Anda di halaman 1dari 2

KISAH BUAYA DAN HATI MONYET Pada zaman dahulu, di sebuah hutan, ada sebatang sungai yang besar.

Di situ tinggal sekumpulan buaya. Tidak jauh dari tebing sungai itu pula, ada sebuah pokok yang besar yang menjadi tempat kediaman sekumpulan monyet. Pada suatu hari seekor ibu buaya memanggil anaknya. Anakku, ibu ingin makan hati monyet. Boleh tak kamu carikan?, tanya ibu buaya sambil memandang ke arah sekumpulan monyet di atas pokok. Tapi Bu, macam mana saya nak dapatkannya? Monyet-monyet itu tinggal di atas pokok yang tinggi, jawab anak buaya. Ibu tak kira. Ibu nak juga makan hati monyet. Kamu ikhtiarlah untuk dapatkannya kata ibu buaya sambil berlalu. Anak buaya susah hati. Dia termenung memikirkan bagaimana caranya untuk memujuk monyet-monyet berkenaan turun agar dia dapat mengambil hati monyet seperti yang diminta ibunya. Keesokkan harinya, anak buaya tadi menghampiri pokok berkenaan. Dilihatnya ada seekor monyet yang sedang bergayut, lalu dia menegurnya. Monyet Ooo monyet.. Kau nak makanan tak? Di seberang sungai sana ada sebatang pokok yang buahnya sangat ranum, panggil si buaya. Monyet yang sedang lapar itu terasa sangat teruja. Namun dia berkata Bagaimana aku mahu ke seberang sungai? Aku tidak tahu berenang Tak mengapa. Kau naiklah di atas belakang ku. Nanti aku bawakan kau ke seberang sungai balas buaya. Monyet yang gembira mendengar pelawaan itu terus melompat kebelakang badan buaya tanpa memikirkan bahawa ada bahaya yang sedang menanti. Dia terlupa pesan ibunya agar berfikir dahulu sebelum bertindak. Setibanya di pertengahan sungai, buaya terus menyelam. Monyet yang tidak tahu berenang itu mula terkapai-kapai. Setelah beberapa ketika, buaya timbul semula ke permukaan. Dengan terbatuk-batuk monyet bertanya. Kenapa dengan kau ni buaya? Aku hampir lepas lemas tau katanya dengan nada yang marah.

Maaf. Aku terpaksa bunuh kau kerana ibu aku mahu makan hati monyet, jawab buaya sambil bersedia untuk menyelam sekali lagi. Monyet dengan pantas berfikir mencari jalan untuk melepaskan dirinya. Nanti!! jerit monyet. Betul ke yang ibu kau mahu makan hati monyet? Ya, jawab buaya. Kenapa kau tak cakap dari awal? Hati aku ada tertinggal di atas pokok tadi. Aku tak membawanya bersama dalih si monyet. Betul ke? Tanya buaya. Ya. Kalau kau nak, bawa aku balik ke pokok itu semula. Nanti aku akan berikan hati tersebut kata si monyet. Baiklah. Aku hantarkan jawab buaya dengan girang. Monyet pula berasa lega kerana buaya mempercayainya. Setibanya di tebing sungai, monyet dengan pantas memanjat pokok dan duduk atas di dahan yang paling tinggi. Sambil memandang ke bawah, monyet menjerit. Hoi buaya Kalau kau nak hati aku, naik la ke sini dan dapatkannya sendiri. Ketika itu barulah buaya tersedar yang dirinya ditipu. Tak mungkin monyet akan memberikan hatinya. Namun begitu buaya tidak terus berputus asa. Dia mencuba lagi. Turun la monyet. Bukankah tadi kamu kata mahu makan buah-buahan di seberang sungai. Turun la. Nanti aku bawa kau ke sana pujuk buaya. Namun pujukannya tidak berhasil. Monyet enggan turun. Cukuplah sekali dia terkena. Ia akan menjadi pengajaran padanya seumur hidup agar tidak mudah diperdaya dengan janji-janji yang manis. Pengajarannya di sini , kita mestilah sentiasa mengingati pesan orang tua. Kita juga mestilah berfikir sebelum bertindak dan jangan mudah untuk mempercayai janji manis yang diberikan oleh orang yang tidak kita kenali.

Anda mungkin juga menyukai