Anda di halaman 1dari 2

DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG

by Ked Freko on Friday, 07 October 2011 at 14:28


1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan
ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji
pelajaran) :


Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para
Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para
Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami
kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :









Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia
kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya
Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :





Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan
petunjuk-Mu.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak


pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa
yang kulupa.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang :


Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam
setiap ketentuan, tempat para syuhada, dan kehidupan
mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
6) Doa ketika menerima kertas soalan :

.





.

.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan
mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan
daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :








Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri
dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon
pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai