi.

Selain itu, remaja perlulah pandai memilih kawan dan bergaul


dengan mereka yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Secara
umumnya, remaja lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan tidak

10
kira di universiti mahupun di sekolah. Langkah ini dapat mengelakkan
diri remaja daripada terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah.
Rakan yang baik pastinya akan menegur apabila melihat kita melakukan
kesalahan. Benarlah kata perumpamaan bahawa berkawan dengan
penjual minyak wangi pastinya akan dapat tempias daripada bau minyak
wangi tersebut manakala berkawan dengan pandai besi, akan dapat bau
daripada percikan api besi tersebut.

Akhirnya, remaja hendaklah taat kepada suruhan agama dan


melaksanakan segala perintah-Nya. Agama adalah garis panduan yang
menjadi petunjuk dalam setiap tindak-tanduk kita. Segala ajaran yang
diterapkan ibu bapa haruslah diikut supaya tidak terkeluar dari landasan
yang benar. Oleh itu, diri sendiri memainkan peranan yang sangat penting
bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan moral dalam kalangan remaja.

11
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang
kepada masalah keruntuhan akhlak dalam kalang remaja. Punca – punca
utama inilah yang perlu diberi perhatian dan diambil cakna oleh semua
pihak khususnya pihak ibu bapa. Hal ini kerana, kesan – kesan yang lebih
mudarat dan lebih berat akan berlaku pada masa akan datang jika masalah
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja tidak diatasi dengan baik pada
hari ini. Terdapat juga beberapa langkah yang terbaik dalam
mengurangkan masalah ini melalui peranan ibu bapa, media massa dan
diri sendiri. Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara.

Masa depan sesebuah negara itu berada di tangan mereka.


Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui
dan membangunkan negara. Bak kata pepatah, “di mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi”. Jika elok remaja, maka eloklah masa depan sesebuah
negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa depan sesebuah
negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan
untuk membentuk sesebuah negara yang berjaya. Semoga isu polemic
dapat diatasi dengan baik kerana belia harapan negara.

12
Rujukan
Kertas Kerja Kajian
1. Firdaus Khalil Al-Bakri Al-Azizi, Keruntuhan Moral Dan Gejala
Sosial Dalam Kalangan Remaja Dan Cara Mengatasinya. (2013)
Renungan, Sosial Kemasyarakatan.

Bab Buku
1. Sapora Sipan, Peranan Kaunselor Sekolah Dan Masalah Keruntuhan
Akhlak Dalam Kalangan Remaja. Pemimpin Berciri Kaunselor,
Menangani Kegawatan Sosial.

Internet
1. http://mpw2043syariahkias.blogspot.my/2017/02/punca-keruntuhan-
akhlak-dalam-kalangan.html

2. http://readysaya.blogspot.my/2011/12/keruntuhan-moral.html

3. http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=7402

13

Anda mungkin juga menyukai