Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN SEKOLAH 2012 UNIT HAL EHWAL MURID

PANDUAN JADUAL KEDATANGAN MURID 1. Jadual Kedatangan Murid 1. Setiap guru kelas akan diberi sebuah buku kedatangan murid. Guru ini bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan memahami serta mematuhi kehendak-kehendak mengenai yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 1. Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, penyelaras tahap bertanggungjawab menandanya. 2. Buku ini sentiasa berada di pejabat. 3. Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 4. Analisa mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM. 5. Guru tidak dibenarkan membawa pulang Buku Jadual Kedatangan Murid. 6. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan dipadamkan ,tetapi hendaklah dipotong yang salah dengan pen merah dan ditulis yang betul di atasnya dengan pen hitam serta turunkan tandatangan ringkas. 7. Guru Kelas tidak dibenarkan mengarahkan murid mengambil Buku Jadual Kedatangan Murid di pejabat. Sekiranya Buku Jadual Kedatangan ini hilang, guru tersebut akan menanggung risikonya. 2. Maklumat Murid Tulis nama pelajar lelaki di atas dan perempuan di bawah, mengikut abjad. Nama pelajar ditulis dengan lengkap (ada bin/binti). Buku Jadual Kedatangan ini mesti ditulis dengan dakwat hitam. Nama pelajar yang baru masuk ditulis di bawah sekali, tidak kira lelaki atau perempuan. Lengkapkan MAKLUMAT PELAJAR dan MAKLUMAT PENJAGA berdasarkan Borang Makiumat Peribadi Pelajar sebelum akhir Januari. Setelah siap, rekodkan maklumat tersebut ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah. Buku ini mesti dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Dapatkan Nombor Pendaftaran Pelajar untuk direkodkan ke dalam Jadual Kedatangan Murid. 3 . Kutipan Wang Ruangan KUTIPAN WANG adalah untuk merekod kutipan Bayaran Tambahan sahaja. Kutipan wang yang lain seperti derma PIBG dan sebagainya direkod dalam Buku Rekod Mengajar Guru Kelas. Untuk Kutipan Bayaran Tambahan, buat pecahan ikut resit bayaran seperti Permainan / Sukan, Pepustakaan, Pendidikan Seni / Sains, Pendidikan Islam, MSSD / MSSP. Peperiksaan Dalaman, Kokurikulum dan Insuran Takaful. Nombor resit Bayaran Tambahan ditulis sekali sahaja.

SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH

NULLI SECUNDUS

PENGURUSAN SEKOLAH 2012 UNIT HAL EHWAL MURID


4 . Kedatangan Pelajar Tindakan/ Hadir Tidak Hadir L Datang Lewat S Tidak Hadir Ada Surat P Ponteng Sekolah A Dikira Hadir, Pelajar mewakili sekolah dalam satu-satu aktiviti kokurikulum G Gantung Sekolah Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru kelas atau guru yang mengajar masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir ianya mesti ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ni mestilah ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah dimulakan belajar, kemudian dihantar ke pejabat. 5. Pelajar Keluar/Tidak Hadir Sekiranya ada pelajar keluar ,jangan garis/potong namanya. Catatkan Bertukar ke Kelas.... / Bertukar ke SMK.... / Berhenti Sekolah / Buang Sekolah. Keluarkan namanya pada bulan yang berikutnya. Dalam ruang Jumlah Tidak Hadir J = Jumlah TM = Tanpa Makiumat Lengkapkan ruang ANALISIS MENGIKUT KAUM dan ANALISIS KEDATANGAN pada setiap hujung bulan. Untuk bulan Disember, tulis nama pelajar dan catatkan CUTI AKHIR TAHUN, Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang-panjang ruangan itu. Jika hari kelepasan itu panjang, hendaklah ditulis CUTI melintang. Buku Jadual Kedatangan TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KELUAR DARI PEJABAT kecuali hujung bulan. Tindakan terhadap kes ponteng sekolah :Hari Tidak Hadir (P) Berturut-turut Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut Amaran Pertama - Pada hari ke-3, Pada hari ke-10 Amaran Kedua - 7 hari selepas Amaran Pertama, 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran Terakhir - 7 hari selepas Amaran Kedua, 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah - 14 hari selepas Amaran Terakhir, 20 hari selepas Amaran Terakhir Jumlah Hari Tidak - Hadir 31 Hari, 60 Hari Catatan :a) Dianggap tidak hadir sekiranya pelajar balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran. b) Dianggap hadir kerana mewakili sekolah untuk aktiviti kokunikulum. 6. Pengiraan Purata kedatangan ialah jumlah kedatangan munid-munid itu semuanya dibahagi dengan jumlah hari persekolahan kepada angka genap yang hampir sekali. Purata ramai murid ialah jumlah ramai murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah hari persekolahan, kepada angka genap yang hampir sekali.

SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH

NULLI SECUNDUS

PENGURUSAN SEKOLAH 2012 UNIT HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH

NULLI SECUNDUS

Anda mungkin juga menyukai