Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan".

Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali

sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak bangunan tepi pantai. besar yang membawa kemusnahan kepada

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan

kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita. Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zone-mendak serta zone aktif seismik.

Punca Tsunami Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang

tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.

Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut,

memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya.

Gelombang tsunami yang

menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai

direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 orang mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.

Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami
2

mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3

Jun 1994 bencana tsunami

melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.

Hentaman komet atau asteroid juga mampu menyebabkan tsunami gergasi. Walaupun menunjukkan tiada sesiapa pernah melihatnya, simulasi komputer gelombang tsunami gergasi yang mampu

bahawa

menghapuskan pencakar langit Manhattan boleh dan pernah berlaku pada masa lalu.

sudah tentunya

Pakar sains di Los Alamos National Laboratory di New Mexico menjangkakan bahawa sekiranya asteroid sebesar tiga batu lebar menghentam

pertengahan lautan. Atlantik, gelombang tsunami akan menengelamkan Pantai Barat atas sehingga Pergunungan Appalachian dan

menengelamkan persisiran Perancis dan Portugis.

Bagaimana Tsunami Terhasil Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunami pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan EuroAsia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina. Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekatsekat - melekat sekejab sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam.

Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil. Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami. Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut. Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya
5

sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untukmembunuh 150 di Jepun setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari. Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami

menghentam menyebabkan kematian mereka. Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.

Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan Pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.

Kesan Tsunami Terhadap Alam Sekitar Kesan penting yang dibawa oleh kejadian tsunami terhadap alam sekitar manusia ialah kemusnahan harta benda. Apabila ombak besar melanda kawasan-kawasan perumahan atau bandar seperti bandar Acheh dan Jepun, menyebabkan harta benda manusia seperti rumah, bangunan kerajaan, kereta dan sebagainya hilang dan musnah. Keadaan ini turut menyebabkan kemusnahan yang ketara kepada infrastruktur sesebuah bandar. Sistem jalan raga, paip air, perhubungan dan sebagainya akan musnah dan dengan itu menyebabkan penduduk mengalami kesukaran bergerak dan berhubung antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Kejadian tsunami juga menyebabkan kematian dan kecederaan. Kejadian tsunami yang melanda bandar Acheh dan Jepun telah

menyebabkan beratus ribu nyawa manusia terkorban dan tidak kurang juga yang tercedera. Usaha membersihkan kawasan yang dilanda tsunami mengambil masa yang lama dan dengan itu, bangkai-bangkai binatang dan mayat-mayat yang bertaburan boleh menyebabkan berlakunya penyebaran atau wabak penyakit. Di samping, itu ramai penduduk yang kehilangan anggota keluarga dan saudara mara. Keadaan ini meninggalkan kesan atau gangguan psikologi atau trauma yang amat besar kepada mereka yang terselamat.

Tsunami juga menyebabkan kawasan-kawasan pertanian, perniagaan musnah dan ini menjadikan manusia kehilangan mata pencarian. Bagi sesebuah negara, kejadian tsunami ini boleh menyebabkan gangguan ekonomi yang amat ketara. Ramai manusia akan menganggur dan dengan itu memungkin kan meningkatnya gejala penyakit sosial yang ketara seperti mencuri, merompak dan sebagainya.

Sebuah kapal, sangat kecil dibandingkan dengan saiz pusaran air ditarik semakin dekat ke arah mata pusaran di perairan berdekatan pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Ombak yang marah: Tsunami mengalir melalui pokok-pokok dan rumah-rumah di pantai Natori, Miyagi, selepas gempa melanda.

Kebakaran mula menelan rumah-rumah yang dilanda tsunami di wilayah Miyagi, Jepun.

10

Bencana Tsunami dari sudut Islam Firman Allah S.W.T. di dalam surah an-Nisa, ayat 79: Bermaksud: Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). Mulai tahun 2005, kerajaan Malaysia telah menetapkan 26 Disember setiap tahun sebagai Hari Kesedaran Bencana Negara. Tarikh ini diambil sebagai peringatan terhadap beberapa kejadian bencana besar yang telah melanda negara. Antaranya, kejadian ribut tropika Gred yang melanda pantai Barat pedalaman Sabah pada 26 Disember 1996, gempa bumi dan tsunami yang dahsyat pada 26 Disember 2004. Di samping itu juga, sejak kebelakangan ini negara kita sering menghadapi keadaan bencana yang agak luar biasa. Pada tahun 2005 dan 2006 negara telah mengalami jerebu yang amat teruk di seluruh negara, banjir besar di negeri Pelis, Kedah dan Johor dan pelbagai bencana lagi. Bencanabencana ini telah mengakibatkan kesulitan besar yang memusnahkan harta benda, nyawa dan membawa pelbagai wabak penyakit, di samping memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara.
11

Menurut teori sains geologi, terdapat 3 faktor yang menyebab fenomena bencana alam ini berlaku: kejadian bencana ini boleh berlaku akibat faktor-faktor semulajadi seperti banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami. faktor biologi turut menyebabkan bencana ini berlaku seperti kejadian wabak penyakit yang menjangkiti haiwan dan manusia. bencana alam ini berlaku akibat daripada kelemahan manusia sendiri kerana aktiviti pembangunan yang tidak terancang, dilakukan di kawasan berisiko, penjagaan alam sekitar yang tidak mampan, kurang penyelenggaraan infrastruktur, penggunaan pengangkutan berat dan sebagainya. Ditinjau dari sudut Islam pula, fenomena bencana yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri iaitu; Untuk menguji ketaqwaan manusia kepada Allah S.W.T Sebagai amaran kepada manusia. Balasan atas kelalaian dan keingkaran manusia kepada peraturan dan ketetapan alam.

12

Firman Allah S.W.T. di dalam surah ar-Rum, ayat 41: Bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka

sebahagian dari balasan dan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Sebagai langkah dan ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan penderitaan mangsa-mangsa bencana, maka pemimpin politik, agensi-agensi kerajaan dan ketua-ketua masyarakat perlu bijak mengurus dan mengambil langkah awal dalam mengumpul maklumat mengenai semua anak buah mereka, di samping mengenalpasti tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku sesuatu bencana dengan cara mengenalpasti pusat pemindahan, jabatan yang harus

dihubungi, menjaga kebajikan serta mengingatkan anak-anak buah supaya bersedia menghadapi bencana. Selain itu, Kerajaan juga amat mengharapkan Pertubuhan Sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai contoh, perlu sentiasa bekerjasama dengan kerajaan dalam pengurusan bencana. Tidak kira samada kerjasama tersebut dari sudut bantuan kewangan, tenaga dan sebagainya. Namun, apaapa jua tindakan yang diberi perlulah merujuk kepada kerajaan terlebih dahulu.

13

Ini kerana, kadang kala sumbangan yang diberikan oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) menimbulkan tanggapan yang salah oleh mangsa bencana kepada kerajaan. Mereka mengatakan bahawa kerajaan tidak berusaha menjaga kebajikan mangsa bencana. Ada juga di kalangan mangsa bencana ini mengatakan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan sumbangan dengan memberikan sumbangan yang lebih kepada kawasan-kawasan tertentu. Selari dengan dasar dan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat jelata, maka Kerajaan sedaya upaya dan sentiasa memberi bantuan dan

pertolongan kepada mangsa bencana secara menyeluruh dan sama rata. Pengagihan sumber-sumber yang ada diagihkan dengan adil demi menjaga kepentingan rakyat. Kita hendaklah ingat bahawa kita ini adalah hamba Allah S.W.T dan kita wujud di dunia ini kerana diciptakan oleh-Nya, dan dibekalkan dengan pelbagai anugerah dan kemudahan dan nikmat. Untuk membebaskan negara dan bangsa kita dari pelbagai bencana, kesulitan dan wabak penyakit, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, gotong-royong dan menggunakan kemahiran ilmu pengetahuan sahaja tetapi seluruh masyarakat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat mestilah sentiasa menghormati syariat Allah S.W.T dengan tidak melakukan kemungkaran dan kemusnahan di atas muka bumi dan banyak bertaubat kepada-Nya.

14

Kita hendaklah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Ibnu Abbas, iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W ketika mengulas tentang isu bencana ini menyatakan: Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh rakyat, pemimpin, cerdik pandai dan ulama yang terus menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang jika orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat. Hakikatnya, segala fenomena bencana alam yang menimpa manusia secara tersiratnya mempunyai hikmah dan pengajaran tersendiri. Ia memberi pengajaran untuk melatih manusia bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran. Penderitaan manusia juga mengingatkan mereka tentang

kesilapan dan kembali kepada Allah S.W.T dengan bertaubat. Bala bencana dan malapetaka telah berlaku ke atas manusia sejak dahulu lagi. Umat Nabi Nuh a.s telah ditenggelamkan oleh ombak yang tinggi seperti gunung, umat Nabi Musa a.s pula telah diturunkan bala dalam bentuk taufan dan serangan kutu, katak dan air berdarah. Begitu juga kaum Nabi Aad dan Tsamud yang dihapuskan dari muka bumi kerana kesan bencana. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan bertaubat kepada Allah S.W.T. agar tidak mengikut jejak kaum-kaum yang ingkar kepada Allah S.W.T.

15

Justeru itu, sebagai individu muslim, wajib ke atas kita menganggap setiap musibah yang menimpa adalah datangnya dari Allah S.W.T. sebagai memberi peringatan bahawa kepada-Nyalah kita akan kembali, begitulah juga dengan segala apa yang kita miliki. Firman Allah S.W.T di dalam surah alBaqarah, ayat 156: Bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

16

Anda mungkin juga menyukai