Anda di halaman 1dari 1

2.1 Servis bawah bahu atau Servis Cedok (the underarm serve).

Teknik-teknik: (a) Berdirilah secara sisi dengan bahu kiri menghadap jaring (jika kamu memukul bola dengan tangan kanan). Buka kaki seluas bahu. Tangan kiri memegang di bahagian bawah bola. Tangan kanan pula menyokong kedudukan bola. (b) Genggam tangan kanan dan tangan tersebut ditarik ke belakang. Genggam tangan memberi permukaan luas untuk pemain memukul bola. (c) Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan apabila pemain mengayun tangan ke hadapan. Bola yang berada di tangan kiri dilepaskan sebelum tangan kanan menyentuh bola. (d) Bahagian bawah bola dipukul sambil membuat ayunan lajak ke arah sasaran. Untuk mengawal servis, pemain harus mengubah arah bola dan jarak servis (panjang atau pendek) menerusi latihan-latihan tertentu. Perubahan arah (lurus atau pepenjuru) dilakukan dengan mengubah kedudukan hujung kaki hadapan, bukan dengan mengubah lambungan atau pergerakan tangan. Mengubah atau menukar kelajuan dan perubahan arah secara tibatiba se-memangnya berkesan tetapi servis yang cepat mungkin menyebabkan kesalahan. Kedudukan kaki semasa membuat servis lurus dan servis pepenjuru dengan tujuan menukar arah bola adalah seperti rajah:

Anda mungkin juga menyukai